backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bittersweet Amerika

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Bittersweet Amerika?

Bittersweet Amerika adalah sejenis tumbuhan. Akar dan kulit kayunya digunakan dalam pembuatan ubatan herba. Ia biasa digunakan dalam merawat:

  • Artritis
  • Penahanan bendalir
  • Masalah hati
  • Masalah haid

Sesetengah orang menggunakannya untuk menyebabkan badan berpeluh.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bittersweet Amerika?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada bittersweet Amerika atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Bittersweet Amerika selamat digunakan?

Kehamilan dan Penyusuan Bayi:

Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan bittersweet Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Bittersweet Amerika?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bittersweet Amerika?

Bittersweet Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Bittersweet Amerika yang biasa digunakan?

Penggunaan tradisional terhadap batang pokok ini biasanya pada kadar dos sebanyak 1 ke 3 g/hari, biasanya diberikan dalam bentuk rebusan atau rendaman dalam 250 mL air bersih.

Apakah bentuk penyediaan Bittersweet Amerika?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan