Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Ketika penularan wabak COVID-19, pastinya anda mahu untuk bersama dengan anak-anak.
Tetapi jika anda dan pasangan sudah bercerai, bagaimana hak penjagaan anak tempoh PKP ini?
Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Penularan wabak COVID-19
Peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan menyebabkan Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.
Pastinya langkah tersebut 1 cara terbaik untuk mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Tetapi pelaksanaan tempoh PKP itu bermakna pergerakan perlu dibataskan.
Jadi bagaimana untuk mengekalkan keseimbangan berkaitan hak penjagaan anak tempoh PKP agar tidak berlaku salah faham antara dan bekas pasangan?
Apa harus dilakukan untuk menyokong perkembangan anak, jika tempoh PKP ini akan berlanjutan?
Baca juga:
Hak penjagaan anak tempoh PKP, bagaimana penyelesaian terbaik?
Bekerjasama menjaga anak-anak adalah 1 perkara yang penuh cabaran walaupun dalam keadaan normal.
Tetapi cabaran untuk mengekalkan keibubapaan dinamik bersama bekas pasangan ketika pandemik adalah 2x ganda tahap kesukarannya.
Menurut Peguam Perceraian di Atlanta dan Pengarang “Divorce: Protect Yourself, Your Kids And Your Future.”, Randall Kessler, pada waktu ini ibu bapa bercerai dinasihatkan untuk berkelakuan baik dan memberikan kerjasama dengan bekas pasangan.
“Pada ketika ini, anda harus bersama berganding bahu, bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain,” ujar Randall.
5 tip berkaitan hak penjagaan anak tempoh PKP
Berikut dikongsikan 5 tip berkaitan hak penjagaan anak (co-parenting) ketika krisis kesihatan dunia:
- Fleksibel
Sekiranya rumah anda dan bekas pasangan tidak jauh, mungkin anda boleh meminta bantuannya untuk menjaga anak sewaktu anda melakukan tugasan kerja di rumah (work from home) sepanjang tempoh PKP ini.
Elakkan daripada menimbulkan sebarang perbalahan tentang perkara kecil dan remeh dengan bekas pasangan.
Ini kerana tempoh ini adalah masa untuk kalian berdua bekerjasama demi kesejahteraan anak.
Pada waktu ini, apabila pergerakan terbatas dan berlaku perubahan dalam kehidupan, anak-anak akan berasa gelisah dan mungkin menimbulkan ketakutan dalam diri mereka.
Jadi jika anda dan bekas pasangan dapat bekerja sebagai 1 pasukan, ini secara tidak langsung membantu si kecil untuk berdepan dengan situasi krisis yang melanda dunia.
- Menyokong tumbesaran anak-anak
Tidak dinafikan, walaupun kerajaan melakukan pelbagai ikhtiar agar syarikat tidak memberhentikan pekerja ketika tempoh PKP, namun mungkin sesetengah individu terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Mungkin bekas pasangan anda antara yang terkesan, sama ada dipotong gaji atau mungkin kehilangan pekerjaan.
Jadi mungkin anda berdua boleh mewujudkan 1 persetujuan bersama bagi membantu bekas pasangan dalam menyokong tumbesaran anak-anak.
Lakukan perbincangan dengan sejujurnya, elakkan penipuan dalam diri masing-masing.
Anda boleh membuat perjanjian untuk bekas pasangan membayar balik kepada anda apabila keadaan pulih seperti sedia kala.
- Saling memahami
Jika sebelum ini, mungkin perjanjian co-parenting antara kalian berdua seperti setiap hujung minggu anak akan bersama bekas pasangan.
Namun apabila penularan wabak COVID-19, segalanya perlukan perubahan.
Mungkin anda dan bekas pasangan boleh bergilir menjaga anak pada setiap hujung minggu.
Sekiranya anda atau bekas pasangan perlu melakukan tugasan kerja di rumah, mungkin anda boleh bertolak ansur menentukan hari menjaga anak pada hari bekerja.
Baca juga:
- Perjanjian bertulis
Walau apa pun perubahan yang anda dan bekas pasangan ingin lakukan sepanjang tempoh PKP ini, sebaiknya sediakan perjanjian bertulis.
Ini adalah sebagai persediaan jika wujud salah faham pada masa hadapan.
Jika boleh, pastikan persetujuan dan tanda tangan anda dan bekas pasangan ada di dalam perjanjian tersebut.
Ini boleh mengelakkan daripada tindakan undang-undang yang tidak sepatutnya.
- Kekal berkomunikasi
Sekiranya bekas pasangan atau anda dijangkiti wabak COVID-19 atau individu disyaki (PUI), pastikan anda memaklumkannya.
Jangan pentingkan diri sendiri atau anda akan menyebabkan anak-anak turut menjadi mangsa.
Jika itu berlaku, kuarantin diri dan jarak sosial adalah 1 perkara penting yang perlu dibuat.
Jangan pula menjadikan ‘tidak mahu berjauhan dengan anak-anak’ sebagai alasan.
Kita kini berada dalam kemajuan teknologi. Komunikasi dengan anak-anak tetap boleh dilakukan setiap hari melalui panggilan telefon mahupun video.
Pastikan juga anda dan bekas pasangan mempunyai persetujuan bersama untuk tidak terlalu mendedahkan anak-anak dengan isu berkaitan virus COVID-19.
Ini bagi mengelakkan wujudnya ketakutan melampau dalam diri mereka.
Saling berkompromi
Mungkin anda dan bekas pasangan tidak sehaluan.
Walau bagaimanapun, untuk seketika apa kata anda berdua ketepikan hal peribadi dan utamakan kesejahteraan anak-anak khususnya berkaitan hak penjagaan anak.
Walau apa pun masalah yang pernah berlaku, sentiasa ingat bahawa ini adalah masa untuk kalian bekerjasama demi kebaikan anak-anak.
Kerjasama antara anda berdua bukan sahaja membantu si kecil untuk mengharungi situasi pandemik ini, tetapi ia penting bagi membuatkan mereka berasa selamat.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus