backup og meta

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Hakikatnya, ramai individu yang mungkin mengalami kondisi ini namun tidak tahu akan sebab kencing tak lawas yang sebenar.

Sering kali juga ia dikaitkan dengan golongan berjantina wanita serta yang berusia lewat- ia adalah kenyataan yang mungkin agak tepat.

Ini terutamanya jika wanita tersebut baru sahaja melahirkan anak! Kenapa? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Apa maksud kencing tak lawas?

Masalah yang juga dikenali sebagai inkontinen urin ini boleh berlaku apabila organ pundi kencing hilang kawalan untuk membuang air kecil.

Kebiasaannya, masalah kencing tak puas ini akan berlaku apabila otot dan saraf yang membantu pundi kencing mengalami masalah.

Untuk pengetahuan anda, ia mempunyai beberapa jenis termasuklah:

  • Inkontinen stres
  • Inkontinen terdesak
  • Inkontinen melimpah
  • Inkontinen fungsi
  • Inkontinen kombinasi

Statistik menunjukkan bahawa ia mungkin lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita dengan angka 30% wanita di Malaysia mengalaminya.

Pun begitu, ini tidak bermakna golongan lelaki boleh terselamat daripada masalah ini khususnya buat mereka yang sudah lewat usia.

Ia juga dipercayai adalah lebih berisiko buat golongan wanita yang baru sahaja melahirkan anak! Kenapa?

kencing tak lawas

Apa sebab kencing tak lawas?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, sebab kencing tak lawas ini akan berlaku apabila pundi kencing seseorang itu bermasalah.

Selain itu juga, wujud beberapa faktor risiko yang memicu masalah ini termasuklah:

  • Masalah pundi kencing
  • Masalah kelenjar prostat
  • Jangkitan salur kencing
  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  • Sembelit yang menyebabkan tekanan berlebihan ketika membuang air
  • Kecederaan sistem saraf akibat kondisi seperti kencing manis dan sklerosis berbilang
  • Kesan pembedahan seperti histerektomi

Bukan itu sahaja, masalah kencing tak lawas ini juga dikatakan biasa berlaku kepada wanita yang baru sahaja melahirkan anak.

Wanita selepas bersalin berisiko alami kencing tak puas?

Sekiranya anda merupakan seorang wanita yang baru sahaja menjalani proses melahirkan, jangan terkejut jika alami masalah inkontinen urin.

Ini kerana ramai wanita akan mengalami masalah kencing tak puas sebaik sahaja melahirkan anak dan ia bukanlah satu perkara pelik.

Kondisi ini dinamakan sebagai postpartum urinary incontinence yang akan mengakibatkan mereka mengalami kencing tak lawas.

Menurut statistik, dipercayai bahawa kira-kira 1 per 3 daripada wanita selepas bersalin akan mengalami kondisi ini.

cara mencegah penyakit kencing manis

Siapa yang lebih tinggi risiko?

Mungkin akan wujud persoalan di mana siapa yang lebih berisiko sama ada ibu yang melahirkan normal atau melalui kaedah pembedahan caesarean?

Menurut National Institute of Health, wanita yang melahirkan anak secara normal adalah lebih berisiko berbanding ibu yang melalui kaedah pembedahan.

Selain itu, mereka turut menyatakan bahawa wanita yang mengalami masalah kebocoran pundi kencing semasa melahirkan juga adalah berisiko.

Wujud juga beberapa faktor risiko lain yang mungkin akan menyebabkannya termasuklah:

Apa yang boleh ibu lakukan?

Berita baiknya, masalah kencing tak puas dalam kalangan ibu baru sahaja bersalin ini bukanlah merupakan sesuatu yang serius.

Ia dipercayai boleh sembuh dengan sendiri seiring perjalanan waktu dan mengambil masa sekitar 6 ke 12 bulan.

Pun begitu, ia tidaklah bermakna kalian sebagai ibu harus membiarkan sahaja jika alami masalah kencing tak puas ini.

Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman kegel untuk menguatkan kembali otot pelvik anda.

Dalam pada itu, tip ini juga mungkin boleh membantu:

  • Kurangkan berat badan
  • Elakkan angkat beban
  • Berhenti merokok segera
  • Jaga makan dan minum

Kalian juga dinasihatkan tidak mudah percaya dengan petua lawaskan kencing secara tradisional menggunakan bahan alami.

Sebaik-baiknya, para ibu digalakkan berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan cara terbaik bagi menanganinya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/bladder-weakness-after-birth
  2. https://www.nct.org.uk/life-parent/your-body-after-birth/10-truths-leaking-urine-pregnancy-and-after-birth
  3. https://rmob.coloradowomenshealth.com/blog/postpartum-urinary-incontinence

Versi Terbaru

30/08/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

11 Rawatan & Diagnosis Untuk Kencing Tak Lawas

Ada 5 Jenis Masalah Kencing Tidak Lawas, Mana Satu Yang Mungkin Anda Pernah Alami? 


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan