backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ubi Pahit (Bitter Yam)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Ubi Pahit (Bitter Yam)?

Ubi pahit adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di Afrika. Ia digunakan untuk merawat keadaan-keadaan berikut, seperti:

  • Diabetes
  • Artritis reumatoid (RA)
  • Sakit perut (kolik)
  • Masalah haid
  • Penyakit yang disebabkan oleh cacing parasit yang dipanggil shistosomiasis

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian mengenai bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan ubi pahit mengandungi bahan kimia, yang boleh digunakan untuk menurunkan kadar gula darah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ubi Pahit (Bitter Yam)?

Sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan anak. Ini adalah kerana, ketika anda menjangkakan bayi atau menyusukan bayi, anda patut hanya mengambil ubat-ubatan atas saranan doktor.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuklah apa-apa ubat yang anda sedang ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan ubi pahit atau ubat-ubatan lain atau herba-herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit-penyakit lain, gangguan, atau keadaan perubatan.
  • Anda mempunyai lain-lain jenis alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen ini adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat mengambil suplemen ini mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Ubi Pahit (Bitter Yam) selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu

Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ubi Pahit (Bitter Yam)?

Kesan-kesan sampingan serius yang disebabkan oleh digoxin boleh berlaku seperti sawan atau degupan jantung yang tidak teratur. 

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Ubi Pahit (Bitter Yam)?

Ubi Pahit (Bitter Yam) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Terutamanya jika anda mengambil ubat yang mengandungi digoxin (Lanoxin).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ubi Pahit (Bitter Yam) yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Ubi Pahit (Bitter Yam)?

Ubi pahit boleh didapati dalam bentuk-bentuk dos yang berikut:

  • Krim

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan