Pasti anda pernah dengar mengenai probiotik, sejenis bakteria baik yang terdapat dalam susu kultur dan yogurt. Tetapi, tahukah anda, pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi probiotik ini boleh menjadi satu cara meningkatkan imunisasi badan? Malah, ini mungkin satu cara kuatkan imun badan ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai cara meningkatkan imunisasi badan semasa musim COVID-19 ini?
Jom teruskan baca artikel.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan COVID-19, anda boleh klik di sini.
Probiotik dan COVID-19
Sebenarnya, hampir 70% pertahanan sistem imun badan terletak di kawasan perut.
Probiotik merupakan sejenis bakteria yang dapat memberikan manfaat kepada usus serta membantu mencerna makanan dan menyokong sistem imun tubuh.
Individu yang mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi probiotik mempunyai daya tahan yang lebih tinggi dan jarang jatuh sakit.
Malah, pada waktu ini, sistem imun badan yang utuh amat penting untuk mencegah jangkitan COVID-19.
Dengan munculnya varian Omicron, kebarangkalian untuk dijangkiti COVID-19 amat tinggi.
Tambah lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengumumkan Omicron telah menjadi varian dominan di negara kita.
Bukan itu sahaja, menurut sebuah jurnal dari British Journal of Nutrition, beberapa strain probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium didapati dapat mengurangkan durasi jangkitan pernafasan dalam kalangan orang dewasa.
Namun, apakah kaitan antara probiotik, kesihatan perut dan sistem imun badan? Jika anda ingin tahu lebih lanjut, mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.
Pengambilan probiotik sebagai cara meningkatkan imunisasi badan
Probiotik merupakan kombinasi bakteria atau yis yang hidup secara semula jadi dalam badan kita. Kesemua probiotik ini akan membentuk satu komuniti bakteria yang dikenali sebagai mikrobiom.
Mikrobiom ini umpama sebuah hutan – bakteria yang pelbagai ini akan bekerjasama untuk membentuk kesihatan perut yang lebih baik. Setiap mikrobiom mengandungi jutaan bakteria.
Walaupun bakteria sering dianggap ‘tidak sihat’, namun badan kita sebenarnya mempunyai banyak bakteria lain yang baik dan amat bermanfaat terhadap kesihatan.
Bukan semua bakteria akan menyebabkan kita jatuh sakit.
Malah, bakteria baik ini juga dapat melawan bakteria jahat untuk memastikan kesihatan kita terjaga. Secara tidak langsung, ia juga melindungi sistem imun badan kita.
Probiotik dapat melawan COVID-19, benarkah?
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Gut Microbes, individu yang dijangkiti COVID-19 didapati akan sembuh lebih cepat jika mereka mempunyai 4 jenis strain bakteria baik dalam perut mereka.
Mereka yang mengambil probiotik juga mempunyai reaksi antibodi yang lebih kuat berbanding mereka yang diberikan pil plasebo.
Dapatan kajian ini merupakan antara bukti probiotik mungkin dapat membantu sistem imun badan melawan COVID-19.
Malah, pengambilan probiotik juga dikatakan sebagai salah satu cara meningkatkan imunisasi badan dan membantu pesakit COVID-19 sembuh lebih cepat.
Tambah lagi, individu yang mengambil probiotik juga mempunyai simptom yang tidak teruk.
Virus dalam badan mereka juga berada dalam tahap yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil probiotik.
Baca juga:
- Adakah Omicron Lebih Bahaya? Ini Update Terbaharu Varian Virus COVID-19!
- Betul Ke Pengambilan Probiotik Dapat Atasi Perut Buncit? Ini Penjelasan Saintis
Selain cara meningkatkan imunisasi badan, ini tugas utama probiotik
Fungsi utama probiotik adalah memastikan keseimbangan bakteria dalam badan.
Apabila kita jatuh sakit, bakteria jahat akan bertambah. Jadi, probiotik akan melawan bakteria tersebut dan mengembalikan keseimbangan dalam badan.
Malah, probiotik juga dapat memastikan badan kita kekal sihat dengan cara menyokong sistem imun badan dan mengawal inflamasi.
[embed-health-tool-heart-rate]
Beberapa jenis bakteria baik juga boleh:
- Membantu badan mencerna makanan dengan baik.
- Menghalang bakteria jahat bertambah dan membuatkan anda sakit.
- Menghasilkan vitamin tertentu.
- Melapisi perut dan melawan sebarang bakteria jahat yang masuk bersama makanan daripada terlepas ke salur darah.
- Memecahkan dan menyerap ubat.
Sebagai satu cara meningkatkan imunisasi badan, cuba tambahkan makanan yang kaya dengan probiotik dalam diet harian. Bakteria baik ini amat penting untuk kesihatan badan.
Malah, makanan yang kaya dengan probiotik juga boleh didapati dengan mudah di pasar raya. Susu kultur, yogurt dan makanan yang ditapai merupakan antara contoh makanan yang kaya dengan bakteria baik.
Bukan itu sahaja, cara pengambilannya juga mudah.
Harganya yang murah juga membolehkan anda membeli makanan kaya probiotik untuk diri sendiri serta ahli keluarga di rumah.
Kesimpulan
Banyak kajian yang telah membuktikan keberkesanan probiotik dalam mencegah penyakit. Ia juga boleh menjadi salah satu cara meningkatkan imunisasi badan yang berkesan.
Selain mengambil probiotik, anda juga boleh menambah makanan yang kaya dengan serat ke dalam diet anda. Ini juga merupakan salah satu cara kuatkan imun badan yang berkesan.
Kajian terbaharu menunjukkan individu yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kurang berisiko untuk dijangkiti COVID-19.
Malah, makanan tinggi serat ini juga dapat menghasilkan persekitaran yang optimum untuk meningkatkan fungsi bakteria baik dalam perut. Daya tahan badan juga akan meningkat disebabkan reaksi imun yang lebih kuat.
Disebabkan COVID-19 mungkin akan berterusan melanda dunia, kita perlulah mempersiapkan diri dan mengambil makanan yang dapat menghalang sebarang jangkitan pada masa hadapan.
Jadi, penuhkan peti ais anda dengan makanan yang kaya dengan probiotik.
Percayalah, anda tidak akan menyesal membeli susu kultur serta yogurt kerana ia bakal menjadi antara ‘senjata’ utama dalam memerangi jangkitan COVID-19.