backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pudina Jepun

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Pudina Jepun?

Pudina Jepun adalah sejenis tumbuhan. Minyaknya dikeluarkan dari bahagian-bahagian yang tumbuh di atas tanah dan digunakan untuk membuat ubat.

Minyak Pudina Jepun digunakan untuk pelbagai masalah pencernaan termasuk selera makan yang tidak memuaskan, perut bergas, senak perut, mual, cirit-birit, batu karang, masalah hati, dan sindrom usus yang mudah terengsang (IBS).

Ia juga digunakan untuk masalah saluran pernafasan termasuk selsema, batuk, bronkitis, serta mulut dan tekak yang sakit.

Penggunaan lain termasuk rawatan demam, sakit, kekejangan, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, ketumbuhan, luka, kanser, masalah jantung, kesukaran bernafas, kecenderungan terhadap jangkitan, dan sensitiviti terhadap perubahan cuaca.

Sesetengah orang menggunakan Pudina Jepun sebagai bahan perangsang, pembunuh kuman, atau penahan sakit.

Pudina Jepun digunakan terus ke kulit untuk sakit otot, sakit saraf, kegatalan, dan semugota.

Apabila dihidu, Pudina Jepun boleh membantu untuk merawat pembengkakan lapisan saluran pernafasan atas. Minyak pudina Jepun mengandungi sehingga 95% mentol.

Dalam industri pembuatan, Pudina Jepun juga digunakan sebagai wangian dalam ubat gigi, ubat kumur mulut, gargles, sabun, detergen, krim, losyen, dan minyak wangi. Secara komersil ia digunakan sebagai sumber menthol.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Pudina Jepun berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan: Minyak Pudina Jepun boleh menghalang penghasilan gas usus, merangsang aliran hempedu, dan melawan jangkitan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pudina Jepun?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Pudina Jepun atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Pudina Jepun selamat digunakan?

Minyak Pudina Jepun adalah selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil dengan betul melalui mulut atau digunakan pada kulit.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pudina Jepun?

Ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuk:

  • Sakit perut (apabila diambil melalui mulut).
  • Reaksi alahan pada kulit (apabila digunakan terus ke kulit)
  • Asma yang semakin teruk, kekejangan kord vokal, masalah pernafasan yang serius, kemerah-merahan, sakit kepala, dan tindak balas alahan (apabila digunakan terus pada muka atau dihidu).

Tidak banyak yang diketahui tentang keselamatan menghidu minyak Pudina Jepun.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Pudina Jepun?

Pudina Jepun mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Pudina Jepun yang biasa digunakan?

Dos untuk Pudina Jepun mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Malahan pula, suplemen tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Pudina Jepun?

Suplemen Pudina Jepun boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair.
  • Serbuk.
  • Tinktur.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan