Minyak Rose Geranium

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Rose Geranium?

Minyak Rose Geranium diekstrak daripada daun dan batang pokok Rose Geranium.

Minyak Rose Geranium digunakan untuk:

  • Sakit saraf (neuropati).
  • Cirit birit.
  • Sakit disebabkan oleh kayap.
  • Menegangkan kulit (apabila digunakan secara topikal sebagai astringen).

Minyak Rose Geranium kadang kala disenaraikan pada label makanan tambahan yang diiklankan untuk menurun berat badan, persembahan atlet, dan membina badan.

Minyak Rose Geranium digunakan dalam makanan dan minuman sebagai perasa.

Dalam proses pembuatan, minyak Rose Geranium digunakan sebagai penganti murahan bagi minyak ros. Ia juga digunakan sebagai wangian dalam sabun, kosmetik, dan pewangi.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana minyak Rose Geranium ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa minyak Rose Geranium mengandungi beberapa bahan kimia yang dilihat mempunyai kesan seperti antibiotik. Minyak ini juga memberikan kesan lembut apabila disapu pada kulit.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Rose Geranium?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam minyak Rose Geranium atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Rose Geranium selamat digunakan?

Jika anda mengambil minyak Rose Geranium melalui mulut, kekal ambil minyak ini dalam jumlah makanan. Keselamatan minyak ini apabila diambil dalam jumlah yang banyak masih tidak diketahui.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusukan badan: Minyak Rose Geranium selamat untuk wanita hamil dan menyusukan badan dalam jumlah makanan. Tetapi bagi jumlah ubat yang lebih besar perlu dielakkan sehingga maklumat tambahan diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Rose Geranium?

Minyak Rose Geranium biasanya disapu pada kulit. Sesetengah individu boleh mengalami ruam atau rasa terbakar apabila minyak disapu pada kulit. Minyak Rose Geranium juga boleh menyebabkan iritasi mata jika disapu pada muka.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Rose Geranium?

Minyak Rose Geranium mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Rose Geranium yang biasa digunakan?

Dos bagi minyak Rose Geranium ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Rose Geranium?

Minyak Rose Geranium ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Minyak Rose Geranium asli.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sah! COVID-19 Boleh Tersebar Melalui CIRIT-BIRIT, Bukan Hanya Batuk & Bersin?

    Ramai tahu bahawa wabak coronavirus boleh tersebar melalui bersin dan batuk. Tapi sebenarnya ada satu lagi ciri ciri COVID19 yang kita tidak sedar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 20/02/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Nampak Orang Kumpul Air Daripada Tepi Bukit? Boleh Minum Terus Ke?

    Pernahkah anda melihat individu mengumpulkan air daripada saliran-saliran air bukit atau tepi jalan dan disimpan di dalam botol? Jika ya, baca ini dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Rotavirus: Punca Bayi dan Kanak-kanak Mendapat Diarrhea

    Kehidupan bersama jangkitan rotavirus akan menjadi tidak menyenangkan untuk jangka masa yang singkat bagi anak anda dan anda, sebagai penjaga mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Penyakit Crohn: Perkembangan Terkini Klinikal Dan Diagnosis

    Penyakit Crohn adalah sejenis penyakit keradangan usus yang kronik dan boleh berulang. Di UK, ianya dikira sebagai sejenis ketidakupayaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kanser Kolorektal, Kanser 03/04/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cirit semasa seks

    Alamak! Anda Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika Mengalami Keadaan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    buah untuk bayi

    13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan
    ubat sakit perut cirit birit

    Kerap Ke Tandas Selepas Makan? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/05/2020 . 3 minit bacaan
    elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan