Qinghaosu: Siapa Pernah Sangka Herba Cina Ini Boleh Jadi Ubat Antimalaria?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tiada siapa yang dapat sangka bahawa sejenis herba Cina mempu menjadi jadi ubat kepada demam malaria. Ia memang satu penemuan yang membantu sektor kesihatan dunia.

Ingin tahu apakah herba yang kami maksudkan ini?

Jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu demam malaria?

Demam malaria adalah penyakit yang tersebar melalui gigitan nyamuk Anopheles yang dijangkiti parasit Plasmodium.

Jangkitan penyakit ini boleh terjadi dengan hanya satu gigitan nyamuk.

Simptom-simptom malaria umumnya terdiri daripada demam, berpeluh, menggigil atau kesejukan, muntah-muntah, sakit kepala, cirit-birit dan sakit otot.

Jika tidak ditangani dengan baik, penyakit ini boleh menyebabkan kematian.

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan penyakit berbahaya sejak beribu tahun lamanya.

Selepas kegagalan usaha untuk menghapuskan malaria pada tahun 1950-an, penyakit ini kembali bertambah dengan kemunculan parasit yang lebih kebal kepada ubat antimalaria ketika itu seperti chloroquine.

Ini mewujudkan keperluan mendesak untuk ubat antimalaria yang baru.

Pada tahun 1967, satu projek kebangsaan menentang malaria telah ditubuhkan di China di bawah Projek 523.

cara cegah malaria

Kajian perubatan herba Cina

Profesor Yoyou Tu merupakan graduan Beijing Medical University School of Pharmacy pada tahun 1955.

Beliau telah lama terlibat dalam kajian tentang perubatan herba Cina. Disebabkan pengetahuannya, beliau dilantik menjadi ketua kumpulan kajian malaria yang menghimpunkan pengkaji fitokimia dan farmakologi.

Kumpulan penyelidik muda ini mula mengusahakan pengekstrakan dan pengasingan bahan herba Cina yang berkemungkinan mempunyai fungsi antimalaria.

Fasa pertama kajian mereka melibatkan saringan terhadap lebih daripada 2,000 resepi penyediaan herba Cina untuk merawat demam.

Mereka berjaya mengenalpasti 640 resepi untuk dikaji dengan lebih lanjut dalam masa tiga bulan.

Daripada resepi yang sedia ada ini, mereka cuba untuk mengenalpasti herba yang kerap kali disebut dalam kebanyakan resepi.

Qinghaosu atau Artemisinin merupakan antara herba yang kerap digunakan dalam resepi yang mereka kaji.

Manuskrip lama dan dapatan kajian

Titik perubahan berlaku apabila ekstrak Artemisinin didapati menunjukkan tahap menghalang aktiviti parasit dalam tikus yang dijangkiti demam malaria.

Walau menunjukkan kesan perencatan aktiviti sebanyak 68% pada awalnya, kesan ini tidak dapat dihasilkan semula dalam esksperimen seterusnya kerana fungsi yang tidak stabil.

Mencari penjelasan, mereka melakukan semakan secara teliti terhadap rekod manuskrip lama.

Satu-satunya rekod yang berkaitan dengan penggunaan qinghaosu untuk mengurangkan simptom malaria muncul dalam Buku Panduan tulisan tabib Cina bernama Ge Hong lebih 1700 tahun yang lalu.

Dalam salah satu daripada resipi beliau, Ge Hong menggambarkan bagaimana mendapatkan ‘jus’ dari tumbuhan Qinghao untuk merawat demam menggunakan air sejuk, dan bukannya kaedah tradisional mendidih herba untuk menyediakan ubat-ubatan Cina.

herba

Profesor Tu tiba-tiba sedar bahawa mungkin suhu tinggi menyebabkan ketidakstabilan dalam fungsi antimalaria yang mereka alami.

Petunjuk kedua daripada deskripsi Ge Hong adalah bahawa daun tumbuhan itu mungkin bahagian yang mempunyai aktiviti yang paling ketara kerana ‘jus’ boleh didapati daripada daun lebih mudah daripada bahagian lain tumbuhan.

Akhirnya, kesan perencatan 100% terhadap aktiviti parasit dalam haiwan yang dijangkiti malaria berjaya mereka perolehi setelah beralih kepada prosedur penyediaan herba dengan suhu yang lebih rendah.

Daripada herba kepada ubat

Ekstrak dari tumbuhan Artemisia terbukti sangat berkesan dan pada tahun 1972, para penyelidik telah mengasingkan artemisinin secara kimia.

Keberkesanan artemisinin dalam merawat beberapa ribu pesakit yang dijangkiti demam malaria di China menarik perhatian dunia pada tahun 1980-an.

Pada tahun 2005, WHO mengubah strategi rawatan kepada rawatan kombinasi artemisinin (artemisinin combination therapy, ACT).

ACT kini digunakan secara meluas, menyelamatkan banyak nyawa, kebanyakannya kanak-kanak di Afrika.

Disebabkan jasanya dalam penemuan Artimesinin dalam rawatan Malaria, Profesor Youyou Tu dianugerahkan Hadiah Nibel 2015 bagi kategori Fisiologi atau Perubatan.

Daripada tahun 2000 hingga 2012, kejadian malaria kini telah berkurang sebanyak 25% secara global dan kadar kematian disebabkan malaria berkurang sebanyak 42%.

Oleh itu, Hadiah Nobel kepada beliau bukan sahaja mengakui transformasi ramuan Cina kepada ubatan yang berkesan melalui sains bioperubatan moden, tetapi juga berjuta-juta nyawa yang diselamatkan kerana penggunaan yang berjaya di seluruh dunia, terutamanya di negara membangun.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Gelombang Ke-2 Kembali Lepas 5 Tahun? Ini 6 Tip Cegah Demam Denggi, Elak Berulang

Statistik penyakit demam denggi mengalami peningkatan setinggi 8% seminggu sepanjang bulan Mei 2020. Bagaimana cara hindarkannya sepanjang tempoh pkpp?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

Terdapat banyak ubat yang boleh mempengaruhi ibu hamil secara negatif. Ia boleh merencatkan perkembangan janin yang sedang membesar.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

Ketika pandemik COVID-19 ini, penyakit lain juga perlu diberi perhatian. Jom baca artikel ini untuk tahu cara cegah malaria yang efektif!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 3 minit bacaan

Ini RAHSIA BESAR Untuk Ajar Anak Makan Ubat. Tak Perlu ‘BERGADUH’ Dengan Si Kecil Lagi Selepas Ini

Anda mesti selalu 'berperang' dengan si kecil apabila tiba waktu untuk mereka makan ubat. Di sini kami kongsikan rahsia untuk ajar anak anda makan ubat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 11/02/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ubat untuk masalah kesuburan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
daun kapal terbang

Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
kacip fatimah

Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
ubat dan penyusuan

Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan