Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Episod-episod mendebarkan berkenaan perkembangan pesakit COVID-19 masih tidak berkesudahan.
Sebelum ini, banyak berita hasil kajian yang mendedahkan keadaan sebenar virus COVID-19 ini.
Terbaharu, ada laporan yang mengesahkan bahawa virus ini dikesan berada dalam air mani pesakit COVID-19.
Sementara itu, statistik semasa kes jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Berpotensi disebarkan melalui hubungan seksual iaitu melalui air mani
Satu kajian yang diketuai oleh seorang doktor di Beijing, China mendedahkan, terdapat kesan virus tersebut dijumpai dalam air mani beberapa orang lelaki yang telah dijangkiti COVID-19.
Ini menimbulkan satu kemungkinan baharu bahawa virus ini boleh tersebar melalui hubungan seksual bersama mereka yang telah dijangkiti.
Artikel berkaitan: 5 Cara Bersetubuh Ikut Tema COVID-19, Nak Senggama Pun Kena Fikir Penularan Virus Ya!
Virus tersebut telah dijumpai pada 6 orang lelaki daripada keseluruhan 38 orang pesakit COVID-19 di Shangqiu Municipal Hospital, China.
Apa yang lebih mengejutkan, daripada 6 orang lelaki tersebut, 4 orang masih lagi dijangkiti virus manakala 2 orang lagi sedang dalam fasa penyembuhan.
Dijumpai dalam najis dan cecair lain sebelum ini
Dr. Ryan Berglund, seorang doktor pakar urologi di Cleveland Clinic’s Glickman Urological and Kidney Institute menyatakan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Bolehkah ia menular melalui hubungan seksual?
Namun, Dr. Ryan berpendapat, ia bukanlah satu bukti kukuh bahawa virus ini boleh tersebar melalui hubungan seks.
Hal ini turut dipersetujui oleh Dr. Amesh Adalja yang berkhidmat di Johns Hopkins Center for Health Security dan juga Dr. Greg Poland, pengarah Vaccine Research Group di Mayo Clinic, Rochester.
Menurut Dr. Adalja dan Dr. Greg, mereka tidak begitu yakin jika virus ini boleh tersebar melalui aktiviti seks.
Apa yang pasti, golongan di bawah ini adalah golongan yang paling berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19.
Tambahan pula, sehingga hari ini, tiada sebarang kes jangkitan yang direkodkan berlaku melalui hubungan seksual.
Malahan, virus ini lebih mudah dijangkiti melalui laluan saluran pernafasan sahaja.
Kajian air mani ini masih perlukan penyelidikan lanjut
Disebabkan saiz kajian ini melibatkan hanya sebilangan kecil responden, maka kajian lanjut yang lebih terperinci diperlukan bagi mengesahkannya.
Antara maklumat terperinci yang diperlukan bagi kajian lanjut adalah berkenaan:
- tempoh virus ini bertahan hidup dalam air mani manusia
- jumlah atau kepekatan virus ini dalam air mani pesakit dan bekas pesakit COVID-19
Bagaimana jika ia benar-benar terbukti boleh berjangkit melalui air mani?
Sekiranya virus ini dibuktikan boleh berjangkit melalui hubungan seks, maka persetubuhan perlu dititikberatkan sebagai kaedah pencegahan penularan jangkitan.
Artikel berkaitan:
-
Suami Isteri Bersenggama Manfaatkan PKP, Tapi Bolehkah Hubungan Intim Sebarkan COVID-19?
-
16x Pegang Muka Sendiri Dalam Sehari, Ia Mungkin Punca Jangkitan COVID-19!
Ia tidak hanya melibatkan pesakit aktif, malah bekas pesakit COVID-19 juga.
Salah satu cadangan bagi mengelakkan penularan jangkitan ini adalah melalui pemakaian kondom atau menahan diri daripada ejakulasi.
Apa tindakan yang perlu kita lakukan?
Sebelum ini, kita ada mendengar berita berkenaan virus ini yang dijumpai dalam najis pesakit.
Ada juga laporan di Malaysia yang menyatakan virus ini dikesan pada permukaan badan mayat pesakit.
Laporan di Korea Selatan pula menyatakan pesakit yang telah disahkan bebas jangkitan, kini dijangkiti semula kerana masih ada kesan virus dalam tubuh mereka.
Artikel berkaitan: