backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Monascus

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan monascus?

Monascus purpureus ditapai dengan beras untuk membuat beras yis merah, yang biasanya digunakan untuk merawat penyakit berikut, seperti:

  • Tinggi kolesterol berkaitan dengan HIV
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Diabetes
  • Penyakit jantung
  • Penyakit hati
  • Masalah pencernaan, termasuk cirit birit dan ketidakcernaan
  • Peredaran darah yang lemah
  • Monascus mungkin diberikan untuk kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakah monascus berfungsi?

    Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah kajian menunjukkan beras yis merah menurunkan kadar kolesterol:

    • Satu kajian oleh UCLA School of Medicine melibatkan 83 orang dengan paras kolesterol yang tinggi. Mereka yang mengambil beras yis merah selama 12 minggu mempunyai tahap kolesterol, kolesterol LDL dan trigliserida (lemak dalam darah) yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo. Kadar kolesterol HDL (“baik’) tidak berubah dalam kumpulan kajian
    • Satu kajian yang dikemukakan kepada Persatuan Jantung Amerika menunjukkan bahawa beras yis merah menurunkan kolesterol LDL. Dalam kajian ini, 187 orang mempunyai kadar kolesterol dan LDL kolesterol yang ringan hingga sederhana. Kajian menunjukkan bahawa mengambil beras ragi merah mengurangkan jumlah kolesterol lebih daripada 16%, kolesterol LDL sebanyak 21%, dan trigliserida sebanyak 24%. Kolesterol HDL juga naik sebanyak 14%
    • Dalam satu lagi kajian 8 minggu mengenai 446 orang yang mempunyai kolesterol tinggi, mereka yang mengambil beras yis merah mempunyai tahap kolesterol menurun berbanding mereka yang mengambil plasebo. Jumlah kolesterol menurun sebanyak 22.7%, LDL sebanyak 31% dan trigliserida sebanyak 34% dalam kumpulan beras yis merah. Kolesterol HDL meningkat sebanyak 20% dalam kumpulan beras yis merah juga

    Langkah berjaga-jaga & amaran

    Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil monascus?

    Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

    • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
    • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
    • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam monascus atau ubatan lain atau herba lain
    • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
    • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan

    Pengawalan bagi suatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

    Adakah monascus selamat digunakan?

    Kanak-kanak:

    Orang yang berusia kurang dari 20 tahun tidak harus menggunakan monascus tambahan.

    Mengandung dan menyusu badan:

    Perempuan mengandung dan menyusu badan tidak perlu menggunakan monascus.

    Orang tua:

    Tiada kajian melihat pada keselamatan monascus kepada orang dewasa yang lebih tua. Walau bagaimanapun, orang tua yang mengambil monascus 1,200 mg sehari dalam kajian 8 minggu tidak mempunyai kesan sampingan yang besar.

    Kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan monascus?

    Kesan sampingan pengambilan monascus jarang berlaku, namun antara kesan sampingan yang boleh dialami adalah:

    • Sakit kepala
    • Sakit perut
    • Kembung
    • Gas
    • Pening
    • Pedih ulu hati
    • Sakit dan lemah otot (ini boleh menyebabkan rhabdomiolisis)

    Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan monascus?

    Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

    Ubatan yang boleh bertindak balas dengan herba anda, seperti:

    Ubatan mengurangkan kolesterol: Monascus boleh membuat kesan ubat ini menjadi lebih kuat, meningkatkan risiko kerosakan hati.

    Antikoagulan (cair darah): Monascus boleh meningkatkan risiko pendarahan. Pencair darah termasuk warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix) dan aspirin harian.

    Jus limau gedang: Sekiranya anda mengambil jus monascus dan limau gedang, ia boleh meningkatkan jumlah monascus dalam darah anda. Hal ini boleh memberi anda peluang yang lebih besar untuk mengalami kesan sampingan dan kerosakan hati.

    Koenzim Q10 (CoQ10): Monascus juga boleh mengurangkan jumlah CoQ10 dalam badan.

    Ubatan lain: Oleh kerana ia bertindak seperti statin, monascus boleh menimbulkan risiko kerosakan hati yang sama seperti statin lakukan, apabila digabungkan dengan ubat preskripsi lain yang juga menjejaskan hati.

    Sesetengah daripadanya adalah: Azathioprine (Imuran), Cimetidine (Tagamet), Clarithromycin (Biaxin), Cyclosporine, Diclofenac (Voltaren), Erythromycin, Gemfibrozil (Lopid), Itraconazole (Sporanox), Ketoconazole (Nizoral), Methotrexate (Rheumatrex), Rosiglitazone (Avandia), Valproic acid.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.

    Apakah dos kebiasaan bagi monascus?

    Untuk merawat penyakit jantung koronari:

    • 1,200-2,400 mg ekstrak monascus telah diambil melalui mulut setiap hari selama 2-12 minggu
    • Ekstrak monascus juga telah diambil melalui mulut pada dos 0.3-0.6 mg dua kali sehari untuk 4-4.5 tahun secara purata (julat: 0.5-7 tahun)
    • Ekstrak monascus telah diambil oleh mulut pada dos 1,200 mg setiap hari selama 12 minggu hingga 24 bulan

    Untuk merawat diabetes:

    Dua kapsul 300 mg ekstrak monascus telah diambil melalui mulut selama lapan minggu.

    Untuk merawat kolesterol tinggi:

  • 600-1,800 miligram monascus telah diambil dengan mulut hingga tiga kali sehari selama 8-24 minggu
  • Dua kapsul 300 miligram produk monascus telah diambil melalui mulut setiap hari untuk 1-3 kitaran lapan minggu setiap satu
  • Untuk merawat hati berlemak:

    Ekstrak monascus 0.6 gram telah diambil melalui mulut dua kali sehari selama 12 minggu.

    Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

    Ketersediaan ubat

    Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

    • Formulasi kapsul
    • Tablet
    • Teh
    • Tinktur
    • Bentuk topikal

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan