Terbaru! Lagi Wabak Hawar Bubonik Muncul Dari China, Punca Akibat Makan Daging Haiwan Marmot!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Baru-baru ini, gempar apabila ada adik-beradik di China dijangkiti penyakit hawar bubonik akibat makan daging marmot.

Penyakit ini merupakan sebuah penyakit bawaan bakteria zoonotik yang selalunya ditemui dalam kalangan mamalia kecil dan juga kutu yang hinggap di atas mamalia tersebut.

Wabak ini mengambil masa inkubasi selama 1-7 hari. Jika anda belum tahu, wabak inilah yang telah menghapuskan hampir separuh populasi di Eropah suatu ketika dahulu!

Hawar bubonik akibat makan daging marmot

Susulan COVID-19 dan juga virus G4 H1N1 yang dikesan di China, kini muncul pula kes hawar bubonik (bubonic plague) yang baru-baru ini melanda daerah Bayan Nur, Mongolia.

Kakitangan kesihatan di daerah tersebut telahpun memberi amaran kepada penduduk sekitar untuk berhenti memburu dan makan marmot, sejenis binatang yang mungkin boleh membawa penyakit tersebut.

Selain itu, orang awam juga diminta segera ke klinik jika mengalami demam yang tidak diketahui puncanya dan melaporkan jika ada ternampak marmot yang sakit ataupun mati.

November lepas, China telahpun melaporkan 4 kes yang berasal dari kawasan pedalaman Mongolia. Dua daripadanya merupakan daripada jenis hawar pneumonik iaitu salah satu variasi penyakit ini yang lebih berbahaya.

Sehingga kini, kira-kira 146 individu yang dikatakan kontak rapat kepada pesakit tersebut telahpun dikuarantin.

penyakit hawar

Hawar bubonik ataupun turut dikenali sebagai ‘The Black Death’ datang daripada sejenis bakteria yang bernama Yersinia pestis.

Bakteria ini boleh dijumpai di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan sebahagian kawasan di Asia.

Individu yang berisiko mendapat penyakit bubonic plague ini adalah:

  • Individu yang makan haiwan yang dijangkiti penyakit tersebut
  • Jika individu digigit kutu yang pernah melekat pada haiwan yang dijangkiti bubonic plague
  • Jika individu menyentuh tisu ataupun cecair daripada binatang yang sakit ataupun mati akibat wabak tersebut

Menurut WHO, penyakit hawar jenis pneumonia ini amat mudah berjangkit dan mempunyai cara jangkitan yang sama seakan-akan virus COVID-19.

Cara penyebarannya adalah melalui titisan air. Individu lain yang terkena titisan atau cecair tersebut sama ada melalui batuk ataupun bersin boleh mendapat jangkitan paru-paru ataupun pneumonia.

Mungkinkah akan ada satu lagi pandemik?

Walaupun wabak bubonic plague ini nampak bahaya dan menakutkan, ia bukanlah pertama kali muncul di China. Kali terakhir hawar ini telah dikesan ialah pada tahun 2009 di bandar Ziketan di wilayah Qinghai yang mecatatkan beberapa kematian.

Dalam setahun, lebih kurang 1 -17 kes berkaitan hawar berlaku. WHO pula telah menganggarkan bilangannya dalam lingkungan 1,000 hingga 2,000 kes setahun di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, China telah melakukan kawalan yang ketat untuk mengelakkan penyakit ini daripada berjangkit kepada orang ramai.

Hawar boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia. Namun, 50% daripada kes hawar berlaku dalam kalangan individu yang berumur 12-45 tahun.

Tanpa rawatan yang pantas, 60-70% pesakit hawar bubonik boleh meninggal dunia. Salah satu cara untuk merawat hawar ini adalah melalui penggunaan campuran antibiotik.

Antibiotik perlulah diberikan kepada pesakit hawar dalam masa 24 jam daripada simptom pertama supaya risiko kematian dapat dikurangkan.

Sama seperti COVID-19, hawar bubonik tidak mempunyai vaksin. Vaksin untuk penyakit ini masih dalam proses kajian dan ia mungkin tidak akan dilepaskan kepada umum dalam masa terdekat.

Walaupun China selalunya menjadi tempat pertama timbulnya virus baru, negara itu telah berjaya memantapkan kaedah pengesanan dan pengurusan penyakit berjangkit.

Ini terutamanya sejak tercetus SARS pada tahun 2003 dan COVID-19 yang pertama kali telah dilaporkan di Wuhan.

Hawar bubonik atau bubonic plague, penyakit yang berbahaya suatu ketika dahulu

 penyakit hawar

Hawar bubonik atau the black death yang telah berlaku suatu ketika dahulu telah membunuh kira-kira 75 hingga 200 juta manusia pada abad ke-14.

Antara simptom lazim hawar bubonik ialah bengkak di bahagian ketiak ataupun leher sebesar telur ayam, demam, batuk ataupun muntah-muntah.

Jika anda pernah pergi ke kawasan yang mempunyai sejarah hawar, anda perlu serta-merta berjumpa dengan doktor jika mengalami simptom-simptom di atas.

Anda perlukan rawatan secepat mungkin untuk elakkan kematian. Elak daripada membuat rawatan sendiri walaupun menggunakan antibiotik kecuali ia diberikan oleh pekerja kesihatan.

Walaupun wabak ini dulunya telah mencipta sejarah dengan mencatatkan kematian yang banyak, kini, disebabkan kemajuan teknologi dan perubatan, pesakit yang dijangkiti boleh sihat dan jalani kehidupan seperti biasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan