Kulat Hasilkan Antibiotik bagi ‘human African trypanosomiasis’

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sekumpulan penyelidik telah menjadikan sejenis kulat sebagai sumber penyembuhan penyakit melalui kejuruteraan genetik moden. Antibiotik semulajadi adalah ubat yang menjanjikan bagi penyakit tropika yang diabaikan yang dipanggil sebagai ‘human African trypanosomiasis’, atau penyakit tidur Afrika, yang menjejaskan ribuan individu di kawasan pedalaman dan kawasan sub-Sahara Afrika setiap tahun.

Individu boleh mengalami penyakit tidur Afrika melalui gigitan lalat. Penyakit ini disebabkan oleh parasit yang berpindah daripada lalat tersebut, ke dalam aliran darah pesakit, dan kemudiannya ke dalam saraf otak dan saraf tunjang pesakit. Penyakit ini sering membawa maut dalam tempoh tiga tahun. Parasit yang sama juga boleh menjangkiti haiwan ternakan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermatlamat untuk menghapuskan ‘human African trypanosomiasis’ sebagai masalah kesihatan awam menjelang 2020.

Menurut Profesor Ikuro Abe daripada Jabatan Sains Farmaseutikal, University of Tokyo, kerjasama mereka bermula kira-kira empat tahun yang lalu, dan akhirnya mereka mencapai matlamat mereka. Kelompok gen di dalam kulat tersebut adalah unik – melalui penghapusan genetik yang mudah, kami telah membina penapisan kulat yang hanya menghasilkan kepekatan tinggi antibiotik yang dikehendaki.

Kulat Acremonium egyptiacum secara semulajadinya menghasilkan dua jenis antibiotik yang berbeza: satu adalah bersifat toksik kepada manusia, manakala selainnya dikenal pasti sebagai rawatan berpotensi untuk penyakit tidur Afrika pada tahun 1996 oleh Profesor Kiyoshi Kita, yang pada ketika itu bekerja bersama-sama rakan kerjasamanya di Niigata College of Pharmacy .

Profesor Kiyoshi Kita, yang bersara daripada University of Tokyo pada 2016, mendedikasikan sebahagian besar kerjayanya untuk memahami dan mengubati penyakit tidur Afrika. Pasukan penyelidikan Abe pula menyertai projek ini kerana kepakaran mereka dalam pemetaan laluan kimia yang membawa dari gen kepada protein di dalam sel-sel.

Pasukan penyelidik Abe menggunakan kepakaran jalur biosintesis mereka untuk mengubah suai kulat secara genetik agar ia dapat menghasilkan sejumlah besar antibiotik tertentu. Sintesis antibiotik secara buatan tidak efektif daripada aspek kos dan kaedah yang lebih biasa menggunakan bakteria untuk menghasilkan bahan kimia adalah tidak mungkin dan tidak praktikal.

Pasukan penyelidikan Abe mengenal pasti bahawa kedua-dua antibiotik kulat dibuat daripada molekul prekursor yang sama. Selepas prekursor dicipta, dua kumpulan enzim yang berasingan menghasilkan dua antibiotik yang berbeza.

Penyelidik boleh meninggalkan molekul prekursor dan gen yang bertanggungjawab untuk antibiotik yang dikehendaki sepenuhnya tidak berubah dengan hanya memotong gen yang bertanggungjawab bagi penghasilan antibiotik toksik yang lain. Dalam setiap liter kulat yang dibiakkan oleh penyelidik di dalam makmal, penapisan kulat yang dibina boleh menghasilkan 500 miligram antibiotik dan ianya adalah satu sistem pengeluaran atau penghasilan yang baik.

Para penyelidik telah memohon paten ke atas penapisan kulat tersebut. Para kolaborator di Kikkoman Corporation, yang terkenal dengan pembuatan kicap, akan memulakan pembiakan kulat yang diubahsuai secara genetik tersebut secara industri serta pemurnian antibiotik. Antibiotik yang dikehendaki tersebut iaitu ascofuranone, juga merupakan rawatan yang dicadangkan bagi kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

    Orang tua yang mengalami jangkitan COVID-19 mudah untuk mendapat komplikasi pneumonia berbanding dengan orang muda. Mengapa ia begitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    Mangsa Peperangan Mudah Terdedah Kepada Jangkitan Bakteria Rintang Antibiotik

    kerintangan terhadap antibiotik ini menjadi lebih kompleks di kawasan-kawasan yang terlibat dengan peperangan seperti di negara-negara Timur Tengah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Antarabangsa 22/11/2019 . 2 minit bacaan

    Adakah Saya Perlu Menghabiskan Antibiotik Yang Diberikan?

    Adakah anda perlu berhenti mengambil antibiotik yang diberikan atau menghabiskannya walaupun telah berasa sihat? Ikuti jawapannya disini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/11/2019 . 3 minit bacaan

    Kemaluan Tiba-Tiba Bau Hanyir, Walaupun Sebelum Haid? Ini Mungkin Puncanya Anda WAJIB Tahu

    Jika pasangan anda mempunyai vagina yang bau hanyir, apakah maknanya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut di Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit kulat sporotrichosis

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
    ubat dilarang semasa hamil

    PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan
    gatal pada kemaluan

    Lelaki Jangan Rasa Selamat, Anda Juga Boleh Dapat Jangkitan Kulat Kalau Tak Cuci Zakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/04/2020 . 3 minit bacaan