Karob (Carob)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Karob (Carob)?

Karob digunakan untuk merawat keadaan kesihatan seperti:

  • Masalah pencernaan.
  • Penyakit seliak (celiac) dan spru.
  • Obesiti.
  • Muntah-muntah semasa kehamilan.
  • Kolesterol tinggi.

Karob juga digunakan untuk muntah-muntah, memhilangkan batuk, dan cirit-birit pada bayi.

Karob boleh diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor, ahli farmasi, atau pakar herba anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kandungan tanin dalam Karob boleh mengurangkan keberkesanan bahan tertentu (enzim) yang membantu pencernaan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Karob (Carob)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok Karob atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Karob (Carob) selamat digunakan?

Kehamilan dan Penyusuan Bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Karob adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan dari penggunaannya tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Karob (Carob)?

Karob boleh menyebabkan reaksi alahan semasa pengambilan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Karob (Carob)?

Karob (Carob) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Karob (Carob) yang biasa digunakan?

Untuk cirit-birit:

  • Orang dewasa: dos yang disyorkan adalah sekitar 20 gram setiap hari.
  • Kanak-kanak: dos yang disyorkan adalah 15 gram setiap hari.

Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Karob (Carob)?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Serbuk Karob (Carob Powder).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Awasi Metabolic Syndrome

    Metabolic syndrome (MS) atau sindrom metabolik adalah kumpulan beberapa keadaan yang wujud dalam satu masa pada individu. MS meningkatkan risiko kepada penyakit jantung serta diabetes dan strok. Ia juga dikenali ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/08/2018 . 2 minit bacaan

    Reglan

    Kenali apa itu Reglan. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 31/05/2018 . 7 minit bacaan

    Mentega Shea

    KegunaanApakah kegunaan Mentega Shea? Mentega shea adalah lemak daripada benih yang berasal dari pokok shea. Pokok shea boleh ditemui di rantau tropika Afrika Timur dan Barat. Mentega shea berasal dari dua isirung ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 3 minit bacaan

    Cabai Jawa / Lada Panjang

    KegunaanApakah kegunaan Cabai Jawa / Lada Panjang? Cabai jawa adalah sejenis tumbuhan. Buah (lada) tumbuhan ini biasa digunakan untuk membuat ubat. Lada panjang India digunakan untuk meningkatkan selera ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Kolesterol Tinggi Dalam Kalangan Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 23/11/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Kolesterol Tinggi Menyebabkan Pembekuan Darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 19/10/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Kolesterol Tinggi Akibat Keturunan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 05/09/2018 . 2 minit bacaan
    kolesterol

    Kolesterol Tinggi: Apa yang Anda Perlu Lakukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 29/08/2018 . 9 minit bacaan