Wheat Bran (Bran Gandum)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan bran gandum?

Gandum adalah sejenis tumbuhan. Kulit luar bijian (bran) digunakan untuk menghasilkan ubat.

Bran gandum digunakan sebagai sumber serat pemakanan untuk mencegah:

  • Penyakit kolon (termasuk kanser)
  • Kanser perut
  • Kanser payudara
  • Penyakit pundi hempedu
  • Buasir dan hernia hiatus

Ia juga digunakan untuk merawat:

  • Sembelit
  • Sindrom kerengsaan usus (IBS)
  • Kolesterol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis jenis ke-2

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa bran gandum membantu sembelit dengan mempercepatkan proses di kolon dan meningkatkan pengeluaran najis dan kekerapan membuang air besar.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Bran Gandum?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.

Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.

Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam bran gandum atau ubat-ubatan lain atau herba lain.

Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba  kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah bran gandum selamat digunakan?

Bran gandum adalah selamat untuk digunakan kebanyakan orang.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Bran gandum kelihatan selamat semasa kehamilan dan menyusukan anak.

Kesan sampingan

Apakah jenis kesan sampingan yang boleh saya alami dari pengambilan bran gandum?

Bran gandum boleh menyebabkan angin (kembung) dan ketidakselesaan perut, terutamanya apabila digunakan buat pertama kali.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan bran gandum?

Bran gandum boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Berunding dengan herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan bran gandum termasuk: Digoxin.

Bran gandum kaya dengan serat. Serat boleh mengurangkan penyerapan dan mengurangkan keberkesanan digoxin. Sebagai peraturan umum, apa-apa ubat yang diambil melalui mulut perlu diambil satu jam sebelum atau empat jam selepas mengambil bran gandum untuk mengelakkan tindak balas ini.

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk bran gandum?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

MELALUI MULUT:

  • Untuk sembelit: 20 hingga 25 gram bran gandum setiap hari. 40 gram sehari dilihat tidak lebih efektif daripada 20 gram per hari
  • Untuk rawatan sindrom kerengsaan usus besar (IBS): 30 gram bran gandum setiap hari sehingga 12 minggu
  • Untuk tekanan darah tinggi: 3-6 gram tepung gandum, serpihan gandum, dan beras perang, digabungkan dengan Program Pendidikan Kolesterol Kebangsaan (NCEP) dalam langkah diet yang pertama

Tahap pengambilan yang mencukupi (AI) untuk pengambilan serat makanan setiap hari telah ditetapkan. Bagi kanak-kanak 1 hingga 3 tahun, AI ialah 19 gram; untuk kanak-kanak 4 hingga 8 tahun, 25 gram. Untuk kanak-kanak lelaki 9 hingga 13 tahun, AI adalah 31 gram; untuk kanak-kanak lelaki 14 hingga 18 tahun, 38 gram. Bagi perempuan 9 hingga 18 tahun, AI adalah 26 gram. Bagi lelaki 19 hingga 50 tahun, AI adalah 38 gram, dan 30 gram untuk lelaki yang lebih tua daripada 51 tahun. Bagi wanita 19 hingga 50 tahun, AI adalah 25 gram, dan 21 gram untuk wanita yang lebih tua daripada 51 tahun. Bagi wanita hamil, AI adalah 28 gram, dan 29 gram untuk wanita menyusukan bayi. AI untuk kanak-kanak kurang daripada satu tahun belum ditetapkan.

Tahap pengambilan atas yang boleh diterima (UL) untuk serat, tahap pengambilan atas di mana tiada kesan sampingan yang tidak diingini dijangka, belum ditetapkan.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan bran gandum yang boleh didapati?

Suplemen bran gandum boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Bran gandum yang tidak diproses
  • Produk makanan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pernah Dengar Mengenai Vitamin U? Ia Ada Dalam Jus Kubis & Katanya Baik Untuk Ulser Perut?

    Pernahkah anda mendengar mengenai vitamin U? Ya, vitamin ini berkait rapat dengan jus kubis. Apakah kebaikan dan fungsi vitamin ini dalam minuman kubis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Tambah Otot, Patut Makan Telur Mentah Atau Telur Rebus? Mana Lebih Berkhasiat?

    Mereka yang selalu bersenam di gim pasti tahu mengenai kebaikan makan telur. Tapi, mana satu yang lebih baik, telur mentah atau rebus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu

    Proses penuaan pada manusia sememangnya berbeza mengikut individu. Ia merupakan satu proses biologi yang boleh dipengaruhi pelbagai jenis faktor seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

    Fibroid adalah tumor bukan kanser yang tumbuh pada rahim dan bukan lagi perkara asing bagi wanita. Dalam kes yang teruk, fibroid ketika hamil boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sawan tarik

    Sawan Tarik VS Sawan Babi: Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    tanda-tanda kehamilan atau PMS

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit PCOS dan kehamilan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan tumit merekah

    Atasi Masalah Tumit Kaki Merekah Dengan 5 Bahan Dapur Di Rumah, Boleh Cuba, Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan