backup og meta

Berapa Kali Anda Perlu Kencing Dalam Sehari? Ini Panduan Mengikut Usia!

Berapa Kali Anda Perlu Kencing Dalam Sehari? Ini Panduan Mengikut Usia!

Membuang air kecil merupakan satu perbuatan yang dilakukan sehari-harian. Namun, tahukah anda sebenarnya berapa kali kencing normal dalam sehari?

Persoalan ini mungkin tidak kerap timbul kerana kebanyakan individu cenderung untuk pergi ke tandas hanya apabila sudah rasa ia berada di penghujung.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada panduan mengikut usia tentang berapa kali kencing normal dalam sehari. Jom bersama teruskan membaca artikel dengan lebih mendalam lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

Mengenai pundi kencing manusia

Pundi kencing manusia adalah organ yang boleh mengembang. Ia akan diisi oleh air kencing setelah ditapis oleh buah pinggang dan perlu dibuang selepas penuh.

Organ ini mengandungi reseptor yang berhubung dengan otak di mana ia akan menghantar isyarat jika pundi kencing masih lagi kosong atau sudah penuh.

Ada satu ‘titik aras’ yang menentukan keperluan untuk membuang air kecil. Ia mungkin tidak perlu penuh terlebih dahulu sebelum anda rasa ingin terkencing.

Sebenarnya, pundi kencing anda masih boleh menahan air kencing daripada keluar apabila ia sudah penuh di mana otot sekitarnya akan mula mengembang.

berapa kali kencing normal dalam sehari
Pundi kencing yang pedih selepas kencing.

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa tabiat gemar menahan kencing itu adalah tidak bagus!

Berapa lama pundi kencing penuh?

Seperti mana yang telah dinyatakan di atas tadi, pundi kencing akan dipenuhi dengan air kencing namun proses ini tentu sahaja akan memakan sedikit masa.

Berapa lama pundi kencing penuh adalah berbeza mengikut individu berdasarkan beberapa faktor seperti usia atau kuantiti minuman yang diminum.

Berikut adalah kekerapan berapa kali kencing normal dalam sehari berlandaskan faktor usia:

  • Bayi (0 – 12 bulan): Purata saiz pundi kencing bayi di usia ini adalah 1 – 2 auns. Jadi, tempoh pundi kencing untuk penuh adalah selama 1 jam
  • Budak (1 – 3 tahun): Purata saiz pundi kencing budak usia 1 – 3 tahun adalah 3 – 5 auns. Jadi, tempoh pundi kencing untuk penuh adalah selama 2 jam
  • Kanak-kanak (4 – 12 tahun): Purata saiz pundi kencing kanak-kanak di usia ini adalah 7 – 14 auns. Jadi, tempoh pundi kencing untuk penuh adalah sekitar 2 – 4 jam
  • Orang dewasa: Purata saiz pundi kencing orang dewasa adalah 16 – 24 auns. Jadi, tempoh berapa lama pundi kencing penuh bagi orang dewasa adalah sekitar 8 –9 jam (2 auns per jam)

Pun begitu, berapa kali kencing normal dalam sehari ini hanyalah sekadar purata normal yang mungkin tidak akan tepat bagi setiap individu. Dapatkan nasihat doktor untuk tahu dengan lebih lanjut.

Berapa kali kencing normal dalam sehari?

Jadi, berapa kali kencing normal dalam sehari yang anda perlu tahu?

Berkaitan dengan perkara di atas, persoalan berapa kali kencing normal dalam sehari ini juga mempunyai jawapan bervariasi bergantung kepada individu itu sendiri.

Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia, kuantiti minuman yang diminum atau keadaan kesihatan lain yang membabitkan sistem perkumuhan individu.

berapa kali kencing normal dalam sehari
Cara memastikan pundi kencing kekal sihat.

Bagi golongan bayi dan budak yang mempunyai pundi kencing bersaiz kecil, mereka mungkin perlu kencing 6 ke 8 kali sehari atau lebih daripada itu.

Bagi golongan kanak-kanak terutamanya yang sedang menjalani latihan tandas, mereka mungkin perlu kencing 10 kali sehari atau lebih daripada itu.

Bagi golongan dewasa, mereka mungkin perlu kencing 6 ke 7 kali sehari dan masih dianggap normal jika terpaksa ke tandas hampir 10 kali.

Kondisi yang mungkin akan menjejaskannya

Kencing 2 kali sehari apakah normal?

Sekiranya jumlah itu terkurang atau terlebih, ia mungkin diakibatkan oleh beberapa kondisi:

  • Hidrasi tidak stabil
  • Diabetes
  • Anemia sel sabit
  • Kehamilan
  • Kondisi pundi kencing
  • Jangkitan salur kencing
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit kelenjar prostat

Bolehkah tahan air kencing daripada keluar?

berapa kali kencing normal dalam sehari
Jangkitan saluran pundi kencing kerana menahan daripada membuang air kencing.

Mungkin akan ada ketika di mana anda terpaksa menahan daripada membuang air kecil angkara situasi tertentu seperti ketiadaan tandas yang berhampiran.

Jangan risau kerana anda tidak semestinya perlu kencing tepat pada masanya dan air kencing ini masih boleh ditahan daripada keluar namun ada had tempoh masa untuknya.

Menurut kajian, pundi kencing anda mungkin mampu untuk tahan kencing sehingga 10 jam sebelum organ ini mengalami kerosakan yang berbahaya.

Pun begitu, adalah sangat tidak disarankan untuk anda menahannya lebih-lebih lagi jika ia terlalu lama dan cenderung dilakukan berulang kali.

Bahaya menahan air kecil daripada keluar ini juga mungkin tidak akan nampak dengan segera kerana ia lebih bersifat jangka masa panjang.

Ia mungkin boleh menyebabkan maut

Sehingga kini, masih belum ada kes kematian direkodkan akibat tabiat menahan diri daripada terkencing walaupun dalam jangka masa panjang.

Pun begitu, ada kes yang unik membabitkan individu itu sudah terbiasa dan tidak lagi berupaya untuk kencing lantas mengakibatkan pundi kencing pecah.

Akibatnya, ia mungkin boleh menyebabkan maut jika anda tidak segera mendapatkan rawatan!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Urinary Frequency – How Often Should You Pee?, https://www.bladderandbowel.org/bladder/bladder-conditions-and-symptoms/frequency/, Accessed Sep 28 2021.
  2. Ask The Expert: How Many Times Should You Pee In A Day?, https://www.nafc.org/bhealth-blog/ask-the-expert-how-many-times-should-you-pee-in-a-day, Accessed Sep 28 2021.
  3. What Your Bladder Is Trying to Tell You About Your Health, https://health.clevelandclinic.org/what-your-bladder-is-trying-to-tell-you-about-your-health-2/, Accessed Sep 28 2021.
  4. How often should you pee every day?, https://patient.info/news-and-features/how-many-times-should-you-pee-a-day, Accessed Sep 28 2021.
  5. Stop holding it in! 4 bodily functions you should let out, https://www.geisinger.org/health-and-wellness/wellness-articles/2018/03/29/21/13/stop-holding-it-in-4-bodily-functions-you-should-let-out, Accessed Sep 28 2021.

Versi Terbaru

06/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Kerap Sangat Buang Air Kecil? Cuba Perhatikan Apa Yang Anda Makan!

Sebenarnya Berapa Lama Boleh Tahan Kencing? Tahu Tak BAHAYA Jika Lebih Tempoh Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan