Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Wanita hamil positif COVID-19 dikatakan berkemungkinan berdepan risiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang. Adakah ia benar atau sekadar kata-kata yang tidak sahih?
Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Risiko wanita hamil positif COVID-19
Sesungguhnya proses kelahiran adalah sesuatu yang membimbangkan. Tetapi bagi wanita yang sedang hamil disahkan positif coronavirus, sudah tentu banyak persoalan akan bermain di minda.
Apakah akan ada komplikasi yang perlu dihadapi? Adakah anak yang bakal lahir akan dijangkiti COVID-19? Bagaimana dengan persediaan bagi ibu yang bakal melalui proses bersalin?
Menurut saintis dari China, kes jangkitan wabak ini terhadap bayi yang dilahirkan oleh wanita hamil positif COVID-19 jarang berlaku. Namun masih terdapat kemungkinan untuk terjadi.
Baca juga:
Komplikasi bayi dilahirkan wanita hamil positif COVID-19
Berdasarkan 2 kajian kecil mendapati, separuh daripada wanita hamil dengan positif COVID-19 akan melalui proses bersalin awal. Malahan jangkitan yang dialami mungkin akan disebarkan kepada bayi yang baru dilahirkan.
Dalam penyelidikan yang diterbitkan JAMA (Jurnal Persatuan Perubatan Amerika) Pediatrics, pasukan saintis menjalankan kajian analisis terhadap rekod perubatan 33 bayi yang baru dilahirkan oleh wanita hamil positif COVID-19.
Kesemua wanita hamil terlibat dalam kajian ini adalah dari Wuhan Children’s Hospital di Wuhan, iaitu tempat di mana virus itu dipercayai mula merebak.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/
Melalui kajian itu, hampir 10% daripada jumlah tersebut mempunyai virus. Mereka adalah 3 bayi lelaki yang dilahirkan secara caesarean. Ia disifatkan sebagai peratusan kecil sahaja.
Kesemua bayi yang didiagnosis dengan virus itu mempunyai masalah pneumonia – 1 komplikasi utama COVID-19. Walau bagaimanapun, daripada 3 bayi tersebut, hanya 2 mengalami demam.
Manakala seorang daripada mereka diletakkan di bawah bantuan pengudaraan mekanikal. Ini disebabkan bayi tersebut mengalami masalah sesak nafas dan sindrom kesukaran pernafasan.
Bayi lahir positif virus COVID-19
Bayi pertama dilahirkan pada minggu ke-40 kehamilan dan mula mengalami keletihan serta demam pada hari kedua. Selepas imbasan dada dilakukan, mendapati terdapat tanda-tanda radang paru-paru dan diuji positif virus COVID-19.
Walau bagaimanapun, berita baiknya, pada hari ke-6, hasil ujian menunjukkan dia negatif daripada wabak virus tersebut.
Turut dilahirkan pada minggu ke-40, bayi kedua juga mengalami keletihan, demam dan muntah sejurus selepas dilahirkan. Dia diuji positif pada hari ke-2 untuk pengesanan COVID-19 dan pada hari ke-6, ujian menunjukkan hasil yang negatif.
Manakala bayi ketiga, dilahirkan awal, iaitu pada usia 31 minggu. Selepas 2 hari, dia berdepan pelbagai komplikasi berkaitan kesihatan.
Dia memerlukan ventilasi mekanikal serta diberikan antibiotik selepas mengalami sepsis – keadaan mengancam nyawa apabila sistem imun menyerang dirinya sendiri.
Namun pada hari ke-7, ujian pengesanan COVID-19 yang dilakukan ke atasnya memberikan hasil keputusan negatif.
Bayi pramatang terima banyak komplikasi
Berdasarkan kajian, penulis jurnal menyatakan bayi berdepan risiko rendah untuk COVID-19 dan hasil keputusan penyelidikan sangat memuaskan hati.
Pengkaji turut berpendapat bagi bayi yang dilahirkan dengan COVID-19, komplikasi kritikal adalah daripada bayi pramatang, asfiksia dan sepsis berbanding jangkitan virus itu sendiri.
Para penyelidik kajian juga melaporkan, wanita hamil positif COVID-19 mungkin menyebarkan virus tersebut kepada bayi sama ada melalui plasenta atau ketika proses bersalin.
Ini kerana doktor telah melaksanakan kawalan jangkitan dan prosedur pencegahan ketat semasa prosedur bersalin berlaku.
Kajian itu juga menyarankan adalah penting bagi wanita hamil menjalani ujian pengesanan dan menjalani langkah-langkah kawalan penyakit yang ketat.
Baca juga:
- Coronavirus Boleh Bawa Kesan Teruk Seperti INI Pada Ibu Hamil, Jangan Ambil Ringan Risikonya!
- Pemeriksaan Pranatal Ketika COVID-19, Teruskan Atau Tunda? Ibu Hamil, Sila Ambil Tahu!
Berisiko tinggi untuk bersalin awal
Kajian kedua yang dilakukan pula adalah melibatkan 32 wanita hamil positif COVID-19 daripada China dan Hong Kong.
Pakar OB/GYN dari Princeton Community Hospital di West Virginia, Dr Brandon Lingenfelter memberitahu berlakunya peningkatan kelahiran bayi pramatang, iaitu hampir 47% adalah bayi yang lahir pramatang.
Kedua-dua laporan ujian itu adalah selepas berita bayi berusia 3 minggu disahkan positif COVID-19. Dia adalah pesakit paling muda didiagnosis coronavirus di Amerika Syarikat.
Bayi tersebut dirawat di NYU Winthrop Hospital di Mineola, Long Island selama beberapa hari dan telah pulih daripada virus ini.
[mc4wp_form id=’115319″]
Penjagaan wanita hamil positif COVID-19
Walaupun masih banyak kajian yang berkaitan virus ini perlu dilakukan, wanita yang sedang hamil dan diuji positif COVID-19 amat disarankan untuk melakukan penjagaan kebersihan diri dengan ketat.
Lakukan langkah penjagaan diri yang mudah seperti kerap mencuci tangan dan mengamalkan tabiat amalan jarak sosial
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga: