Adakah Saya Perlu Menghabiskan Antibiotik Yang Diberikan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda mendapat jangkitan dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Doktor yang merawat anda kemudiannya menyatakan bahawa anda dijangkiti oleh bakteria. Anda pergi ke kaunter farmasi dan dibekalkan dengan beberapa ubat-ubatan termasuklah antibiotik. Setelah beberapa hari anda mengambil ubat, badan anda berasa sihat dan lebih baik. Adakah anda perlu berhenti mengambil antibiotik atau menghabiskannya? Ikuti jawapannya disini.

Fungsi antibiotik

Antibiotik berfungsi bagi melawan jangkitan yang hanya disebabkan oleh bakteria, dan bukannya virus. Selain antibiotik, ia juga dikenali dengan nama ubat antimikrob. Walau bagaimanapun, penyalahgunaan atau penggunaan berlebihan antibiotik ini telah menyebabkan satu fenomena yang dikenali sebagai rintangan antibiotik. Ia terbentuk apabila bakteria berbahaya tersebut berubah yang seterusnya boleh mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan ubat tersebut.

Adakah anda mengambil antibiotik dengan cara yang betul?

Adakah anda tahu, bahawa antibiotik tidak boleh diambil secara sembarangan. Apabila anda mengambil antibiotik walaupun ia bukanlah kaedah rawatan yang sebenar untuk jangkitan anda, ia akan menggalakkan rintangan antibiotik dalam tubuh anda. Berpandukan kajian oleh Centers for Disease Control and Prevention, lebih ⅓ atau separuh penggunaan antibiotik dalam kalangan manusia adalah tidak betul atau tidak perlu. 

Antara jenis jangkitan yang tidak perlu penggunaan antibiotik adalah:

    • Selesema
    • Flu (influenza)
    • Bronkitis
    • Kebanyakan batuk
    • Sesetengah jangkitan telinga
    • Sesetengah jangkitan sinus
    • Stomach flu

Mengapa jenis penyakit di atas merupakan antara jenis penyakit yang tidak boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik? Ini kerana penyakit-penyakit tersebut disebabkan oleh virus, bukannya bakteria. Penggunaan antibiotik hanya untuk jangkitan yang disebabkan oleh bakteria berbahaya sahaja. Untuk pengetahuan anda, penggunaan antibiotik untuk merawat jangkitan disebabkan oleh virus bukan sahaja tidak menyembuhkan jangkitan tersebut, malah turut mempunyai kesan lain. Antara kesan tersebut ialah:

  • Tidak boleh menghalang jangkitan kepada individu lain
  • Tidak akan membuatkan diri anda menjadi lebih baik
  • Mungkin menyebabkan kesan sampingan yang berisiko
  • Mengalakkan rintangan antibiotik

Apabila anda mengambil antibiotik bagi jangkitan yang sebenarnya disebabkan oleh virus, antibiotik tersebut bukan sahaja tidak berkesan menghalang virus tersebut, malah ia menyerang bakteria baik dalam tubuh anda. Perlu diingat bahawa bukan semua bakteria adalah bakteria berbahaya, kerana ada juga bakteria baik yang memberikan manfaat kepada tubuh. Fenomena ini akan menggalakkan ciri rintangan antibiotik dalam bakteria yang tidak berbahaya atau memberikan peluang kepada bakteria berbahaya untuk menggantikan tempat bakteria baik dalam tubuh anda.

Adakah anda perlu menghabiskan antibiotik anda?

Kebanyakan individu cenderung untuk menghentikan pengambilan antibiotik yang diberikan apabila mereka sudah mula rasa lebih baik atau lebih sihat daripada sebelumnya. Walau bagaimanapun, pengambilan bakteria sehingga habis adalah perlu bagi membunuh bakteria yang berbahaya tersebut. Jika anda gagal berbuat demikian, ia akan menyebabkan anda perlu menyambung rawatan di kemudian hari. Selain itu, ia juga akan menggalakkan penyebaran ciri rintangan antibiotik daripada bakteria berbahaya kepada bakteria baik. Anda akan meninggalkan sejumlah kecil bakteria berbahaya dalam tubuh yang berpotensi berubah dan menjadi semakin kuat yang akhirnya menyebabkan ia rintang terhadap antibiotik yang anda makan. 

Bagi mereka yang mendapat bekalan antibiotik, habiskan pengambilan antibiotik tersebut bagi mengelakkan pengulangan jangkitan pada masa hadapan. Rasa lebih sihat tidak bermakna bahawa anda telah sembuh kerana anda tidak mengetahui bahawa terdapat sebilangan kecil bakteria berbahaya yang masih ada dalam tubuh. Selain itu, ia bagi mengelakkan sebarang pembaziran ubat-ubatan yang diberikan dengan harga yang murah atau hampir percuma. Paling penting, jangan sesekali mengambil antibiotik bagi semua penyakit dan jangkitan yang anda alami, kerana bukan semua penyakit disebabkan oleh satu mikroorganisma yang sama. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ciuman Bibir Ke Bibir Boleh Jadi Punca Terkena Pneumonia? Hati-hati Dengan Sakit Radang Peparu Ini

    Benarkah penyakit pneumonia boleh berjangkit melalui ciuman? Jangkitan virus dan bakteria boleh merebak melalui ciuman, namun sejauh manakah kebenarannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra

    Jus Anggur Boleh Rawat Masalah Sakit Perut, Berkesan Ke Kalau Minum?

    Jus anggur antara minuman yang dikatakan banyak faedah pada kesihatan diri. Malahan, ada yang mempercayai bahawa ia dapat membantu mencegah flu perut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bawa Baby Baru Lahir Berjalan-Jalan, Selamat Ke Tidak Sepanjang Covid 19 Ini?

    Mommies mesti tak sabar nak bawa bayi keluar berjalan-jalan, kan? Tapi boleh ke bayi baru lahir dibawa berjalan? Ini yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

    Risau terbuang air besar ketika proses bersalin normal nanti? Jangan begitu. Ia perkara normal untuk terjadi. Ikuti penjelasan ini terlebih dahulu, okay?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Payudara Kemerahan & Sakit? Mungkin Sebab Jangkitan Bakteria! AWAS, Boleh Ancam Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat kaki atlet

    Celah Jari Kaki Berkeruping & Gatal? Ini Petanda Kaki Makan Air, Cara Ubatinya Begini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    vulva bengkak

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan bakteria

    Ibu, Kalau Anak Demam, Jangan Pandai-pandai Bagi Antibiotik! Ada 17 Risiko Pada Si Manja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/11/2020 . 3 minit bacaan