SELAMAT TINGGAL Kanser Serviks Menjelang 2120?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/02/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tiada lagi wanita akan menghidap kanser serviks- Ini kedengaran agak mustahil bukan? Tetapi bagaimana kalau saintis mengatakan ia adalah sesuatu yang boleh dicapai?

Apa itu kanser serviks? 

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan antara penyakit kanser yang mencatatkan kadar kematian tinggi dalam kalangan wanita. Di Malaysia sahaja, kanser ini menjadi kanser ketiga paling tinggi dialami oleh wanita, selain kanser payudara dan usus besar. 

Berdasarkan data 2018 daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kira-kira 570,000 kes baharu melibatkan kanser pangkal rahim di seluruh dunia. Lebih malang lagi, WHO mendapati kanser ini menunjukkan jumlah kematian tinggi khususnya di negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMICS). 

Jadi bolehkah kanser pangkal rahim dapat dibasmi 100% daripada terus menghantui wanita menjelang 2120?

Mungkinkah kanser serviks dibasmi?

Hujah daripada pakar dan pihak WHO mengatakan, dalam tempoh 100 tahun akan datang, kita berkemungkinan akan dapat membasmi terus kanser. Kenyataan ini disokong dengan dua kajian yang diterbitkan dalam The Lancet.

Kedua-dua kajian merupakan gabungan kerjasama antara penyelidik dengan The WHO Cervical Cancer Elimination Modelling Consortium, organisasi yang menggariskan panduan bagi pencegahan kanser serviks untuk negara berbeza.

Kajian diketuai bersama oleh seorang profesor perubatan dari Fakulti Perubatan Université Laval di Québec, Kanada, Profesor Marc Brisson.

SELAMAT TINGGAL Kanser Serviks Menjelang 2120

Vaksin dan saringan kanser serviks

Kajian pertama melibatkan suntikan vaksin human papillomavirus (HPV). Saintis meramalkan jika seorang kanak-kanak perempuan dari negara berpendapatan rendah dan sederhana diberikan vaksin HPV, ia mungkin membawa kepada pengurangan kadar kes kanser sehingga 89.4% pada abad akan datang. 

Menerusi penyelidikan pertama yang dilakukan, Prof. Brisson dan saintis lain berpendapat, dengan suntikan vaksin yang secukupnya, kira-kira 61 juta kes kanser pangkal rahim dapat dielakkan sehingga tahun 2120 bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu, melakukan saringan sekurang-kurangnya 2 kali seumur hidup, juga dapat membantu mengurangkan risiko sebanyak 96.7% dan mengelakkan hampir 2.1 juta kes baru. 

Pasukan penyelidikan juga meramalkan bahawa negara yang berjaya melaksanakan dasar suntikan vaksinasi HPV, mungkin dapat menghapuskan masalah kanser pangkal rahim sepenuhnya antara tahun 2055-2102. 

“Berdasarkan kajian, untuk menyingkirkan kanser pangkal rahim memerlukan usaha yang tinggi dalam mencapai liputan vaksinasi dan pemeriksaan. Kaedah ini amat penting untuk dilakukan bagi negara-negara yang mencatatkan kadar kes yang banyak,” Prof. Marc Brisson.

Untuk pengetahuan, HPV merupakan satu virus yang tersebar meluas dan menjangkiti individu yang aktif dalam hubungan seks bebas. Biasanya jangkitan HPV tidak menampakkan sebarang simptom. 

Namun bagi kes yang kronik, jangkitan HPV mungkin akan menyebabkan munculnya ketuat pada kelamin dan kanser. Ia adalah antara faktor risiko utama penyumbang kepada kanser pangkal rahim. 

Suntikan vaksin mungkin dapat mencegah sebarang kemungkinan daripada berlaku. Institut Kanser Kebangsaan (NCI) menyarankan agar kanak-kanak berusia 11-12 tahun untuk mendapatkan vaksin HPV. 

NCI juga menyatakan suntikan vaksin boleh diberikan seawal usia 9 tahun. Malahan suntikan HPV juga boleh diberikan kepada individu sehingga usia 45 tahun.

Komitmen antarabangsa

Pada kajian kedua yang dijalankan, para penyelidik konsortium WHO menganggarkan negara dengan pendapatan rendah dan sederhana, akan berdepan kadar kematian pada 13.2 bagi setiap 100,000 wanita pada tahun 2020.

Namun, keadaan boleh menjadi berbeza sekiranya polisi dasar saringan 2 kali seumur hidup dilaksanakan serta rawatan yang bersesuaian diberikan. Keadaan ini dapat menurunkan kadar kematian sebanyak 34.2% menjelang 2030.

Ia sekali gus dapat mengelakkan sebanyak 400,000 kematian berkaitan kanser pangkal rahim dalam tempoh 10 tahun. Malahan berdasarkan pemerhatian, jika setiap individu melakukan saringan sekali seumur hidup juga, ini dapat memberikan hasil yang sama. 

Prof. Brisson dan pasukannya juga meramalkan penurunan kadar kematian sebanyak 61.7% menjelang tahun 2070 akan dapat dicapai jika berlaku peningkatan kadar vaksin. Kaedah saringan dan rawatan yang lebih baik juga dipercayai mampu mengurangkan kadar kematian sehingga 88.9%. 

SELAMAT TINGGAL Kanser Serviks Menjelang 2120

Tempoh 100 tahun

Dalam tempoh 100 tahun dari sekarang, penyelidik menyatakan bahawa suntikan vaksin HPV adalah cara paling sesuai untuk menurunkan kadar kematian akibat kanser pangkal rahim sehingga 89.5%. Ia sekali gus dapat mencegah 45.8 juta kematian berkaitan kanser ini. 

Amalan saringan dan rawatan kanser yang baik juga boleh membawa kepada kadar mortaliti lebih rendah sehingga 97.9% menjelang 2120. Saringan yang dilakukan sekali seumur hidup juga dapat menghalang 60.8 juta kematian berkaitan penyakit kanser. 

Kedua-dua hasil kajian akan dijadikan sebagai garis panduan pencegahan WHO dan dibentangkan dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-73 yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland pada Mei 2020. 

“Sekiranya garis panduan itu diterima pakai dan digunakan oleh negara anggota, kanser serviks boleh dihapuskan di negara berpendapatan tinggi pada 2040 dan menjelang abad akan datang bagi seluruh dunia. Ia pastinya menjadi satu kemenangan luar biasa bagi kesihatan wanita,” – Prof. Brisson.

Tetapi peningkatan pencegahan dan rawatan hanya akan berjaya dicapai melalui komitmen besar daripada aspek kewangan dan politik antarabangsa.

Akhir kata

Jika betul dapatan kajian dapat direalisasikan menerusi garis panduan WHO, sudah tentu ia adalah satu perkhabaran yang baik bagi wanita daripada aspek kesihatan dan harus mendapat sokongan pelbagai pihak. 

Namun dalam masa yang sama, setiap individu harus mempunyai kesedaran dalam menghindari jangkitan HPV. Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan sebarang amalan berkaitan aktiviti seks bebas dalam kehidupan seharian.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Nak Faham Keputusan Ujian Pap Smear, Tak Normal Bermakna Ada Kanser Serviks?

    Ujian saringan pap smear penting bagi mengesan kanser serviks. Walau bagaimanapun, keputusan tidak normal tidak bermakna anda mempunyai kanser tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Elak Kanser Serviks? Jangan Takut Untuk Buat Ujian Pap Smear! Ini Apa Yang Terjadi Ketika Ujian

    Wanita perlu menjalani ujian pap smear bagi menyaring risiko untuk mendapat kanser serviks. Bagaimana prosedur tersebut dilaksanakan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Kanser Serviks 19/05/2020 . 3 minit bacaan

    Mengapa Faraj Keluar Darah Selepas Bersetubuh? Ada 7 Sebab, Tapi No 5 Paling MENAKUTKAN!

    Alamak, kenapa ada pendarahan selepas seks? Rasanya baru lepas period. Apakah yang menyebabkan faraj keluar darah? Adakah ia bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan buang rahim

    Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
    radang serviks

    Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
    ujian pap smear

    Belum Berkahwin & Masih Dara, Bolehkah Lakukan Ujian Pap Smear?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    prosedur pap smear

    Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks, Tapi Boleh Juga Ke Wanita Nak Check Kanser Ovari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan