backup og meta

Allegra-D

Kegunaan

Apakah kegunaan Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)?

Allegra-D® mengandungi kombinasi antara fexofenadine dan pseudoephedrine. Fexofenadine adalah antihistamin yang mengurangkan kesan bahan kimia semulajadi, histamin, di dalam badan. Histamin boleh menyebabkan simptom seperti bersin, gatal-gatal, mata berair, dan hidung berhingus.

Pseudoephedrine adalah dekongestan yang mengecilkan salur darah pada laluan nasal. Salur darah yang dilat boleh menyebabkan kongesi nasal (hidung tersumbat).

Allegra-D® digunakan bagi merawat bersin, hidung berhingus atau tersumbat, mata gatal atau berair, gatal-gatal, ruam kulit, gatal, dan lain-lain simptom alergik dan selsema biasa.

Allegra-D® boleh juga diguna bagi simptom yang tidak dinyatakan pada arahan ubatan.

Bagaimana saya perlu ambil Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)?

Gunakan Allegra-D® sebagaimana diarahkan pada label, atau sebagaimana preskripsi doktor. Jangan guna dalam jumlah yang lebih atau kurang atau lebih lama dari yang direkomendasi. Ubatan selsema dan alergi biasanya diambil hanya untuk jangkamasa singkat hingga simptom mula beransur hilang.

Jangan beri ubatan ini pada kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun. Sentiasa bertanya pada doktor sebelum meberi ubatan batuk atau selsema pada kanak-kanak. Kematian boleh berlku disebabkan salah penggunaan ubatan batuk atau selsema pada anak-anak.

Jangan hancurkan, kunyah, atau pecahkan tablet pelepasan terlanjut. Telan keseluruhan tablet.

Ambil Allegra-D® ketika perut kosong, sekurang-kurangnya 1 jam atau 2 jam selepas makan.

Ambil ubatan ini hanya dengan air kosong. Elakkan jus buah; terutamanya oren, epal, atau jus limau gedang. Jus buahan boleh menyebabkan badan anda lebih sukar menyerap fexofenadine.

Hubungi doktor anda sekiranya simptom tidak bertambah pulih selepas 7 hari rawatan, atau sekiranya anda mengalami demam disertai dengan sakit kepala, batuk atau ruam pada kulit.

Sekiranya anda perlukan pembedahan atau ujian medikal, nyatakan pada tukang bedah atau doktor awal sebelum proses tersebut sekiranya anda ada mengambil ubatan selsema atau alergi dalam tempoh beberapa hari sebelumnya.

Bagaimana kaedah penyimpanan Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)?

Allegra-D® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Allegra-D® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Allegra-D® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Allegra-D® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apa yang saya perlu tahu sebelum mengambil Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)?

Sebelum mengambil Voltamicin®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Allegra-D® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan gunakan Allegra-D® sekiranya anda telah menggunakan perencat MAO sekitar 14 hari lepas. Tindakbalas ubat yang berbahaya boleh berlaku. Perencat MAO termasuklah isocarboxazid, linezolid, methylene blue injection, phenelzine, rasagiline, selegiline, tranylcypromine, dan lain-lain lagi.

Tanyakan pada doktor atau ahli farmasi sama ada ianya selamat bagi anda untuk mengambil Allegra-D® sekiranya anda mengalami:

  • Sakit buah pinggang
  • Glaukoma
  • Penyakit jantung atau tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Kecacatan fungsi tiroid
  • Pundi kencing tersumbat atau masalah salur kencing yang lain

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil Allegra-D® adalah di bawah kategori C berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)?

Dapatkan bantuan medical sekiranya anda mengalami gejala tindak balas alergik pada Allegra-D®: geligata; kesukaran bernafas; bengkak sekitar muka, bibir, lidah, atau tekak.

Hentikan penggunaan Allegra-D® dan hubungi doktor anda terus sekiranya anda mengalami:

  • Degupan jantung yang kuat atau dada berombak
  • Pening kepala yang teruk, anzieti, rasa tidak cukup rehat, menggeletar, atau gemuruh.

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Mild dizziness
  • Dry mouth, nose, or throat
  • Nausea
  • Sleep problems (insomnia)
  • Pening-pening biasa
  • Kering pada mulut, hidung, atau tekak
  • Loya
  • Masalah tidur (insomnia)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindakbalas dengan Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)?

Allegra-D®mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindakbalas dengan Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)?

Allegra-D® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindakbalas dengan Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)?

Allegra-D® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Voltamicin® (diclofenac Na, gentamicin sulfate).

Apakah dos Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos Dewasa Biasa bagi Rinitis Alahan:

Satu tablet (60 mg-120 mg) secara oral dua kali sehari.

Satu tablet (180 mg-240 mg) secara oral sekali sehari.

Apakah dos Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa bagi Rinitis Alahan

13 tahun ke atas:

Satu tablet (60 mg-120 mg) secara oral dua kali sehari.

Satu tablet (180 mg-240 mg) secara oral sekali sehari.

Ketersedian Allegra-D® (fexofenadine dan pseudoephedrine)

Allegra-D® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, pelepasan terlanjut: fexofenadine hydrochloride 60mg, pseudoephedrine hydrochloride 120mg

Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimana pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Voltamicin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Allegra-D®. https://www.drugs.com/allegra_d.html. Accessed August 28, 2017

Allegra-D®. http://www.webmd.com/drugs/2/drug-5485/allegra-d-12-hour-oral/details. Accessed August 28, 2017

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Rinee Hamidon

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Rinee Hamidon · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan