Betadine

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa itu Betadine?

Betadine® biasanya digunakan untuk merawat atau mencegah jangkitan bakteria.

Bagaimanakah kegunaan Betadine?

Gunakan Betadine® seperti mana yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi semua arahan dengan teliti.

Basuh tangan sebelum dan selepas menggunakan ubat ini.

Jangan ambil ubat ini melalui mulut. Gunakannya pada kulit anda sahaja. Jauhkannya dari mulut dan mata anda (boleh melecur).

Sapukan ubat ini pada kulit yang kering dan bersih.

Biarkan ia kering dahulu sebelum ditutup dengan lapisan pakaian. Ia juga boleh ditutup dengan pembalut ataupun kain tiras.

Bagaimana saya menyimpan Betadine ?

Betadine® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Betadine® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Betadine® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Betadine® ke tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Betadine?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif, Betadine® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai kesan gigitan haiwan atau luka yang mendalam.
  • Anda mempunyai kesan melecur, terbakar atau luka terpotong yang sangat teruk.

Beritahu semua penyedia penjagaan kesihatan anda bahawa anda ada mengambil Betadine®. Ini termasuklah doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi anda.

Sekiranya tanda-tanda menjadi lebih teruk atau berterusan lebih daripada tujuh (7) hari, sila rujuk dengan doktor anda.

Gunakan dengan berhati-hati apabila menggunakan ubat ini pada sebahagian besar kulit. Sila rujuk dengan doktor anda.

Maklumkan kepada doktor jika anda sedang menyusukan bayi anda. Anda perlu berbincang mengenai sebarang risiko kepada bayi anda.

Maklumkan juga kepada doktor jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil. Anda perlu berbincang tentang manfaat dan risiko dalam menggunakan ubat ini semasa mengandung.

Adakah selamat untuk mengambil Betadine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Betadine® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat risiko.
  • D=Bukti positif berkenaan risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Maklumkan kepada doktor anda atau segera dapatkan bantuan perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom berikut yang mungkin berkaitan dengan kesan sampingan yang sangat teruk:

  • Tanda-tanda tindak balas alergi, seperti ruam; gatal-gatal; bintat urtikaria; kemerahan, bengkak, lepuh, atau kulit mengelupas dengan atau tanpa demam; berdehit; rasa sempit di dada atau tekak; masalah pernafasan atau bercakap; suara garau yang tidak biasa; ataupun bengkak pada mulut, muka, bibir, lidah, mahupun tekak.
  • Kerengsaan kulit yang teruk.
  • Kemerahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Betadine?

Betadine® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Betadine?

Betadine® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Betadine ?

Betadine® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda menjadi semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Larutan Betadine® 5% Sterile Ophthalmic Prep digunakan seperti berikut:

  • Pastikan bekas tertutup dengan elok dan tidak terbuka sebelum digunakan. Untuk membuka, pusingkan tab sepenuhnya, jangan tarik untuk menanggalkannya.
  • Tuangkan dengan perlahan seluruh kandungan botol ke dalam cawan persediaan steril. Basahkan putik kapas yang bersih dengan ubat ini, untuk disapu pada bulu mata dan pinggir kelopak mata, dengan menggunakan satu atau lebih putik kapas bagi setiap kelopak; ulangi sekali lagi apabila selesai.
  • Basahkan span sapuan steril atau bahan lain yang sesuai untuk sapuan pada kelopak mata, kening dan pipi dalam corak bulat yang mengembang ke luar sehingga seluruh bahagian sempurna disapu; ulangi sapuan sebanyak tiga (3) kali.
  • Semasa mengangkat kelopak mata, bilas juga kornea, konjunktiva dan pinggir dalam kelopak mata dengan Betadine ® 5% Sterile Ophthalmic Prep menggunakan picagari steril.

Selepas larutan Betadine ® 5% Sterile Ophthalmic Prep telah dibiarkan pada mata selama dua minit, gunakan picagari untuk membilas dan membersihkan ubat tersebut dari kornea, konjunktiva dan pinggir dalam kelopak mata dengan air larutan garam (saline).

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting untuk memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Betadine® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos yang berikut:

Larutan ophthalmic: povidone-iodine 5mg dalam 1mL

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Betadine®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Memecahkan Rekod, Ke Arah Sifar Kaviti

    Dengan penyertaan 3,245 pelajar, rekod baru telah berjaya dicipta. Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada usaha ke arah sifar kaviti 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 17/10/2019 . 3 minit bacaan

    Anak Sakit Gigi Tapi Takut Jumpa Doktor? Ini 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Anak Di Rumah

    Selain ubat doktor, ubat sakit gigi tradisional juga boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi dalam kalangan kanak-kanak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 02/05/2019 . 4 minit bacaan

    Fakta Buruk Mengenai Berus Gigi Anda!

    Setiap hari kita menggunakan berus gigi untuk menjaga kesihatan mulut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa fakta dahsyat mengenai berus gigi yang perlu anda tahu. Jutaan bakteria di dalam mulut Ini mungkin ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    lidah berwarna putih

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    maksud flos gigi

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    gigi rosak

    Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit gigi

    Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan