Di negara tropikal seperti Malaysia, nyamuk sangat kerap ditemui. Dengan kekerapan hujan yang tinggi, ia memberikan keadaan yang kondusif bagi nyamuk untuk berkembang-biak.
Walaupun anda sudah lama berkenalan dengan nyamuk, mungkin ada beberapa fakta yang anda tidak pernah ketahui tentang ini tentang nyamuk.
Ikuti 5 fakta yang mengejutkan ini tentang nyamuk.
1. Hanya nyamuk betina menggigit manusia
Terdapat lebih 3500 spesis nyamuk di seluruh dunia. Namun tidak semua nyamuk mempunyai selera terhadap darah anda. Sementara kedua-dua nyamuk betina dan jantan menghisap bunga, hanya nyamuk betina sahaja menghisap darah manusia untuk penghasilan telur.
2. Nyamuk lebih suka warna gelap
Hitam mungkin menawan, tapi jika anda ingin mengelakkan nyamuk, gunakan warna yang lebih terang.
3. Nyamuk lebih suka menghisap darah seorang lebih dari seorang yang lain
Jika nyamuk suka menggigit anda sedangkan ahli rumah anda jarang digigit, mungkin ada faktor penarik pada diri anda. Bahan-bahan kimia seperti karbon monoksida yang dikeluarkan melalui pernafasan atau asid laktik di dalam peluh boleh menarik minat nyamuk.
4. Nyamuk paling aktif ketika bulan penuh
Macam serigala jadian? Ya, memang sama. Bulan penuh boleh meningkatkan tahap keaktifan nyamuk sehingga 500 peratus!
5. Satu sudu air sudah cukup untuk jejentik hidup
Sekarang baru anda tahu kenapa anda tidak biarkan langsung air bertakung di rumah. Sebab itu juga pihak berkuasa mengenakan denda jika ada air bertakung di rumah anda. Bayangkan, air sebanyak satu sudu pun sudah cukup untuk membiak, macam mana pula kalau satu tong air?