Ingin tampak muda walaupun usia telah lanjut? Sebenarnya, ada banyak tip awet muda yang boleh kita lakukan untuk pastikan kulit sentiasa sihat, semuanya di hujung jari! Namun, kali ini kami akan kongsikan petua yang pasti menjadi.
Dengan gaya hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang berkhasiat, sesiapa sahaja boleh dapatkan kulit yang muda dan anjal.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa tip awet muda secara alami daripada pakar, khas untuk anda semua.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Tip awet muda 1: Cahaya matahari bukan kawan baik kita
Salah satu petua awet muda dan muka berseri yang diakui pakar adalah menjauhkan diri daripada cahaya matahari.
Benar, cahaya matahari mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kita dari segi mental dan fizikal.
Sebagai contoh, cahaya matahari pada waktu pagi mengandungi vitamin D. Vitamin ini sangat penting untuk tulang dan gigi yang sihat.
Walaupun begitu, sinaran dari bebola cahaya ini boleh membuatkan kulit rosak dan cepat berkedut. Malah, 90% kerosakan kulit berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari!
Oleh sebab itu, pastikan anda sentiasa memakai pelindung matahari yang berkualiti. Pilih suncreen dengan SPF 30 atau lebih.
Walaupun hari mendung, pastikan anda sentiasa memakai pelindung matahari untuk perlindungan yang maksimum.
Tip: Anda juga boleh beli pelembap atau makeup yang mengandungi SPF. Bak kata orang, sambil menyelam minum air!
Tip awet muda 2: Jangan lupa minum air!
Betul tu, air sangat penting untuk manusia. Untuk pastikan kulit sentiasa lembap, pastikan anda minum 8 gelas air setiap hari.
Dehidrasi boleh buatkan kulit tampak kusam dan tidak bermaya.
Selain itu, anda juga boleh pakai pelembap dua kali sehari – sekali pada waktu siang dan sekali lagi sebelum tidur malam.
3. Dapatkan tidur yang mencukupi
Beauty sleep bukanlah satu mitos ya! Manusia perlukan 7 hingga 9 jam tidur setiap malam. Dengan tidur yang berkualiti, kulit mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki tisu-tisu yang telah rosak.
Menurut sebuah kajian di dalam jurnal Clinical and Experimental Dermatology, individu yang tidur selama 7-9 jam setiap hari mempunyai kulit yang lebih lembap.
Oleh sebab itu, jangan sesekali pandang rendah akan kepentingan rehat yang mencukupi. Ketika tidur, badan akan merembeskan hormon yang penting untuk menggalakkan pembaharuan sel-sel kulit.
Bukan itu sahaja, mereka yang tidur dengan cukup juga mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi. Jadi, mereka akan rasa lebih cantik dan yakin sepanjang hari!
Petua awet muda dan muka berseri: Waktu malam merupakan masa paling sesuai untuk memakai krim retinoid atau apa-apa produk yang dapat meremajakan kulit.
4. Kurangkan penggunaan foundation yang tebal
Foundation yang berat hanya akan membuatkan kedutan anda menjadi lebih ketara.
Jika usia anda telah lanjut, gunakan produk pelembap yang lutsinar.
Selain itu, antara tip awet muda yang mungkin berkesan adalah elakkan penggunaan apa-apa yang mengandungi terlalu banyak bedak.
Sekiranya anda ingin memakai solekan, jangan lupa sapukan primer. Primer akan memastikan makeup yang dipakai ‘lekat’ pada kulit. Pori dan juga garis halus pada wajah juga dapat dikurangkan.
5. Cari jalan untuk kurangkan stres
Satu lagi petua awet muda adalah kurangkan marah.
Stres boleh buatkan kulit anda semakin berkedut tau! Sebab itulah, semua orang perlu ada skil tersendiri untuk mengawal stres. Individu yang lebih sihat dan gembira selalunya akan nampak muda!
Baca buku, main game, bersenam, keluar rumah dan lakukan sesuatu yang anda sukai.
Tidak ada cara khusus yang berkesan untuk semua orang. Jadi, anda perlulah cari cara sendiri untuk kurangkan stres.
Baca juga:
- Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!
- Pecahkan Barang Dalam Bilik Lepaskan Marah, Adakah Berkesan Tangani Stres?
6. Banyakkan senaman untuk tampak awet muda
Benar, senaman dapat membantu anda lebih sihat. Ia juga dapat memastikan berat badan anda dalam julat yang normal.
Kajian menunjukkan, senaman yang kerap dapat memperlahankan penuaan sehingga 10 tahun!
Ada banyak lagi kebaikan senaman yang lain. Sebagai contoh, ia dapat meningkatkan peredaran darah dan memastikan semua nutrisi diperoleh badan.
Semua ini dapat membuatkan wajah anda kelihatan lebih muda.
Selain itu, senaman juga dapat membantu anda panjang umur!
Tip awet muda 7: Kurangkan kopi dan minuman yang mengandungi kafein
Siapa yang tidak sukakan secawan latte kan? Ketika usia semakin lanjut, alkohol dan kafein boleh meninggalkan kesan pada kesihatan diri dan juga kulit.
Kafein juga boleh membuatkan kulit menjadi kering. Kesannya terhadap kulit juga berpanjangan!
[embed-health-tool-bmi]