Biji Popi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Biji Popi?

Biji popi adalah benih yang terhasil dari pokok popi.

Orang biasanya mengambil biji popi melalui mulut untuk:

  • Asma
  • Sembelit
  • Batuk
  • Cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan
  • Kesukaran tidur

Biji popi juga digunakan untuk mendiagnosis suatu keadaan yang disebut vesicoenteric fistula.

Dalam makanan, biji popi digunakan untuk membuat kek, pastri, inti makanan, sayuran, atau bubur. Dalam pembuatan, minyak biji popi digunakan untuk membuat sabun, cat, dan varnis.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana biji popi ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa biji popi mungkin membantu mencegah beberapa jenis kanser daripada berkembang.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Biji Popi?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok biji popi atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Biji Popi selamat digunakan?

Biji popi mungkin selamat untuk kebanyakan orang dewasa apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang biasa dijumpai dalam makanan.

Biji popi juga mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang digunakan untuk tujuan perubatan. Satu minuman atau yogurt yang mengandungi 35-250 gram biji popi didapati telah digunakan dengan selamat.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Biji popi mungkin selamat diambil dalam jumlah makanan untuk wanita hamil dan wanita yang menyusu. Tetapi jumlah ubat yang lebih besar haruslah dielakkan sehingga lebih banyak maklumat diketahui.

Alergi kepada tumbuh-tumbuhan lain: Orang yang alah kepada biji popi juga boleh alergi terhadap kacang hazel, bijirin rai, kiwi, bijan, atau gandum kuda. Jika anda alah kepada biji popi, pastikan anda menyemak dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil makanan atau suplemen ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Biji Popi?

Walaupun tidak biasa, pengambilan biji popi boleh menyebabkan alahan pada sesetengah orang. Antara gejalanya termasuklah muntah, bengkak di dalam mulut, gatal-gatal, bengkak mata (konjunktivitis), dan kesukaran bernafas. Menyedut biji popi juga boleh menyebabkan gejala alahan, termasuk kemerahan kulit dan bengkak-bengkak di bawah kulit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Biji Popi?

Biji Popi mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Biji Popi yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Melalui mulut:

Untuk mendiagnosis vesicoenteric fistula: 35-250 gram biji popi dicampuri dengan minuman atau yogurt dan diambil oleh mulut. Urin kemudiannya akan dipantau selama 48 jam selepas itu.

Dos untuk produk biji popi ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Biji Popi?

Produk biji popi ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Biji popi mentah
  • Ekstrak cecair biji popi
  • Kapsul ekstrak biji popi

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Bagaimana jika anda mengetahui masalah kesihatan yang cenderung untuk dialami diri? Buat kaum lelaki, ini risiko kesihatan patut diberikan perhatian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

    Berkelah dan berjemur di pantai pastinya aktiviti kesukaan ramai individu. Namun, bagi wanita mengandung, wujud kesan bahaya yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Tahap keterukan keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Namun, itu tidak bermakna anda boleh mengambil mudah akan keadaan-keadaan kulit yang lazim. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 26/12/2019 . 4 minit bacaan

    Kalau Nak Cegah Kanser Kulit, Mungkin Anda Perlu Mula Rajin Pakai Sunscreen. Ini Sebabnya….

    Keluar rumah, pakai krim pelindung matahari tak? Kita selalu anggap tidak penting. Tapi tahu tak ia dapat melindungi kita daripada kanser kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    radiasi matahari

    AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    prosedur kulit tan

    Orang Barat Anggap Kulit Tan Itu Cantik, Tapi Selamat Ke Jika Lakukan Prosedur Gelapkan Kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan melanoma

    Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    selaran matahari

    Anak Gemar Main Panas? Ini 5 Cara Nak Elakkan Sunburn Pada Si Kecil, PASTI BERKESAN!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan