Denda 10 Ribu Jika Kantoi Merokok Di Kedai Makan – Menteri Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

“Geng, korang ada dengar tak berita pasal denda 10 ribu ringgit kalau kantoi hisap rokok kat kedai makan?”, soal Ady kepada rakan-rakannya ketika sedang melepak sambil merokok di sebuah restoran mamak. Mereka semua adalah perokok tegar dan sudah lama berkecimpung di arena mendekatkan diri dengan tuhan. Ini adalah berita buruk buat mereka.

Namun, ia adalah berita baik buat semua rakyat Malaysia yang inginkan udara segar dan nyaman ketika menikmati juadah di kedai makan! Persoalannya, larangan ini sudah lama dikuatkuasakan, bukan? Jika diperhatikan sekeliling, masih ramai yang tanpa segan silu menghembuskan asap rokok walaupun jelas terpampang tanda ‘dilarang merokok’.

Untuk mengetahui mengenai larangan terbaharu ini, jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

merokok

Berkuatkuasa 1 Januari 2020

Sebelum ini, kerajaan sudah mula melaksanakan dasar larangan merokok di premis makanan. Namun, ia masih berada pada peringkat awal dan mereka lebih memberi penekanan terhadap pendidikan dan peringatan berbanding hukuman. Namun, mulai 1 Januari 2020, tiada lagi kompromi!

Mulai awal tahun 2020, perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan dikenakan penguatkuasaan undang-undang. Hukumannya adalah denda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan di seluruh Malaysia.

Kata beliau lagi, sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran sudah dikeluarkan. Sebanyak 27,759 notis dikeluarkan kerana premis didapati gagal meletakkan tanda larangan dan 3,889 notis lagi dikeluarkan kerana masih ada individu yang berdegil untuk menghisap rokok di restoran atau kedai makan.

rokok

Bagaimana pula dengan vape?

Kementerian Kesihatan juga telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Kementerian Pendidikan bagi membincangkan strategi untuk membendung masalah penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah dapat dibendung.

Dr Dzulkefly menegaskan bahawa pihaknya sudah mula menguatkuasakan undang-undang terhadap penjualan rokok elektronik yang mengandungi cecair nikotin dan penggunaannya di kalangan mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.

Usaha murni kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengawal atau menghalang remaja bawah umur untuk memiliki vape. Namun, bagaimana pula dengan individu dewasa? Selain itu, adakah menghisap vape di kedai makan juga akan dikenakan hukuman yang sama?

Buat masa sekarang, vape masih lagi bebas untuk dihisap dan dihembus oleh individu dari setiap peringkat umur. Namun, pelbagai debat dan kajian lanjutan masih sedang hangat berlangsung untuk memastikan vape tidak akan merosakkan anak bangsa kita sepertimana yang sudah dilakukan oleh rokok.

Jadi, adakah menghisap vape di premis makanan akan dikenakan tindakan dan hukuman yang sama seperti menghisap rokok? Sebenarnya, kerajaan masih lagi tiada sebarang keputusan mengenai perkara ini. Akan tetapi, mengapa anda masih mahu menghisap benda alah yang membahayakan kesihatan anda dan orang lain ini? Berhenti sebelum terlambat!

Konklusi

Kesimpulannya, ia adalah berita baik buat semua rakyat Malaysia. Mulai tahun 2020, tiada lagi asap rokok akan mengganggu anda di kedai makan. Namun, ia adalah berita buruk buat Ady dan rakan-rakan serta seluruh rakyat Malaysia yang merokok. Selepas ini, terpaksalah golongan yang suka mendekatkan diri dengan tuhan ini bawa pita pengukur ke mana-mana sahaja, bukan? Manakan tidaknya, kena ukur jarak 3 meter baru boleh hisap rokok…

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Untuk Berhenti Vaping Pada Tahun 2020?

    Vape bukanlah satu pilihan yang lebih baik berbanding menghisap rokok tembakau. Jadi bagaimana caranya untuk berhenti vaping?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 10/02/2020 . 4 minit bacaan

    Ini 5 Bahan Kimia Berbahaya dalam Vape yang Ramai Tidak Tahu

    Terdapat lebih 40 bahan kimia dalam vape yang telah dikenal pasti. Berikut merupakan 5 bahan kimia dalam vape yang mampu meningkatkan kadar kematian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berhenti Merokok, Gaya Hidup Sihat 09/12/2019 . 2 minit bacaan

    Bertarung Nyawa Disebabkan Ketagihan Vaping

    Anda rasa vape itu selamat? Yakin ke? Bagaimana pula kalau kerana ketagihan vaping boleh menyebabkan anda kehilangan nyawa? Masih ingin ber-vape?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Vape BUKAN Idea Bagus Sebagai Pengganti Rokok, Kes Kematian Evali Ini Antara Sebabnya!

    Terdapat kes yang memberikan persepsi bahawa penggunaan vape bukanlah satu idea yang bagus bagi menggantikan rokok. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berhenti Merokok, Gaya Hidup Sihat 04/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya rokok

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda Sebenarnya SILAP!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan