backup og meta

Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/09/2021

    Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

    Influenza atau flu adalah penyakit yang menjangkiti sistem pernafasan, disebabkan oleh virus influenza.

    Ia boleh menyebabkan pelbagai gejala yang ringan dan serius serta boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

    Apa yang membimbangkan, ramai orang menganggap flu adalah penyakit biasa yang tidak memerlukan pemerhatian yang khusus.

    Salah! Mulai hari ini, kita tidak wajar pandang rendah terhadap influenza dan sesuatu perlu dilakukan segera untuk ubah stigma ini.

    Kejadian menimpa Dr. Say Shahzril

    Siapa sahaja yang tidak kenal akan doktor selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say?

    Jika kalian mengikuti perkembangan Dr. Say, sudah pasti anda tahu kejadian yang menimpa anak lelaki beliau pada bulan Januari yang lepas.

    Dalam laman sesawang Instagram, beliau menceritakan tentang anaknya, Aezriel (Ace) yang dijangkiti virus influenza sewaktu berusia dua bulan.

    “Bermula dengan batuk selesema yang biasa, kesihatan Ace merudum dengan cepat dan menyebabkan nafas tersangat laju.

    “Dadanya pula berlekuk dalam dan dia jadi sangat tidak bermaya sehingga memerlukan bantuan oksigen yang sangat kuat (high flow nasal cannula)”, imbas Dr. Say.

    Apa yang sangat menyakitkan, bunyi mesin bantuan oksigen yang sangat kuat itu masih menghantui beliau sehingga ke hari ini.

    Berikut adalah pautan perkongsian beliau:

    https://www.instagram.com/p/B7S7k6Dlx1w/

    Lantaran itu, beliau menegaskan akan kepentingan pengambilan vaksinasi influenza setahun sekali buat setiap individu.

    Ini kerana flu adalah jangkitan yang berlaku sepanjang tahun di negara kita dan bukannya bersifat bermusim (seasonal) seperti di negara luar yang lain.

    Menurut beliau lagi, virus influenza sangat berbahaya dan berisiko terhadap golongan berikut:

    • Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
    • Warga emas berusia 65 tahun ke atas
    • Wanita hamil
    • Individu obesiti
    • Individu kurang daya tahan badan

    Selain penggunaan topeng muka yang sangat relevan ekoran pandemik COVID-19 kini, beliau turut berpesan agar kita mengambil vaksinasi influenza dan menjalani kehidupan dengan norma baharu.

    Mengapa vaksinasi flu adalah penting?

    Baiklah, sekarang kita semua mungkin sudah tahu apa itu flu dan sedar akan bahayanya terhadap kesihatan masyarakat sejagat.

    Persoalannya, mengapa vaksinasi flu adalah penting?

    Jawapannya, mudah sahaja. Ia kerana flu merupakan penyakit berbahaya dan bukannya demam selesema yang biasa sahaja.

    Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memperbetulkan stigma di mana influenza sering kali dipandang rendah.

    Dr. Say menyatakan bahawa ibu bapa tidak seharusnya berasa takut untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan vaksinasi influenza kerana mencegah itu sudah pasti lebih baik dari mengubati.

    Lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 ini, sudah tentu kita perlu meningkatkan imunisasi tubuh badan bagi melawan penyakit demi memastikan kehidupan dan kesihatan yang lebih baik.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, wajarlah untuk kita semua tahu akan simptom-simptom terkena flu iaitu:

    • Demam
    • Selesema
    • Batuk
    • Bersin
    • Hidung tersumbat
    • Sukar bernafas

    Sebelum terlambat dan terkena simptom yang mungkin membawa maut ini, maka segeralah berkunjung ke pusat kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi influenza.

    Dr. Say

    ‘Cegah Flu, Norma Baharu’

    Selain daripada vaksinasi, Dr. Say turut berpesan agar kita turut mengamalkan kehidupan dengan norma baharu. Apakah ia?

    Buat anda yang masih keliru dengan terma norma baharu ini, ia merangkumi:

    • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
    • Gunakan cecair sanitasi tangan
    • Amalkan penjarakan sosial
    • Elakkan bersalaman, bersentuhan atau berpelukan
    • Pakai pelitup muka ketika di luar rumah

    Bukan sahaja ia mampu melindungi kita daripada virus korona baharu, malahan juga mencegah dari terkena penyakit lain termasuklah flu.

    Sudah tahu bahaya apa itu flu? Maka ayuh kita semua sama-sama melafazkan ikrar untuk melawannya!

    Program Imunisasi Sepanjang Hayat (Immunise4Life) telah bekerjasama dengan badan perubatan, individu berpengaruh serta organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan kempen ‘Cegah Flu, Norma Baharu’.

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah kempen ikrar atas talian peringkat kebangsaan yang menggesa orang ramai untuk terus melindungi diri dan orang tersayang daripada influenza.

    Mesej yang ingin disampaikan menerusi kempen ini adalah untuk individu mendapatkan vaksinasi flu setahun sekali bagi bersama membendung flu yang dianggap sebagai penyakit biasa.

    Mari sama-sama kita berikrar untuk bersama mereka menerusi pautan ini: https://www.actoflove.ifl.my/

    ‘Cegah Flu, Norma Baharu’

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan