Madu Ratu Lebah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Madu Ratu Lebah?

Madu Ratu Lebah adalah rembesan seperti susu yang dihasilkan oleh lebah pekerja madu. Ia biasanya mengandungi lebih kurang 60% hingga 70% air, 12% hingga 15% protein, 10% hingga 16% gula, 3% hingga 6% lemak, dan 2% to 3% vitamin, garam, dan asid amino.

Madu Ratu Lebah digunakan untuk merawat asma, demam alahan, penyakit hati, pankreatitis, masalah tidur (insomia), sindrom prahaid (PMS), ulser perut, penyakit buah pinggang, patah tulang, simptom-simptom menopaus, gangguan kulit, dan kolesterol tinggi.

Ia juga digunakan sebagai tonik kesihatan umum, bagi melawan kesan penuaan, dan bagi menguatkan sistem imun.

Sesetengah individu menyapu Madu Ratu Lebah terus pada kulit sebagai tonik atau pada kulit kepala bagi menggalakkan pertumbuhan rambut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Madu Ratu Lebah ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Madu Ratu Lebah?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Madu Ratu Lebah atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Madu Ratu Lebah selamat digunakan?

Madu Ratu Lebah mungkin selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut dengan betul. Produk khusus yang mengandungi kombinasi Madu Ratu Lebah, ekstrak dedebu lebah, dan dedebu lebah bersama ekstrak pistol   (Femal by Natumin Pharma) telah digunakan dengan selamat untuk sehingga dua bulan. Kombinasi produk lain yang mengandungi Madu Ratu Lebah dan dedebu bunga (Melbrosia) telah digunakan dengan selamat untuk sehingga tiga bulan.

Madu Ratu Lebah juga mungkin selamat apabila disapu pada kulit dengan betul. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan inflamasi dan reaksi alahan apabila disapu pada kulit kepala.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kanak-kanak: Madu Ratu Lebah  mungkin selama apabila diambil melalui mulut untuk sehingga enam (6) bulan.

Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan Madu Ratu Lebah ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Asma atau alahan: Jangan guna Madu Ratu Lebah jika anda mempunyai asma atau alahan terhadap produk lebah. Ia boleh mengakibatkan beberapa reaksi serius, bahkan kematian.

Tekanan darah rendah: Madu Ratu Lebah  mungkin boleh merendahkan tekanan darah. Jika tekanan darah anda sememangnya sudah rendah, mengambil Madu Ratu Lebah mungkin menjadikan tekanan darah anda semakin rendah.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Madu Ratu Lebah?

Madu Ratu Lebah mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan serius termasuk asma, bengkak pada kerongkong, dan kematian. Jarang sekali ia boleh menyebabkan kolon berdarah, disertai dengan rasa sakit pada perut dan cirit birit berdarah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Madu Ratu Lebah?

Madu Ratu Lebah mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan Madu Ratu Lebah, termasuklah:

  • Warfarin (Coumadin).

Madu Ratu Lebah  mungkin boleh meningkatkan kesan warfarin (Coumadin). Pengambilan Madu Ratu Lebah bersama warfarin (Coumadin) boleh menambahkan risiko untuk lebam atau berdarah.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Madu Ratu Lebah yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Madu Ratu Lebah?

Madu Ratu Lebah ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul.
  • Gel lembut.
  • Madu Ratu Lebah segar.
  • Makanan tambahan diet cecair.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Malaysia Berdepan Sekatan Ekonomi Amerika Kerana Ubat Generik Hepatitis C?

    Pada 11 Februari yang lepas, pertubuhan Doctors Without Borders (MSF) telah menghantar sepucuk surat sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyokong tindakan kerajaan untuk menggunakan lesen ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Berita, Berita Antarabangsa 13/02/2019 . 2 minit bacaan

    Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

    Kulit bertindak sebagai jendela kepada tahap kesihatan keseluruhan anda. Disebabkan itu, penyakit dalaman mungkin menunjukkan tandanya dengan perubahan kulit. Kulit gatal atau pruritus boleh menjadi petunjuk kepada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 24/01/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimanakah Cara Yang Sesuai Untuk Menyimpan Ubatan Penyakit Buah Pinggang

    Bagi mereka yang mengalami penyakit seperti penyakit buah pinggang, cara penyimpanan ubatan adalah sangat penting. Apakah kepentingannya kepada anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/01/2019 . 3 minit bacaan

    Anemia: Komplikasi Penyakit Buah Pinggang Kronik

    Anemia biasanya berlaku pada individu yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD), yang mana kehilangan fungsinya secara kekal atau sebahagiannya. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 11/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit sebelah kiri

    Selalu Sakit Pada Sebelah Kiri Abdomen? Ini Mungkin Penyebabnya, Jangan Biarkan Terlalu Lama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/12/2019 . 4 minit bacaan
    penyakit buah pinggang

    Penyakit Buah Pinggang Satu Beban Besar Pada Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 01/04/2019 . 2 minit bacaan

    Gangguan Buah Pinggang: Protein Dalam Urin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 13/03/2019 . 2 minit bacaan