home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ada Apa Dengan Tidur (2)

Ada Apa Dengan Tidur (2)

Berkesinambungan daripada artikel Ada Apa Dengan Tidur (1), artikel ini akan meneruskan kitaran tidur yang kedua iaitu kitaran Pergerakan Mata Laju atau Rapid Eye Movement (REM).

Apa yang berlaku semasa REM?

Daripada namanya, REM akan menampakkan pergerakan mata laju ke pelbagai arah yang berbeza. Gelombang otak pada ketika ini adalah tidak sekata dengan pelbagai frekuensi dan tona otot menjadi rendah. Ia bermula kebiasaannya sekitar 90 minit selepas anda tidur.

Ia merangkumi 20% hingga 25% daripada keseluruhan waktu tidur. Namun, bayi boleh menjalani peringkat ini sehingga 50% daripada keseluruhan waktu. Kitaran ini mungkin hanya selama 1 hingga 5 init untuk kali pertama. Kemudian akan bertambah dalam setiap kitaran seterusnya.

Mimpi paling kerap berlaku sewaktu kitaran ini. Tona otot serta refleks yang rendah semasa waktu ini adalah penting untuk mengelakkan seseorang bergerak sewaktu bermimpi. Jika anda terbangun ketika kitaran REM, memori mimpi akan lebih jelas berbanding bangun semasa kitaran NREM.

Selain itu, kitaran REM ini juga penting dalam proses penyimpanan memori. Membaca dan menghafal sebelum tidur adalah sangat baik dalam mendapatkan memori yang lebih kekal. Proses tersebut berlaku semasa REM.

Apakah fungsi NREM dan REM?

Fungsi pertukaran antara kitaran NREM dan REM adalah masih tidak dapat dikenal pasti. Namun, kitaran yang tidak sekata atau kekurangan pada mana-mana kitaran adalah terkait dengan gangguan tidur.

Contohnya, penghidap narkolepsi iaitu sejenis gangguan saraf menyebabkan kerap tertidur di waktu siang. Mereka tidak memasuki kitaran NREM tetapi terus kepada REM.

Apa yang pasti adalah tidur yang cukup penting dalam memastikan sistem badan berjalan dengan baik. Terdapat banyak risiko penyakit boleh meningkat disebabkan kualiti tidur yang terjejas. Ini termasuk:

  • Naik berat badan.
  • Kemurungan.
  • Penyakit jantung dan strok.
  • Mengganggu fokus dan kualiti hidup.

Oleh itu, pastikan anda menjadikan tidur sebagai satu prioriti. Mulakan hari ini!

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 03/09/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor