Minyak Lorenzo

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/01/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Lorenzo?

Minyak Lorenzo (Lorenzo’s Oil) adalah gabungan dua bahan kimia yang dipanggil asid erusik (erucic) dan asid oleik (oleic). Minyak Lorenzo digunakan sebagai rawatan untuk dua penyakit keturunan berkaitan yang memberi kesan kepada sistem saraf. Penyakit yang sangat jarang berlaku ini dipanggil adrenoleukodystrophy (ALD), yang berlaku pada kanak-kanak; dan adrenomyeloneuropathy, yang berlaku pada orang dewasa.

Minyak Lorenzo dinamakan sempena seorang anak, Lorenzo Odone, yang mempunyai ALD. Ibu bapanya menemui campuran asid lemak yang didapati melambatkan perkembangan penyakit. Campuran itu dikenali sebagai “Minyak Lorenzo.”

Bagaimana ia berfungsi?

Adrenoleukodystrophy dan adrenomyeloneuropathy adalah dua gangguan genetik yang jarang berlaku yang menyebabkan pembentukan berlebihan bahan kimia tertentu yang dipanggil asid lemak rantai sangat panjang (VLCFA). Minyak Lorenzo mungkin membantu menghalang sebahagian daripada pembentukan ini. Pembentukan asid lemak ini dianggap menyebabkan banyak masalah yang serius di seluruh otak dan badan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Lorenzo?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada minyak Lorenzo atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Lorenzo selamat digunakan?

Minyak Lorenzo didapati selamat apabila digunakan di bawah penjagaan profesional kesihatan.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan minyak Lorenzo adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Gangguan darah yang menyebabkan penurunan platelet yang diperlukan untuk pembekuan (thrombocytopenia) atau penurunan sel putih yang diperlukan untuk melawan jangkitan (neutropenia): Minyak Lorenzo mungkin akan membuat keadaan lebih parah.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Lorenzo?

Kesan sampingan minyak Lorenzo termasuklah lebam-lebam dan pendarahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Lorenzo?

Minyak Lorenzo mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Lorenzo yang biasa digunakan?

Dos untuk produk minyak Lorenzo ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Lorenzo?

Produk minyak Lorenzo ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut: Cecair Oral Lorenzo’s Oil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BERHENTI Kongsi Pengetip Kuku! Anda Berisiko Dapat Banyak Penyakit Termasuk Hepatitis, Takutnya!

    Kita tidak harus berkongsi barangan peribadi seperti pengetip kuku dengan orang untuk mengelak risiko jangkitan penyakit seperti Hepatitis C!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Awas! Jangkitan Virus Hepatitis C Boleh Tersebar Melalui Seks Oral, Tapi Bukan Air Liur

    Jangkitan virus hepatitis C melalui seks oral, walaupun tidak lazim, boleh berlaku. Mereka yang homoseksual dan sering bertukar pasangan lebih berisiko.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    The Various Viral Hepatitis

    Viral hepatitis comes in many forms, of which the three most common are hepatitis A, B, and C. All three types can be acute - lasting for 6 months or less.

    Ditulis oleh Nga Truong
    Health A-Z, Health Conditions A-Z 31/10/2019 . 5 minit bacaan

    Hari Hepatitis Sedunia: Rakyat Malaysia Disarankan untuk Jalani Saringan

    Hepatitis adalah keadaan kronik yang boleh disebabkan oleh jangkitan virus Hepatitis B dan C. Namun, ramai yang tidak tahu mereka dijangkiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 24/07/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berus gigi

    JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    jenis hepatitis

    Bukan Hanya A & B Sahaja, Tahukah Anda Hepatitis Sebenarnya Ada 5 Jenis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    hepatitis b adalah

    Bolehkah Pesakit Positif Hepatitis B Berkahwin Dan Melakukan Seks? Ambil Tahu Berkaitannya Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan