backup og meta

Petua Hilangkan Beguk Dengan Letak Nila, Berkesan Ke?

Petua Hilangkan Beguk Dengan Letak Nila, Berkesan Ke?

Sedang mencari petua hilangkan beguk? Kalau ikut orang tua dulu-dulu, mereka akan sarankan untuk guna nila. Tapi berkesankah?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Apa petua hilangkan beguk di rumah?

Masyarakat Malaysia kaya dengan amalan turun-temurun dan rawatan tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang. Tidak terkecuali juga pelbagai jenis pantang larang yang ada.

Semua petua dan pantang larang ini terhasil daripada pengalaman mereka dalam menghadapi keadaan-keadaan tertentu, seperti menggunakan beguk nila sebagai salah satu antara petua hilangkan beguk di rumah.

Sebahagian daripadanya adalah bagus dan berkesan, sebahagian yang lain pula kadangkala bertentangan dengan ilmu moden dan mungkin boleh mendatangkan bahaya.

Namun, semuanya bertujuan baik untuk melindungi anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini, meskipun tidak semuanya adalah tepat.

petua hilangkan beguk
Nila biasa digunakan untuk merawat beguk.

“Sapu nila kalau nak cepat baik”

Jika dahulu, asalkan dapat beguk, tentu emak, ayah atau nenek akan sapukan nila. Katanya, itu akan mempercepatkan proses sembuh atau sebagai cara hilangkan beguk.

Tidak pasti daripada mana datangnya petua ini, tetapi sebenarnya tiada kaitan yang dapat dihubungkan antara nila dan beguk.

Ada yang mendakwa bahawa beguk disebabkan oleh kekurangan iodin. Maka, nila akan membantu menyelesaikan masalah itu.

Hakikatnya, sudahlah nila itu tidak mengandungi iodin, beguk sendiri pun tidak ada kaitan dengan kandungan iodin di dalam badan.

petua hilangkan beguk
Beguk boleh menyebabkan kesakitan berpanjangan.

Memahami apa itu beguk

Beguk disebabkan oleh jangkitan virus beguk atau mumps virus yang menjejaskan kelenjar parotid, iaitu sejenis kelenjar terletak di bahagian pipi di bawah dan hadapan kedua-dua belah telinga.

Jangkitan virus ini menyebabkan kelenjar parotid bengkak, sama ada melibatkan satu atau kedua-dua kelenjar.

Secara amnya, ia adalah sejenis jangkitan, bukannya kekurangan zat atau mana-mana nutrisi di dalam badan.

Antara petua hilangkan beguk atau cara hilangkan beguk

Tiada ubat atau rawatan khusus bagi beguk. Hanya vaksin sahaja cara terbaik untuk menguruskan penyakit ini.

Selain itu, cara merawat beguk dengan cepat mengurangkan simptom yang dialami oleh pesakit. Ini termasuk:

petua hilangkan beguk
Ilustrasi pembentukan beguk.
  • Rehat di rumah. Selain menyimpan tenaga, ia juga penting untuk mengelakkan penyakit berjangkit kepada orang lain
  • Ambil ubat seperti Panadol atau ibuprofen untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Tuam bengkak pada kelenjar parotid dengan air sejuk atau ais
  • Banyakkan minum air
  • Makan makanan yang lembut kerana kebiasaannya pesakit akan ada masalah untuk menelan
  • Elakkan makanan pedas dan masam untuk mengurangkan kelenjar parotid daripada bekerja menghasilkan air liur

Tip

Perlu diingat bahawa antibiotik bukanlah sebahagian daripada rawatan bagi jangkitan virus.

Oleh itu, jangan ambil sebarang jenis antibiotik untuk penyakit virus termasuk beguk.

Sudahlah tidak berkesan, ada kemungkinan juga anda akan mendapat kesan sampingan.

Lebih baik anda sapu sahaja nila sebagai petua menghilangkan beguk!

Fikir-fikirkan!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Mumps Vaccination. https://www.cdc.gov/mumps/vaccination.html. Accessed on July 18, 2018.

Mumps. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mumps/symptoms-causes/syc-20375361. Accessed on July 18, 2018.

Mumps. https://kidshealth.org/en/parents/mumps.html. Accessed on July 18, 2018.

Mumps. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15007-mumps. Accessed on July 18, 2018.

Treatment-Mumps. https://www.nhs.uk/conditions/mumps/treatment/. Accessed on July 18, 2018.

Versi Terbaru

24/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

AWAS! Ini 7 Punca Dagu Bengkak, Salah Satunya Sebab Jangkitan Kelamin

Bangun Tidur Tengok Mata Sembap? Ini 10 Punca Mata Bengkak Secara Tiba-Tiba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan