Tidur sebentar atau nap sudah menjadi amalan sejak sekian lama, terutamanya bagi mereka yang sibuk. Nabi Muhammad s.a.w. Sendiri turut mengamalkannya sebelum waktu zohor.
Ia bukan sekadar tidur biasa, tetapi sebenarnya memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan. Apakah manfaat itu? Ikuti perbincangan di bawah.
1. Ia menjadikan anda seorang genius
Sekumpulan ahli neuropsikologi di Jerman mendapati bahawa tidur sebentar selepas mempelajari sesuatu akan membuatkan memori seseorang lima kali lebih baik berbanding orang yang kekal bangun. Mereka mendakwa bahawa keadaan otak anda yang berada tenang semasa tidur membolehkan memori disimpan dengan lebih baik.
Wah, tidur pun boleh jadi genius!
2. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja
Tidur hanya sekitar 15 minit sahaja sudah mampu memberikan anda tenaga serta membuatkan badan anda segar. Bahan-bahan kimia di dalam badan anda akan kembali seimbang selepas bangun dari tidur. Ini akan membuatkan hari anda lebih produktif.
3. Cara paling mudah untuk menguruskan stres
Stres menyumbang kepada banyak masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, obesiti dan bahkan masalah kesuburan. Kajian dari Allegheny College mendapati bahawa tidur sekejap di siang hari mampu membantu badan mengawal stres.
4. Memanjangkan umur
Mereka yang tidak dapat tidur yang cukup dalam tempoh yang lama mungkin terdedah kepada beberapa keadaan kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi atau keadaan kesihatan mental. Tidur sekejap di siang hari boleh mambayar semula hutang-hutang tidur anda yang tertangguh disebabkan kesibukan di tempat kerja.
Dengan berkurangnya risiko dari penyakit-penyakit kronik ini, umur anda juga dapat dilanjutkan.
5. Fokus anda bertambah baik
Semakin lama anda bangun, semakin kurang daya fokus yang mampu diberikan oleh otak anda, menurut kajian dari University of California. Solusinya adalah tidur sebentar. Anda pasti akan lebih segar dan mampu memberikan fokus selepas bangkit dari tidur.
[embed-health-tool-bmi]