Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Ramai sangkakan jangkitan wabak virus novel korona (COVID-19) di Malaysia telah berakhir setelah 22 orang pesakit yang disahkan positif virus sembuh.
Namun, baru-baru ini, kita dikejutkan dengan lambakan kes positif sehingga mencecah hampir 100 kes positif.
Gelombang kedua COVID ini kelihatan lebih agresif berbanding dengan yang pertama.
Berikut adalah jumlah kes terkini COVID-19 di Malaysia:
[covid_19]
Mengapa perkara ini boleh terjadi?
Bukankah langkah pencegahan telah ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan badan kesihatan global?
Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Sampai gelombang ke berapakah wabak COVID-19 akan dipantau?
Masih teringat lagikah anda berkenaan dengan analisis yang dibuat oleh Kolej Imperial London tentang wabak virus novel korona?
Menurut mereka, jumlah individu yang telah disahkan positif berkemungkinan jauh lebih rendah berbanding dengan angka positif sebenar.
Pada ketika itu, jumlah kes positif rasmi masih berada pada angka 25,000 dan kini, jumlah individu yang dijangkiti di seluruh dunia sudah melebihi 100,000.
Malaysia sendiri sudah mengalami peningkatan jumlah kes positif selepas pesakit gelombang pertama sembuh.
Persoalannya, sampai bilakah badan kesihatan global akan terus menerus mengira jumlah kes positif wabak ini?
Adakah pengiraan tersebut akan berhenti di saat kesemua pesakit yang disahkan positif sembuh?
Jika virus novel korona bersifat seperti virus selesema biasa atau influenza, kita tahu bahawa jumlah mereka yang bakal dijangkiti akan terus meningkat. Majoriti daripada mereka hanya mengalami simptom ringan, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat komplikasi serius dan perlu diberi perhatian.
Berikut adalah beberapa perkara kalian perlu tahu mengenai virus COVID-19 ini:
Bayangkan, jika ramalan Kolej Imperial London benar! Pada ketika angka jangkitan berada pada 25,000, mereka menjangkakan lebih daripada 100,000 individu yang dijangkiti.
Bagaimana pula dengan sekarang?
Perkara ini bukan sahaja menimbulkan syak wasangka, malah kekeliruan yang bagaikan tiada jawapan tepat.
Pada tahun 2003, apabila dunia kecoh dengan wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang juga disebabkan oleh virus korona, protokol tangkap dan isolasi memberikan impak positif.
Namun, kini, seperti apa yang dapat anda perhatikan, protokol tersebut tidak begitu berkesan dalam membendung wabak COVID-19.
Tanpa pelan tindakan alternatif, kita akan terus mengira jumlah pesakit dan gelombang jangkitan akan meningkat.
Wabak virus novel korona bukan masalah pandemik?
Pandemik merujuk kepada penyakit yang menjangkiti sebahagian besar penduduk global.
Penularan wabak COVID-19 ke Amerika Syarikat dan wabak serius yang berlaku di Itali dan Iran menampakkan potensi virus ini untuk diisytiharkan sebagai jangkitan pandemik.
Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih menganggap jangkitan wabak ini sebagai fasa kecemasan global.
Ia bermakna wabak ini serius namun tidak begitu serius sehingga perlu diklasifikasikan sebagai jangkitan pandemik.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Penularan virus ini sudah terlalu serius sehingga kuarantin pun tidak mampu membendung penyebarannya kepada individu lain.
Lihat sahaja kes ke 26 yang dikatakan menjadi sumber kepada lonjakan kes ketika gelombang kedua COVID di Malaysia.
Artikel berkaitan: