backup og meta

Ada Masalah Tak Boleh Bau? Segera Ke Hospital, Ini Mungkin Tanda Anda Dijangkiti Covid-19

Ada Masalah Tak Boleh Bau? Segera Ke Hospital, Ini Mungkin Tanda Anda Dijangkiti Covid-19

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa sebahagian daripada pesakit virus korona baharu (COVID-19) tidak mengalami simptom. 

Apa yang lebih menakutkan adalah mereka boleh menyebarkan jangkitan tersebut tanpa disedari. Pelbagai jenis kajian yang dibuat oleh pakar untuk mengenal pasti simptom awal yang mungkin dialami namun sering tidak diendahkan.

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia sudah mencecah:

[covid_19]

Baru-baru ini, saintis telah menemui satu gejala yang mungkin boleh digunakan sebagai tanda awal pesakit yang dijangkiti COVID-19. Simptom tersebut dikenali sebagai anosmia (hilang keupayaan bau) atau hiposmia (kurang keupayaan bau).

Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Pesakit virus korona boleh alami masalah bau pada peringkat awal

pesakit

Analisis data berkenaan dengan masalah anosmia yang dilakukan di beberapa buah negara berkaitan dengan pesakit positif virus korona menunjukkan dapatan yang agak mengejutkan.

Di Jerman, menurut bancian yang dijalankan terhadap pesakit, 2 daripada 3 kes pesakit virus korona mengalami masalah dengan deria bau. Begitu juga dengan pesakit di Korea Selatan. Kira-kira 30% daripada jumlah keseluruhan pesakit mengalami simptom tersebut.

Pada awalnya, anosmia berlaku tanpa menunjukkan simptom saluran pernafasan. Ini bermakna pesakit cenderung untuk tidak mengendahkan masalah anosmia jika tiada simptom batuk, demam dan selesema.

Di Iran, kadar peningkatan kes berkaitan dengan masalah anosmia meningkat hari demi hari. Keadaan ini turut dialami oleh pesakit di Perancis, Itali Utara dan Amerika Syarikat. Jika anosmia merupakan salah satu tanda yang perlu diberi perhatian, kita akan menghadapi masalah.

Ini berikutan protokol Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap individu yang perlu menjalani ujian saringan adalah mereka yang mengalami simptom COVID-19

Individu yang mengalami masalah anosmia bukan sahaja tidak memenuhi kriteria ujian saringan, mereka juga tidak boleh sewenang-wenangnya diletakkan dalam kuarantin.

Jika mereka sememangnya pesakit yang mempunyai virus korona baharu, penularan wabak boleh berlaku.

Pelbagai jenis situasi yang boleh menggambarkan masalah ini:

  1. Seorang ibu yang telah dijangkiti COVID-19 tidak boleh bau lampin anaknya yang penuh dengan najis.
  2. Tukang masak yang dahulunya berupaya untuk membezakan pelbagai jenis rempah ratus, tidak dapat membezakan bau di antara daun kari dan halia.
  3. Pesakit tidak dapat mengesan bauan syampu semasa sedang menggunakannya.  

Peningkatan jumlah pesakit dalam kalangan pakar ENT yang dijangkiti COVID-19

pesakit

Menurut Profesor Claire Hopkins, Presiden Persatuan Rhinologikal British, pesakit yang mengalami masalah kurang deria bau perlu memaklumkannya sebelum berjumpa dengan pegawai kesihatan.

Jika disahkan positif COVID-19, mereka perlu mengisolasikan diri selama 7 hingga 10 hari bagi mengelakkan penularan wabak. Perkara ini boleh menyumbang kepada kawalan transmisi jangkitan wabak dan seterusnya menyelamatkan banyak nyawa.

Beliau bersama dengan Presiden Persatuan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), United Kingdom (UK), Profesor B Nirmal Kumar telah mengisukan saranan agar kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) dipakai semasa memeriksa pesakit dengan simptom anosmia.

Prosedur endoskopi sinus juga tidak sepatutnya dijalankan dan harus ditangguhkan. Ini berikutan, COVID-19 mengalami proses replikasi pada hidung dan tekak pesakit. Prosedur tersebut boleh menyebabkan pesakit batuk dan bersin menyebabkan doktor pemeriksa terdedah kepada virus.

Jumlah pakar ENT di China, Italy dan Iran yang dijangkiti oleh COVID-19 semakin meningkat. Oleh sebab tiada pendidikan khusus kepada orang ramai berkenaan dengan anosmia sebagai salah satu simptom virus korona baharu, doktor ENT mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti.

Pesakit tidak tahu bahawa masalah anosmia tersebut merupakan tanda awal COVID-19. Akibatnya, mereka tidak akan mengkuarantinkan diri sendiri.

Kuarantin untuk semua, bukan hanya pesakit virus korona

virus korona

Perintah kawalan pergerakan yang telah diisukan oleh kerajaan pada pertengahan bulan Mac bukan sahaja bertujuan untuk mengelakkan pertambahan kes baharu malah untuk memastikan kadar penularan dalam masyarakat berkurangan.

Pesakit virus korona baharu yang mengalami simptom ringan boleh diisolasikan di rumah masing-masing atas kebenaran pegawai perubatan dan individu sihat perlu melalui proses ala kuarantin. 

Pergerakan keluar perlu diminimumkan dan semua penduduk digalakkan untuk tidak keluar dari rumah melainkan terdapat kecemasan atau hal mustahak yang tidak dapat dielakkan.

Penggunaan topeng muka perlu dihadkan kepada orang sakit. Jika anda mengalami simptom anosmia atau hiposmia, seeloknya anda memakai topeng muka apabila bergerak ke tempat awam seperti pasar raya.

Jika anda ingin pergi ke hospital sebagai pesakit, pastikan anda memberitahu perihal simptom anda kepada sesiapa yang menjaga di bahagian pendaftaran. 

Lebih elok jika anda boleh menghubungi talian hotline (03-88810200/88810600/88810700) sebelum pergi ke fasiliti kesihatan dan nyatakan masalah berkaitan anosmia/hiposmia yang sedang anda hadapi.

Perkara yang paling penting adalah cuci tangan anda secara kerap. Apabila anda mengalami masalah sukar untuk bau, anda cenderung untuk menyentuh hidung anda dengan lebih kerap. Pastikan anda membawa hand sanitizer ke mana sahaja anda berada sebagai persiapan jika tiada air atau sabun.

[mc4wp_form id=’115319″]

Konklusi

Anosmia merupakan satu simptom pesakit yang mungkin mempunyai kaitan dengan jangkitan COVID-19. Walaupun pelbagai kajian telah dibuat, kita masih tidak tahu banyak perkara berkenaan dengan virus ini.

Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu membendung jangkitan adalah dengan mempraktikkan apa yang telah disarankan oleh pihak kerajaan. Patuhi perintah kawalan pergerakan dan pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan. Jika anda seorang pesakit, pastikan anda mematuhi arahan isolasi.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. If you’ve lost your sense of smell or taste, you could be a ‘hidden carrier’ of the coronavirus. (https://www.businessinsider.my/coronavirus-symptoms-loss-of-smell-taste-covid-19-anosmia-hyposmia-2020-3?utm_source=facebook.com&utm_medium=social&utm_campaign=sf-bi-ti&r=US&IR=T). Diakses pada 24 Mac 2020.
  2. Lost Sense of Smell May Be Peculiar Clue to Coronavirus Infection. (https://www.nytimes.com/2020/03/22/health/coronavirus-symptoms-smell-taste.html). Diakses pada 24 Mac 2020.
  3. Loss of sense of smell as marker of COVID-19 infection. (https://www.entuk.org/sites/default/files/files/Loss%20of%20sense%20of%20smell%20as%20marker%20of%20COVID.pdf). Diakses pada 24 Mac 2020.

 

Versi Terbaru

18/04/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Mata Merah, Ini Simptom Bahaya Varian Baru COVID-19, Kanak-Kanak Paling Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/04/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan