backup og meta

Mak Ayah Dah Mula Stres Sepanjang PKP? Jom Atasinya Dengan 7 Tip Ini

Mak Ayah Dah Mula Stres Sepanjang PKP? Jom Atasinya Dengan 7 Tip Ini

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sepanjang tempoh PKP ini, pastinya ada ibu bapa yang mulai berasa stres. Jangan risau, ada 7 cara atasi tekanan kepada ibu bapa untuk dicuba.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

[covid_19]

Tempoh PKP & tekanan kepada ibu bapa

Pada mulanya, Kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020. Ia sebagai 1 langkah efektif membendung penularan wabak COVID-19.

Namun, disebabkan kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat diikuti dengan jumlah bilangan kematian yang membimbangkan hari demi hari, maka kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020.

Jangka masa 2 minggu pun sudah boleh menyebabkan wujudnya gangguan kegelisahan dan tekanan kepada individu tanpa mengira usia. Inikan pula terpaksa menambah tempoh PKP sehingga hampir sebulan. 

Sememangnya tempoh PKP dan amalan jarak sosial yang disarankan adalah 1 cara untuk mengekang peningkatan bilangan jangkitan. Tetapi dalam masa yang sama ia juga memberikan tekanan kepada ibu bapa.

Jadi mungkinkah terdapat cara bagi mengatasi tekanan yang dialami ini? Sudah tentu mana-mana ibu bapa pun tidak mahu melempiaskan tekanan kepada anak-anak mereka, bukan?

Baca juga:

7 tip atasi tekanan kepada ibu bapa

Wabak COVID-19 telah membantutkan hampir 90% tugasan harian kebanyakan individu di seluruh dunia. Sekolah ditutup, ibu bapa perlu melakukan tugasan kerja di rumah, malahan hubungan sosial dan pergerakan terbatas.

‘Kehidupan baru’ ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada semua individu, tidak kiralah anak kecil mahupun individu dewasa, termasuk juga golongan ibu bapa.

Malangnya tekanan yang dihadapi golongan ibu bapa ini boleh memberikan impak kepada anak-anak apabila ia sudah tidak mampu dibendung. Anak-anak mungkin menjadi mangsa kemarahan anda. Kasihan, mereka tidak bersalah.

Jadi berikut adalah 7 cara yang boleh dicuba bagi mengatasi tekanan yang dihadapi:

  1. Luangkan masa bersama keluarga

Ya, anda masih perlu bekerja walaupun di rumah. Tetapi anak-anak pula mahukan perhatian anda. Itu antara punca wujudnya tekanan kepada ibu bapa. 

Jadi untuk mengatasi isu ini, mungkin anda perlu memperuntukkan sedikit masa untuk diluangkan bersama keluarga. Tidak perlu terlalu lama kerana masih banyak tugasan kerja yang menanti, bukan?

Anda boleh membaca buku bersama, melihat gambar-gambar menarik, melakukan tugasan rumah yang mudah, bermain sebarang permainan atau sekadar menonton televisyen bersama.

Sudah pasti, dalam masa yang sama ia boleh membantu mengurangkan tekanan kerja, bukan?

Anda Mula Stres Sepanjang PKP

  1. Kekal positif

Anda mengalami tekanan disebabkan tugasan kerja yang berlambak. Namun sedarkah anda, si kecil juga berdepan tekanan apabila terpaksa duduk di rumah 24 jam sehari?

Anda sebagai ketua keluarga, sekurang-kurangnya boleh keluar rumah bagi mendapatkan keperluan asas, tetapi anak-anak? Apa lagi yang boleh mereka lakukan selain melilau dalam rumah sahaja?

Jadi apabila anda berdepan tekanan, cuba untuk belajar kekal positif. Elakkan daripada menggunakan atau melemparkan kata-kata kesat kepada anak-anak.

Gunakan bahasa yang positif, sedikit sebanyak tindakan anda juga pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang dialami. 

Jika anda perlu membuat panggilan berkaitan kerja, minta dengan cara baik untuk anak-anak diam seketika. Jangan lupa untuk puji si kecil apabila mereka memberikan kerjasama yang baik.

  1. Wujudkan rutin harian

Sama seperti rutin harian biasa sebelum tempoh PKP, anda disarankan untuk mewujudkan rutin harian yang konsisten. Ia bertujuan menjadikan hari anda lebih teratur.

Jangan lupa untuk selitkan masa bersama anak-anak dalam rutin harian anda. Mungkin anda juga boleh wujudkan rutin buat anak-anak.

Pastikan anda turut menyediakan waktu khas untuk melakukan senaman harian. Ia dapat membantu mengurangkan tahap tekanan dan memperbaiki tahap hormon.

Baca juga:

  • Nak Kekal Produktif? Ikut 5 Tip Efektif Kerja Dari Rumah Di Musim COVID-19!
  • Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya
  1. Pelajari cara kendalikan stres

7-cara-atasi-tekanan-kepada-ibu-bapa

Tekanan kepada ibu bapa boleh diatasi jika anda mengetahui cara untuk mengendalikan tekanan. Semakin besar bilangan isi rumah maka semakin besar tekanan yang dialami.

Cuba ambil masa untuk diri sendiri, walaupun sekadar tempoh 5 minit untuk minum secawan teh atau kopi, melakukan senaman atau yoga. Ia pastinya dapat membantu anda. 

Anak anda juga perlukan seseorang untuk mereka meluahkan apa yang mereka rasai. Luangkan masa untuk mendengar apa yang dikatakan si kecil. 

  1. Bertolak ansur dengan peraturan dalam rumah

Jika sebelum ini anda tidak membenarkan si kecil untuk membuat sepah dengan membiarkan barang mainan di merata tempat. Apa kata sepanjang tempoh PKP ini anda bertolak ansur?

Biarkan mereka bermain walaupun akhirnya anda yang perlu mengemas. Ia sekurang-kurangnya dapat mengalihkan perhatian mereka daripada kebosanan akibat terpaksa terperuk di rumah.

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/3475692265791979/

  1. Jom berseronok!

Bersama keluarga bermakna masih mempunyai tempat untuk melakukan interaksi dan mendapatkan sokongan, bukan? Jadi hargainya. 

Mungkin anda boleh mengajak anak-anak untuk menyiapkan 1 hidangan mudah dan menyeronokkan seperti sandwich dengan potongan yang menarik. 

Anda juga boleh turut-serta ketika si kecil sedang bermain masak-masak atau menjadi model solekan tidak berbayar mereka. Percayalah hubungan anda sekeluarga akan lebih erat!

  1. Kesempurnaan? 

Anda mahukan anak-anak untuk duduk diam-diam di rumah, membaca buku atau tidak membuat bising sepanjang tempoh PKP? Seriously?

Untuk seketika, letakkan ke tepi bab kesempurnaan tersebut atau ia hanya menyebabkan punca tekanan kepada ibu bapa. 

Cuba nikmati peluang yang ada dengan keluarga dan luangkan masa untuk anak-anak dengan bermain bersama mereka

Menjaga kebersihan diri dan keluarga

tempoh pkp

Bersama keluarga tidak bermakna anda boleh mengabaikan soal penjagaan kebersihan diri. Sentiasa ingatkan anak-anak untuk kerap mencuci tangan dengan sabun.

Ini terutamanya setiap kali selepas menggunakan bilik air, sebelum dan selepas makan serta apabila terdapat kekotoran pada tangan. 

[mc4wp_form id=’115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=229583 / Accessed on April 1, 2020

https://www.weforum.org/agenda/2020/03/parenting-tips-covid-19-isolating-children-stress/ / Accessed on April 1, 2020

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/managing-stress-anxiety.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fcoronavirus%2F2019-ncov%2Fprepare%2Fmanaging-stress-anxiety.html / Accessed on April 1, 2020

https://www.zerotothree.org/resources/3210-tips-for-families-coronavirus

https://www.firstthingsfirst.org/first-things/parenting-in-the-time-of-coronavirus/ / Accessed on April 1, 2020

https://www.pbs.org/parents/thrive/parenting-during-coronavirus-you-are-enough / Accessed on April 1, 2020

Versi Terbaru

20/04/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Mata Merah, Ini Simptom Bahaya Varian Baru COVID-19, Kanak-Kanak Paling Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan