Fenomena Brown Sugar Milk Tea: Awas Gula Tersorok Dalam Minuman Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Minuman teh susu gula perang atau brown sugar milk tea kini menjadi satu fenomena dalam kalangan konsumer di Malaysia, khususnya buat golongan belia. Kegilaan ini telah membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap minuman ini yang sedikit sebanyak, telah mengubah landskap industri makanan dan minuman di Malaysia. Gerai-gerai minuman teh susu ini tumbuh ibarat cendawan selepas hujan di sekitar ibu kota khususnya di kawasan tertumpu seperti di SS15, Subang Jaya, sehinggakan kawasan tersebut diberi jolokan ‘Boba Street’. Melihat kepada pengambilan minuman ini yang begitu meluas dan kerap oleh golongan muda-mudi semasa, timbul persoalan sama ada rasa lazat dan manis yang diberikan datang dengan manfaat kesihatan yang setimpal? Atau ia perlahan-lahan meningkatkan risiko kita terhadap penyakit-penyakit kronik di masa akan datang?

Minuman yang penuh dengan gula

Perkataan seperti teh susu atau gula perang mungkin tidak memberikan sebarang imej yang tidak sihat kepada fikiran anda, khususnya untuk gula perang di mana ia dilihat sebagai alternatif yang lebih sihat kepada gula biasa. Namun yang demikian, mana-mana unsur makanan, termasuk yang berasal daripada gula perang, jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan, akan mendatangkan kesan buruk dan mudarat kepada mereka yang mengambilnya. 

Begitulah keadaannya untuk hidangan teh susu ini. Kajian mendapati segelas (500 ml) minuman teh susu gula perang yang dicampur dengan bebola ubi kayu (tapioca) mengandungi sekitar 18 sehingga 20 sudu gula! Jumlah yang bersamaan dengan 100g gula ini melebihi jumlah pengambilan gula tambahan yang disyorkan sehari iaitu sebanyak 40g. Tambahan lagi, kandungan gula yang terdapat dalam minuman ini mengatasi kandungan gula yang terdapat dalam satu tin minuman bersoda dengan isi padu 320 ml, sebanyak tiga kali ganda.

Pengambilan gula, dalam kadar yang sederhana mampu membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Bahkan, ia bertindak sebagai nutrisi utama dalam badan kerana monomer atau bahan binaan asasnya (glukosa) merupakan ‘bahan bakar’ utama metabolisma badan kita, membekalkan tenaga untuk aktiviti sel, tisu dan juga organ-organ penting seperti otak. Namun yang demikian, rakyat Malaysia rata-ratanya mengamalkan gaya hidup sedentar walaupun mereka mengambil jumlah gula yang tinggi dalam diet harian mereka. 

Bagaimana pengambilan gula berlebihan membawa kepada penyakit kronik

Apabila kandungan gula menjadi tinggi dalam badan, beberapa proses metabolisma akan berlaku bagi mengawal paras gula yang tinggi ini. Hormon yang paling penting dalam mengawal paras gula dalam darah adalah hormon insulin dan ia bertindak dengan cara melekat pada reseptor spesifik pada permukaan sel dalam tisu adipos dan otot. Pelekatan ini akan menyebabkan gula yang berada dalam salur darah masuk ke dalam sel-sel badan untuk digunakan, secara tidak langsung menurunkan paras gula dalam darah. Jika paras gula masih tinggi, proses lain yang turut berlaku adalah glikogenesis (penghasilan glikogen). Glikogen adalah gula dalam bentuk simpanan dan proses ini membabitkan penukaran gula dalam darah kepada bentuk glikogen untuk disimpan. Organ yang bertanggungjawab melaksanakan proses ini adalah hati. 

Proses seterusnya dalam membantu menurunkan kandungan gula dalam darah adalah pembentukan lemak (lipogenesis). Seperti yang dinyatakan di atas, reseptor untuk insulin boleh didapati pada permukaan tisu adipos (tisu lemak). Ini bermakna ia juga boleh mengambil gula lebihan untuk disimpan. Dalam usaha untuk menurunkan paras gula dalam darah, gula lebihan tadi akan diproses menjadi suatu struktur yang dikenali sebagai asetil coA. Asetil coA adalah bahan binaan asas yang digunakan untuk membina tisu lemak sekali gus menambah bilangan lemak dalam badan seseorang. Untuk itu, pengambilan kandungan gula yang tinggi secara kerap akan menambah kandungan lemak dalam badan dan menyebabkan anda berisiko untuk menghidap obesiti dan juga penyakit kardiovaskular. 

Selain itu, keadaan tinggi gula yang kronik akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah dan juga mendorong kepada terjadinya kerintangan insulin. Kerintangan terhadap insulin bermakna sel-sel badan anda tidak lagi sensitif terhadap kehadiran hormon insulin, menyebabkan mereka tidak boleh menyerap gula yang ada dalam darah. Kerintangan insulin ini adalah mekanisma utama untuk penyakit kencing manis jenis 2. Penyakit kencing manis ini pula akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan risiko untuk penyakit-penyakit lain seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan juga gangguan saraf. 

Nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Pada 25 Julai yang lepas, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telahpun menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan dan menjauhkan diri daripada mengambil minuman teh susu ini secara kerap. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, menyeru agar rakyat Malaysia lebih cakna tentang kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka ambil bagi melindungi diri mereka daripada penyakit-penyakit kronik yang tidak diingini. 

Tuntasnya, kandungan gula berlebihan dalam makanan dan minuman mendorong kepada terjadinya penyakit kronik di masa yang akan datang. Untuk itu, diet yang seimbang dan sifat peka terhadap pemakanan anda adalah perlu bagi memastikan kesihatan adalah milik anda ketika berada di usia senja. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Berdiet adalah pilihan kebanyakan individu yang mahu menurunkan berat. Tapi banyak yang terhenti di tengah jalan. Jom cuba 7 cara menguruskan badan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Air lemon mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Buah yang kaya dengan vitamin C ini banyak kebaikannya jika diamalkan setiap hari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Tahukah anda bahawa warna lidah boleh menunjukkan tahap kesihatan anda? Cuba periksa lidah anda. Adakah lidah berwarna putih, hitam ataupun merah jambu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    usus tersumbat

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    berat badan kolesterol tinggi

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah selulit

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan