backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tulang Rawan Lembu

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Tulang Rawan Lembu?

Tulang rawan adalah suatu bahagian bahan dalam badan yang memberikan sokongan struktur. Rawan Bovin (Bovine) adalah berasal dari lembu. Kadangkala orang menggunakan tulang rawan lembu sebagai ubat.

Ia boleh diambil melalui mulut atau disuntik di bawah kulit (subkutaneus) untuk:

  • Artritis reumatoid (RA).
  • Osteoartritis.
  • Kolitis berulser (ulcerative colitis).
  • Keadaan kulit seperti skleroderma dan psoriasis.
  • Jangkitan Herpes.
  • Kanser otak (glioblastoma multiforme), dan kanser-kanser lain.

Ia juga diambil melalui mulut untuk tindak balas alahan yang disebabkan oleh bahan toksin kimia.

Bahan tulang rawan lembu digunakan terus ke kulit (digunakan secara topikal) untuk:

  • Luka yang tidak sembuh-sembuh.
  • Buasir luar dan kegatalan rektum.
  • Masalah kulit seperti jerawat, psoriasis, dan dermatitis yang disebabkan oleh oak beracun atau pokok ivy beracun.

Ia juga digunakan untuk masalah “soket kering,’ satu komplikasi yang menyakitkan selepas cabutan gigi.

Bahan tulang rawan lembu juga kadang-kadang digunakan pada dubur untuk buasir dalaman dan luka terkoyak pada dubur.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana bahan suplemen ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa suplemen tulang rawan lembu mungkin berfungsi dengan menyediakan bahan kimia yang diperlukan untuk membina tulang rawan pada penghidap osteoartritis. Ia juga boleh membantu mengurangkan bengkak dan membantu luka untuk sembuh dengan lebih berkesan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Tulang Rawan Lembu?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada tulang rawan lembu atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Tulang Rawan Lembu selamat digunakan?

Bahan tulang rawan lembu mungkin selamat apabila diambil melalui mulut, digunakan pada kulit, atau diambil sebagai suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit untuk tujuan perubatan.

Terdapat beberapa kebimbangan mengenai kemungkinan mendapat “penyakit lembu gila’ (Bovine Spongiform Encephalitis, BSE) atau penyakit lain dari produk yang berasal dari haiwan. “Penyakit lembu gila’ didapati tidak menular melalui produk tulang rawan, tetapi mungkin adalah baik untuk mengelakkan produk haiwan dari negara-negara di mana penyakit lembu gila telah dijumpai.

Peringatan dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak ada maklumat yang diiktiraf tentang tahap keselamatan pengambilan bahan tulang rawan lembu jika anda sedang hamil atau menyusu. Ambil jalan yang selamat dan elakkan dari penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Tulang Rawan Lembu?

Bahan tulang rawan lembu boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, mual, bengkak, kemerahan setempat, dan gatal-gatal.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Tulang Rawan Lembu?

Tulang Rawan Lembu mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Tulang Rawan Lembu yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

PENGGUNAAN PADA KULIT (DIGUNAKAN SECARA TOPIKAL):

  • Untuk kegatalan berhampiran dubur (anal pruritus): Krim 5% digunakan dua kali atau lebih, setiap hari.
  • Untuk jerawat: Krim 5% digunakan sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas mencuci muka.
  • Untuk kesakitan dalam gusi selepas gigi dicabut: Serbuk tulang rawan lembu dicampuri dengan air garam untuk membentuk pes, diletakkan ke dalam ‘soket kering’ selepas cabutan gigi.

PENGGUNAAN PADA REKTUM:

Sebagai pelembut najis untuk buasir dan kulit merekah di sekitar dubur: 2.2 gram tulang rawan lembu dalam bentuk supositori 2%, dimasukkan sekurang-kurangnya tiga kali sehari disertai dengan 100 mg dioctil sodium sulfosuccinate (DSS) yang diambil melalui mulut dua kali sehari.

SUNTIKAN DI BAWAH KULIT (DIBERI SECARA SUBKUTANEUS):

Penyedia penjagaan kesihatan boleh memberikan bahan tulang rawan lembu dengan suntikan (cucuk) di bawah kulit bagi penyakit osteoartritis dan psoriasis.

SUNTIKAN KE DALAM OTOT (DIBERI SECARA INTRAOTOT):

Penyedia penjagaan kesihatan boleh memberikan bahan tulang rawan lembu dengan suntikan (cucuk) ke dalam otot untuk osteoartritis.

Dos untuk bahan suplemen ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Tulang Rawan Lembu?

Bahan suplemen ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul tulang rawan lembu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan