Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Perbuatan mencuci tangan dengan air dan sabun serta jarak sosial adalah senjata utama bagi melawan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia kini.
Namun, peperangan melawan pandemik ini akan jadi sukar jika hanya menggunakan senjata sahaja.
Kita juga memerlukan perisai yang boleh melindungi dari ancaman virus korona baharu ini.
Berikut adalah statistik kes terkini di negara kita:
[covid_19]
Perisai yang diperkatakan itu adalah topeng muka, yang sepatutnya dipakai setiap kali keluar dari rumah dan berada dalam komuniti.
Persoalannya, bagaimana pula dengan golongan bayi? Adakah si manja juga perlu menggunakannya?
Artikel berkaitan:
Kanak-kanak perlu pakai topeng muka!
Tahukah anda, golongan kanak-kanak juga perlu pakai topeng muka!
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan ke atas perlu menggunakan face mask setiap kali berada dalam komuniti.
CDC turut menegaskan agar ibu bapa menyediakan topeng muka yang diperbuat dari kain sama ada dibeli atau dibuat sendiri agar si kecil selesa memakainya.
Topeng muka N-95 dan pembedahan yang selalu digunakan oleh doktor itu tidak disarankan untuk kanak-kanak.
Dr. Deborah Gilboa, Pakar Kanak-kanak menyatakan, perkara ini penting kerana golongan kanak-kanak sangat berisiko tinggi dijangkiti dan menyebarkan COVID-19.
Golongan lain yang berisiko tinggi seperti di bawah:
Ini kerana mereka mungkin belum cakna mengenai langkah kebersihan dan kesihatan yang perlu diamalkan seperti mencuci tangan dan jarak sosial.
Mereka juga kerap menyentuh muka sendiri yang merupakan satu taboo pada waktu penyebaran virus korona baharu ini.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
Topeng muka bayi, perlu atau tidak?
Jadi, kita sudah tahu bahawa golongan kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan ke atas perlu menggunakan topeng muka.
Persoalannya, bagaimana pula dengan golongan bayi?
Menurut CDC lagi, golongan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah atau bayi khususnya TIDAK PERLU menggunakan topeng muka.
Ini adalah sebabnya:
- Saluran pernafasan bayi adalah lebih kecil berbanding individu dewasa
- Penggunaan topeng akan meningkatkan risiko sesak nafas
- Mereka mungkin masih belum pandai untuk menanggalkan topeng atau meminta tolong sekiranya sukar untuk bernafas
- Mereka mungkin akan berasa rimas lalu cuba mencabut topeng lantas menyentuh muka
- Tidak wujud topeng N95 yang dibuat khas untuk golongan kanak-kanak berusia bawah 2 tahun
Dalam erti kata yang lebih mudah, topeng muka bayi adalah tidak perlu.
Ini dipersetujui oleh Dr Jamie Macklin, seorang pakar pediatrik yang menyatakan bayi atau kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak perlu menggunakan topeng muka.
“Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah serta bayi mempunyai saluran udara yang lebih kecil berbanding orang dewasa.
Maka bernafas melalui topeng mungkin agak sukar bagi mereka. Kesannya, ia boleh mengakibatkan mereka mengalami sesak nafas,’ ujarnya.
Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi bayi?
Kita sudah tahu hanya golongan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas perlu memakai topeng muka dan bayi tidak perlu.
Jadi, bagaimana untuk memastikan si kecil kekal selamat dari COVID-19 ini?
Di Thailand, bayi yang baru lahir semasa pandemik ini dipakaikan dengan face shield.
Ia berupa alat pelindung muka yang digunakan oleh pekerja sektor perkilangan.
Pendekatan ini pertama kali digunakan di Praram 9 Hospital di Bangkok, bertujuan melindungi bayi dari virus korona baharu ketika dalam perjalanan dari hospital ke rumah mereka.
Ya, ia adalah cara yang wajar dicontohi seantero dunia kini!
Pun begitu, adalah mustahil untuk si kecil dipakaikan face shield ini tatkala berada di rumah bukan?
Oleh itu, lindungilah bayi anda dengan cara begini:
- Hadkan sentuhan terhadap bayi
- Jangan bawa bayi keluar dari rumah
- Jika boleh, selimutkan bayi (cuma jangan tutup muka untuk membolehkan mereka bernafas dengan baik)
- Ibu bapa atau penjaga perlu mencuci tangan sebelum menyentuh bayi
- Elakkan anak-anak anda yang lain dari menyentuh bayi
- Kerap bersihkan bayi
Akhir kata, jangan hanya fokus kepada si kecil anda sahaja ya?
Anda sebagai individu dewasa juga berisiko dijangkiti COVID-19 jika tidak mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan yang sewajarnya.
Paling penting, sentiasa kekal duduk di dalam rumah dan patuhi Perintah Pergerakan Kawalan. #stayathome
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus