backup og meta

Ruam Cacar Monyet Serupa Dengan Cacar Air? Ini 5 Fakta Penting Tentang Monkeypox!

Ruam Cacar Monyet Serupa Dengan Cacar Air? Ini 5 Fakta Penting Tentang Monkeypox!

Wabak cacar monyet atau penyakit monkeypox bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, ia telah diisytiharkan endemik di beberapa buah negara sejak lama dahulu. Walau bagaimanapun, apabila wabak ini mula tersebar dan muncul di kawasan lain yang tidak disangka, sedikit sebanyak ia menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Terkini, penyakit Monkeypox atau Mpox kembali hangat diperkatakan apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa bagi menghalang penyakit cacar monyet ini daripada merebak di Malaysia.

KKM bagaimanapun mengesahkan bahawa tiada sebarang kes terbaharu membabitkan Mpox dilaporkan di negara kita (setakat 16 Ogos 2024).

Menurut Bernama, setakat 19 Ogos 2024, terdapat sebanyak 88 kes monkeypox dilaporkan di Indonesia, sementara 1 kes cacar monyet ini turut dikesan di Filipina.

Wabak ini selalunya menjangkiti haiwan liar di Afrika. Jadi, bagaimana ia boleh merebak sehingga ke Asia Tenggara dan bolehkah ia dirawat?

Mari ikuti penjelasan lanjut kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

5 fakta mengenai monkeypox yang perlu anda tahu

cacar monyet
Ikut tip ini untuk mencegah penyebaran virus termasuk penyakit Mpox (monkeypox) atau cacar monyet.

Cacar monyet merupakan sejenis virus zoonosis dengan simptom yang hampir sama menyerupai penyakit cacar. Namun, simptomnya tidak seserius cacar.

Malah, dalam kebanyakan kes, rata-rata penghidapnya akan sembuh dengan sendiri dan tidak akan dimasukkan ke hospital.

Buat masa ini, negara kita masih belum mencatatkan sebarang kes monkeypox. Namun, ini adalah 5 perkara mengenai penyakit monkeypox yang anda perlu tahu!

1. Cacar monyet berlaku disebabkan virus seakan-akan cacar

Cacar monyet berlaku disebabkan virus yang sama dan berkait rapat dengan cacar (smallpox). Virus cacar telah lama lenyap dari muka bumi.

Ini bukanlah kali pertama penyakit monkeypox dikesan. Sebenarnya, pada tahun 1958, ada dua kes wabak ‘seakan-akan’ cacar yang dikesan dalam kalangan monyet. Sebab itulah, penyakit ini diberi julkan monkeypox.

Manusia pertama yang dijangkiti adalah kanak-kanak berusia 9 tahun di Congo pada tahun 1970. Virus ini juga menjadi endemik di Afrika Tengah dan Afrika Barat.

Pada tahun 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 4,594 kes disyaki monkeypox yang mencatatkan 171 kematian.

Ada dua jenis monkeypox – satu dikesan di Congo dan satu lagi di Afrika Barat. Strain yang dikesan di Afrika Baratlah yang menyebabkan wabak sekarang.

2. Menyebabkan nodus limfa membengkak pada seluruh badan

cacar monyet
Demam, antara gejala Mpox.

Simptom monkeypox akan mula muncul 5-13 hari selepas jangkitan. Walau bagaimanapun, simptom boleh mengambil masa hingga 21 hari untuk muncul.

Simptom awal cacar monyet ialah demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, nodus limfa membengkak, menggigil dan keletihan.

Apabila pesakit mulai demam, nodus limfa mereka akan membengkak dan menjadi ruam pada muka, tangan dan kaki sebelum merebak ke kawasan lain. Malah, ruam ini juga boleh terbentuk pada mata, di dalam mulut dan pada kawasan kemaluan.

Walaupun simptomnya akan semakin berkurang dalam masa sebulan, namun 1 daripada 10 kes selalunya memabawa maut, lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak.

Setakat ini, masih tiada ubat untuk merawat monkeypox. Walau bagaimanapun, ada vaksin yang boleh diberikan untuk mencegah penyakit ini.

3. Diagnosis memerlukan ujian PCR

Ujian PCR perlu dijalankan untuk melakukan diagnosis penyakit monkeypox. Selain penyakit ini, ada banyak lagi penyakit yang boleh menyebabkan pembentukan ruam contohnya cacar air dan demam campak.

Oleh sebab itu, untuk melakukan diagnosis yang betul, ujian PCR perlu dijalankan ke atas pesakit. Orthopoxviruses menghasilkan antigen dan antibodi yang menyerupai virus lain.

Jadi, hanya diagnosis menggunakan PCR sahaja yang tepat dan mampu mengesahkan sesuatu jangkitan itu adalah disebabkan monkeypox.

4. Cacar monyet boleh merebak melalui kontak rapat

cacar monyet
Bersentuhan boleh menjadi punca penyebaran penyakit Monkeypox.

Walaupun virus ini pada awalnya menjangkiti manusia melalui pendedahan antara haiwan yang dijangkiti (seperti tikus atau monyet) kepada manusia, namun ia juga boleh merebak dari satu individu ke individu lain melalui kontak rapat.

Sama seperti Ebola, jangkitan hanya boleh berlaku jika individu tersebut berada dalam jarak yang dekat dengan pesakit.

Malah, virus ini juga boleh tersebar melalui sentuhan, lebih-lebih lagi jika orang lain tersentuh luka, cecair respiratori atau objek yang tercemar seperti baju atau cadar milik pesakit.

5. Tidak ada ubat untuk monkeypox

Namun, kita mempunyai satu vaksin yang sangat lama. Antivirus yang dikenali sebagai tecovirimat telah digunakan untuk melawan jangkitan orthopoxviruses. Penggunaan vaksin ini juga amat digalakkan oleh WHO.

Vaksin cacar merupakan kunci utama pembasmian penyakit ini dari muka bumi. Vaksin yang sama juga sangat efektif dalam mencegah penyakit monkeypox.

Walau bagaimanapun, vaksin generasi pertama sudah tidak diberikan kepada orang awam. Ada vaksin baharu untuk mencegah cacar dan monkeypox dihasilkan pada tahun 2019. Namun ia masih tidak digunakan secara meluas.

Kesimpulannya, kurangkan risiko anda dan anak-anak daripada mendapat jangkitan penyakit ini dengan melakukan 2 perkara di bawah:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Five things you need to know about monkeypox. https://www.gavi.org/vaccineswork/five-things-you-need-know-about-monkeypox. Accessed on May 28, 2022.
  2. Monkeypox. https://www.nhs.uk/conditions/monkeypox/. Accessed on May 28, 2022.
  3. Monkeypox. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/monkeypox. Accessed on May 28, 2022.
  4. What you need to know about monkeypox and how it spreads. https://www.pbs.org/newshour/health/what-you-need-to-know-about-monkeypox-and-how-it-spreads. Accessed on May 28, 2022.
  5. What You Need to Know About Monkeypox. https://publichealth.jhu.edu/2022/what-you-need-to-know-about-monkeypox. Accessed on May 28, 2022.

Versi Terbaru

20/08/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Mungkinkah Nyamuk Gajah Bakal Bawa Wabak Baru?

10 Penyakit Yang Boleh Dicegah Dengan Vaksin, Bukan COVID-19 Sahaja Tau!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan