JANGAN Main-main! Makin Ramai Yang Dijangkiti Demam Campak Jika Tahap Suntikan Vaksin Semakin Menurut.

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pada tahun 2000, measles atau demam campak diisytiharkan telah dihapuskan di Amerika Syarikat, apabila tiada transmisi virus yang dilihat di negara itu selama lebih daripada 12 bulan. Walau bagaimanapun, pada hari ini, Amerika Syarikat dan banyak negara lain yang juga telah menghilangkan penyakit ini sedang mengalami kembali penularan wabak campak akibat penurunan peratusan liputan vaksin campak.

Menurut laporan penyelidikan yang dilaksanakan oleh pakar-pakar penyakit berjangkit di National Institute of Allergy and Infectious Diseases (NIAID), sebahagian daripada National Institutes of Health, dan Milton S. Hershey Medical Center, Penn State University College of Medicine, sekiranya tidak memberi fokus tumpuan yang diperbaharui terhadap usaha vaksinasi campak, penyakit tersebut mungkin akan kembali dengan sepenuhnya.

Penyelidikan tersebut diterbitkan dalam jurnal New England Journal of Medicine.

Bagaimana demam campak berjangkit?

demam campak

Demam campak atau measles adalah penyakit yang sangat berjangkit yang ditularkan melalui titisan pernafasan dan zarah aerosolisasi yang boleh kekal di udara sehingga dua jam.

Penyakit ini sering dilihat berjangkit dalam kalangan kanak-kanak kecil, dan gejala penyakit ini dicirikan oleh demam, malaise, kesesakan hidung, konjunktivitis, batuk dan ruam merah.

Kebanyakan individu yang mempunyai demam campak pulih tanpa komplikasi dalam masa seminggu. Walau bagaimanapun, untuk bayi, individu yang kekurangan imun, dan populasi terdedah yang lain, kesan jangkitan measles boleh menjadi sangat teruk.

Komplikasi yang jarang berlaku boleh berlaku, termasuklah radang paru-paru, ensefalitis, jangkitan sekunder yang lain, buta dan juga kematian. Sebelum vaksin campak dapat dibangunkan, penyakit ini telah membunuh antara 2 hingga 3 juta orang setiap tahun di seluruh dunia.

Hari ini, campak masih menyebabkan lebih daripada 100,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun.

Pentingnya vaksin demam campak diambil

demam campak

Demam campak dapat dicegah melalui vaksin yang sangat efektif dan selamat. Setiap komplikasi dan kematian yang berkaitan dengan jangkitan ini adalah “tragedi yang boleh dicegah yang boleh dielakkan melalui vaksinasi”.

Sesetengah individu enggan untuk memberi vaksinasi kepada anak-anak mereka berdasarkan maklumat palsu berkenaan vaksin.

Sebagai contoh, mereka mungkin takut bahawa vaksin itu akan menimbulkan risiko autisme terhadap anak mereka, kepalsuan berdasarkan tuntutan yang salah dan palsu.

Sebilangan kecil individu mempunyai kontraindikasi perubatan yang sah terhadap vaksin campak, seperti kekurangan imun tertentu, tetapi hampir semua individu boleh divaksin dengan selamat.

Kesan imuniti berkelompok hasil daripada vaksin demam campak

demam campak

Apabila paras liputan vaksin jatuh, ia akan melemahkan perlindungan yang akan diberikan oleh imuniti kelompok. Imuniti berkelompok ialah perlindungan secara tidak langsung yang menghasilkan peratusan masyarakat yang cukup tinggi, yang kebal terhadap jangkitan penyakit .

Tanpa imuniti berkelompok ini, kanak-kanak kecil yang tidak divaksin dan individu yang tidak mempunyai sistem imun yang kuat akan berisiko besar untuk mendapat jangkitan sehingga boleh membawa maut.

Terdapat satu contoh kes di mana seorang kanak-kanak yang mempunyai demam campak telah menjangkiti 23 kanak-kanak lain di sebuah klinik onkologi pediatrik. Jangkitan tersebut telah menyebabkan adanya kes kematian dengan kadar kematian sebanyak 21 peratus.

Kesimpulan

Sekiranya kadar pengambilan imunisasi terus menurun, wabak demam campak ini mungkin akan berlaku dengan lebih kerap. Ia adalah satu hal atau prospek yang digambarkan oleh penyelidik-penyelidik sebagai sesuatu yang “membimbangkan.”

Walau bagaimanapun, menurut kajian, untuk mencapai matlamat ini, ia amat memerlukan tindakan kolektif atau tindakan secara bersama dalam kalangan ibu bapa dan pengamal penjagaan kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Universiti Oxford telah menghasilkan berjuta produk vaksin eksperimental walaupun ia belum terbukti berkesan. Ia bagi menghadapi wabak COVID-19 yang parah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    anak sakit

    Tunda Vaksinasi Si Kecil Semasa COVID-19 Bukan Idea Yang Bijak! Ikut Panduan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin corona

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan