Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah bermula, maka lebih banyak sektor telah dibenarkan beroperasi termasuklah hotel di Malaysia.
Semakin banyak hotel di Malaysia kini telah bersedia menyambut kedatangan pelancong tempatan untuk bercuti dalam Malaysia.
Namun, ramai juga yang menyuarakan kebimbangan, adakah selamat untuk bercuti pada ketika ini walaupun sekadar bercuti dalam Malaysia?
Antara kerisauan utama bakal pelancong adalah persediaan hotel di Malaysia untuk menyambut kehadiran tetamu.
Di Malaysia, berikut adalah statistik semasa kes COVID-19:
[covid_19]
Adakah selamat untuk saya check-in hotel di Malaysia ketika pandemik COVID-19 ini?
Mengikut panduan melancong ketika pandemik yang dikeluarkan oleh Center for Disease Control (CDC), langkah terbaik yang sepatutnya diambil pada ketika ini adalah dengan kekal duduk di rumah.
Apatah lagi jika anda sedang tidak sihat, atau mempunyai ahli keluarga yang tidak sihat, anda semestinya amat digalakkan untuk berada di rumah sahaja.
Namun, jika anda benar-benar ingin bercuti dalam Malaysia dan check-in di hotel, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius.
#1. Peluang untuk mempunyai kontak dengan individu lain
Hotel biasanya dipenuhi dengan ramai pelancong, apatah lagi dengan promosi dan diskaun yang dilakukan pasca PKPB.
Memandangkan virus COVID-19 tersebar dengan hanya titisan air di udara, hotel-hotel penginapan boleh menjadi antara lokasi hotspot untuk anda lebih mudah dijangkiti oleh virus ini.
Baca juga:
- COVID-19 Makin Merebak, Ini 10 Persiapan Sebelum Raya Anda Kena Buat Dari Sekarang
- Pakai Topeng Muka Dalam Kapal Terbang TINGKAT Risiko Jangkitan Virus Korona?
#2. Kakitangan housekeeping hotel
Mungkin anda terfikir, anda akan selamat dengan hanya berkurung di dalam bilik hotel dan tidak mempunyai kontak langsung dengan pelancong lain di hotel.
Namun, anda mungkin tidak sedar kemungkinan agen pembawa kuman dari bilik ke bilik di hotel tersebut. Sebagai contoh, staf housekeeping.
Staf housekeeping ini akan masuk ke setiap bilik bagi tujuan pengemasan bilik.
Cuba bayangkan jika salah satu bilik di hotel tersebut dihuni oleh mereka yang dijangkiti? Risiko untuk anda dijangkiti akan menjadi lebih tinggi.
#3. Kunci atau kad akses bilik hotel di Malaysia
Kunci atau kad akses bilik menjadi antara benda yang paling banyak disentuh atau bertukar tangan di hotel penginapan.
Sebelum anda check-in, mungkin telah ada ratusan individu lain yang menyentuh kunci atau kad akses tersebut.
Memandangkan jangka hayat virus COVID-19 ini boleh bertahan agak lama di luar tubuh manusia, tidak mustahil jika ia masih ada pada kad akses tersebut jika telah disentuh oleh individu yang dijangkiti.
Jadi, apakah langkah berjaga-jaga untuk elak COVID-19 ketika menginap hotel di Malaysia?
Jika anda tiada tempat penginapan lain dan benar-benar perlu check-in hotel di Malaysia ketika bercuti, ini adalah antara perkara atau tip pencegahan jangkitan yang boleh anda praktikkan.
#1. Pakai topeng muka sepanjang melancong
Anda disarankan untuk memakai topeng muka sepanjang masa sewaktu keluar rumah, sesuai dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pemakaian topeng muka ini bukan hanya perlu dilakukan sewaktu mendaftar masuk ke hotel, tetapi juga sebelum anda memulakan perjalanan percutian anda.
Artikel berkaitan: