backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

5 Sebab Mengapa Kurang Tidur Boleh Menjejaskan Kesihatan Emosi Anda

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

5 Sebab Mengapa Kurang Tidur Boleh Menjejaskan Kesihatan Emosi Anda

Masalah kurang tidur menjadi semakin bertambah pada dunia hari ini, khususnya di Malaysia. Dengan tekanan hidup, ramai memilih untuk bekerja lebih masa bagi menampung diri dan keluarga. Realiti yang menyedihkan ini jika tidak diuruskan, akan membawa kepada banyak masalah lain.

Antara kesan kurang tidur adalah ia boleh menjejaskan kesihatan emosi. Bagaimana ia berlaku? Teruskan membaca sehingga penghujung artikel.

1. Anda mudah lupa

Sekali atau dua kali terlupa tidak mengapa. Namun, apabila ia selalu sangat berlaku, anda akan lebih tertekan. Sudah la penat, kunci kereta pula tak jumpa. Hal-hal seperti ini nampak kecil tapi jika berlarutan boleh menyebabkan stres yang berpanjangan.

2. Kadar stres anda meningkat

Setiap orang pasti menghadapi keadaan stres dalam hidupnya. Ia adalah perkara normal dan penting untuk manusia meneruskan kelangsungan hidupnya. Jika tidak tekanan, manusia tidak akan berusaha.

Namun, kadar stres yang sihat ada hadnya. Jika terlebih, ia akan mendatangkan mudarat, bukannya manfaat. Untuk mengawal stres, tubuh anda memerlukan tenaga. Kurang tidur akan membuatkan tubuh anda gagal mendapatkan tenaga yang cukup untuk mengawal stres terbabit.

3. Mudah marah

Jika rakan anda mengatakan anda kini cepat marah, mungkin ia disebabkan oleh kurang waktu tidur. Dr George Krucik, seorang doktor keluarga, mengatakan bahawa kurang tidur akan menggangu emosi dan membuatkan anda menjadi lebih panas baran.

4. Masalah yang ada menjadi lebih parah

Jika anda sedia ada mengalami keadaan kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan atau bipolar, tidur yang tidak mencukupi mungkin akan membuatkan keadaan tersebut menjadi lebih parah. Ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang menunjukkan hubungan antara tidur dan kesihatan mental.

5. Kehidupan sosial anda terjejas

Tidak kira siapa pun anda, kehidupan sosial yang stabil tentunya penting dalam mengekalkan kesihatan emosi. Kurang tidur menjadikan seseorang kurang optimis dan gagal bersosial dengan baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan