Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Pada saat wabak COVID-19 sedang mengganas di seluruh dunia, ramai daripada kita yang sememangnya terpaksa bekerja dari rumah.
Apatah lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung, sebarang aktiviti yang tidak penting amatlah dilarang sama sekali.
Bekerja dari rumah mungkin kedengaran menyeronokkan. Anda tidak perlu bangun awal pagi bersiap ke pejabat dan boleh melakukan kerja pada bila-bila masa.
Namun, di sebalik segala keseronokan tersebut, wujud beberapa cabaran dan kekangan apabila kerja dari rumah sewaktu wabak COVID-19 ini menular.
Oleh itu, kami kongsikan tips yang boleh membantu anda bekerja dari rumah dengan lebih efisien dan menyeronokkan.
[covid_19]
Tips bekerja dari rumah
Walaupun COVID-19 sedang mengganas, ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan segala tuntutan kerja pejabat. Kita masih boleh bersifat fleksibel dalam melaksanakan kerja.
Ikuti 19 tips bekerja dari rumah ini sewaktu wabak COVID-19 melanda.
#1. Tetapkan ruang kerja anda khas untuk WFH
Sediakan satu ruangan khas untuk anda bekerja di rumah. Ini adalah cara menghantar mesej yang jelas kepada otak untuk lebih fokus semasa bekerja.
Jauhkan diri daripada kawasan tersebut setelah tamat waktu kerja.
#2. Sentiasa bergerak walau terpaksa bekerja dari rumah
Jangan hadkan satu ruangan saja. Anda boleh siapkan kerja di beberapa lokasi lain dalam rumah anda. Ini bagi mengelakkan kebosanan dan menjaga postur tubuh.
#3. Bersedia setiap hari
Sebelum mula bekerja, persiapkan diri anda. Anda boleh mula dengan mandi dan bersarapan. Pakai pakaian yang selesa untuk anda bekerja. Tidak salah juga jika anda ingin bersolek.
#4. Buat jadual WFH
Buat jadual harian anda agar tugas kerja dan tanggungjawab di rumah dapat berjalan dengan seiring dan teratur. Tentukan waktu bekerja dan masa untuk menguruskan rumah tangga.
#5. Buat pelan pemakanan
Jangan terlalu fokus bekerja sehingga mengabaikan waktu makan anda. Dan, jangan pula anda asyik mengunyah snek sehingga kerja tertunda.
Pilih makanan yang berkhasiat yang mampu menguatkan memori dan penumpuan seperti telur dan coklat gelap. Cuba buat minuman sihat seperti di bawah ini:
Jom cuba resepi jus sihat ni! Tak kan masa kuarantin ni nak minum Dalgona Coffee je, ye tak?
Posted by Hello Doktor on Friday, April 3, 2020
Artikel berkaitan:
#6. Bekerja dengan bayi dan anak kecil
Ada anak kecil? Tiada masalah, anda boleh letakkan katil atau buaian bayi berdekatan dengan ruangan kerja. Gunakan waktu ketika bayi tidur untuk anda fokus pada kerja atau bermesyuarat secara dalam talian.
Jika ada anak yang lebih dewasa, minta si kecil untuk sama-sama menjaga adiknya. Berikan anak aktiviti menarik untuk dilakukan semasa anda buat kerja pejabat.
#7. Beri perhatian kepada keperluan emosi anak anda
Anak anda mungkin memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih pada ketika ini.
Oleh itu, cuba luangkan sedikit masa untuk bersama si manja seperti menonton televisyen atau makan bersama untuk seketika. Anak gembira, anda pun tenang meneruskan kerja.
#8. Berkongsi komputer dengan anak anda
Jika anda berkongsi komputer dengan si kecil, tegaskan pada anak waktu bekerja anda. Berikan padanya hanya bila anda sedang berehat atau tidak menggunakan komputer.
#9. Tentukan apa yang anda ingin dengar dan lihat
Usah hilang fokus kerja dengan mengambil tahu terlalu banyak berita berkenaan wabak COVID-19. Tentukan jenis media yang anda ikuti dan block sebarang berita yang tidak anda gemari.
Jika mahu kekal mendapat informasi terkini tentang wabak COVID-19, peruntukkan sedikit waktu untuk membaca berita.
#10. Nikmati masa di rumah semasa WFH
Mungkin situasi berada di rumah ini tidak sama ketika waktu normal sebelum PKP dilaksanakan.
Tetapi anda masih boleh menikmati setiap waktu di rumah dengan melakukan pelbagai perkara bagi menghilangkan tekanan sewaktu bekerja, seperti melihat seketika pemandangan dari balkoni rumah anda.
Artikel berkaitan:
- Duduk Rumah Semasa PKP Tidak Lagi Bosan Jika Lakukan 5 Aktiviti Ini!
- PKP Tambah Lagi 14 Hari, Ikut 7 Langkah Penjagaan Diri Ini Di Rumah; #3 Paling PENTING
#11. Kekal berhubung sewaktu bekerja dari rumah
Sekiranya anda rasa memiliki tanda-tanda kemurungan atau mengalami tekanan, segera berhubung dengan profesional seperti ahli psikologi atau kaunselor secara dalam talian.
#12. Wujudkan tempat kerja yang tenang
Tempat kerja di rumah anda juga perlu berada dalam keadaan yang bersih dan menenangkan.
Anda boleh pasang pewangi udara bagi mewujudkan ruang kerja yang menenangkan. Susun dan bersihkan ruang kerja anda setiap hari selepas tamat bekerja.
#13. Sekiranya pasangan anda turut bekerja, bincang pelan terbaik untuk anda berdua
Berbincang dengan pasangan berkenaan cara anda bekerja. Nyatakan bila waktu anda makan dan waktu jika anda tidak mahu diganggu sewaktu bekerja.
#14. Bantu pasangan anda
Fikirkan cara membantu pasangan sewaktu bekerja dari rumah. Contohnya, anda boleh mengingatkan si dia untuk menyiapkan tugasan kerja mereka.
Selain itu, anda dan pasangan juga boleh bergilir-gilir untuk membuat kerja rumah.
#15. Gunakan fon telinga (headphone)
Elakkan sebarang gangguan bunyi sewaktu bekerja dengan menggunakan fon telinga. Pilih senarai lagu yang boleh membantu anda untuk fokus bekerja.
#16. Masa untuk diri
Terdapat kemungkinan ahli keluarga di rumah mengganggu anda semasa bekerja, justeru menyebabkan tugasan tergendala.
Oleh itu, cuba tetapkan sempadan waktu semasa anda bekerja. Contohnya, beritahu mereka anda perlu fokus selama 4 jam.
#17. Jangan abaikan diri ketika bekerja dari rumah
Bekerja di rumah tidak bermakna anda perlu 100% menumpukan pada tugasan. Jaga kesihatan fizikal dan mental sewaktu tempoh PKP ini.
Berikut adalah antara senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah.
#18. Gunakan kaedah Pomodoro
Kaedah Pomodoro adalah teknik pengurusan masa. Anda disarankan melakukan kerja selama 25 minit, dan ambil masa sebanyak 5 minit selepas itu untuk berehat. Lakukan kaedah ini sepanjang anda kerja dari rumah.
#19. Berehat secukupnya
Setelah tamat melakukan tugasan kerja anda, ambil peluang ini untuk berehat secukupnya seperti menonton televisyen atau tidur.
Cuba kesemua tips bekerja ini sewaktu anda WFH atau kerja dari rumah. Jangan abaikan kesihatan mental dan juga fizikal anda sewaktu penularan wabak COVID-19 ini.
[mc4wp_form id=’115319″]