backup og meta

Rahsia Kekal Cantik

Rahsia Kekal Cantik

Kita memperuntukkan sejumlah bajet untuk membeli pelbagai produk kecantikan untuk menjadi dan mengekalkan kecantikan diri. Namun, sebenarnya untuk kekal cantik bukanlah sesuatu yang sukar.

Percaya atau tidak, rahsia untuk mengekalkan kecantikan diri tidak memerlukan kos yang tinggi. Anda cuma perlu mendapatkan tidur yang berkualiti untuk tempoh 7-9 jam setiap malam. Ini kerana ketika kita tidur, tubuh akan menjalankan proses memperbaiki diri secara sendiri dan pastinya menjanjikan manfaat untuk penampilan anda.

Berikut antara manfaat tidur untuk kecantikan anda:

  1. Mengurangkan kedutan

Ketika anda tidur, kulit akan menghasilkan kolegen baru yang dapat menghalang kulit menjadi kendur, dan ia adalah sebahagian daripada proses pembaikan. Lebih banyak kolagen terhasil, bermakna kulit akan menjadi lebih gebu dan kurang bersisik.

Tidur kurang dari tempoh 5 jam akan menyebabkan garis halus muncul 2 kali lebih banyak dan lebih jelas kelihatan serta menyebabkan kulit kering.

  1. Kulit bercahaya

Badan akan meningkatkan aliran darah ke kulit ketika tidur. Ini bermakna apabila bangun, anda akan bangun dengan kulit yang lebih sihat dan bercahaya. Mengabaikan waktu tidur boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam dan tidak bermaya.

  1. Lebih cerah, kurang bengkak

Anda cenderung untuk mendapat lingkaran gelap atau bengkak di bawah mata apabila kurang tidur. Ia adalah antara perkara pertama yang jelas menunjukkan seseorang individu itu kurang atau tidak tidur.

Mendapatkan rehat yang secukupnya juga dapat mengurangkan lingkaran gelap. Pastikan anda kekal terhidrat. Pastikan kepala anda berada pada kedudukan atau paras yang sesuai, kerana jika bantal anda terlalu rendah, darah tidak akan mengalir dengan baik dan ia akan terkumpul di bawah mata, menjadikannya jelas kelihatan.

  1. Rambut lebih sihat

Kehilangan, kerosakan, putus serta pertumbuhan rambut turut dipengaruhi faktor kekurangan tidur. Folikel rambut (di mana pertumbuhan rambut bermula) mendapat nutrien, vitamin, dan mineral daripada aliran darah.

Apabila kita tidak mendapat tidur yang mencukupi, ia mengakibatkan kurang pengaliran darah dan menyebabkan rambut tidak mendapat makanan yang mencukupi. Kurang tidur juga boleh meningkatkan tekanan dan menyebabkan peningkatan hormon kortisol, antara punca kehilangan rambut.

  1. Lebih gembira, lebih sihat

Apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, bahagian hujung mulut akan akan cenderung ke bawah membuatkan anda tampak sedih dan tidak bermaya. Mata yang merah, bengkak, lingkaran gelap dan kulit kusam memberi isyarat kepada individu sekeliling anda bahawa anda letih dan tidak cukup tidur.

  1. Pelembap muka

Mencuci muka dan tidur, juga boleh menyebabkan kulit kering, terutama jika anda tidur dalam persekitaran kelembapan rendah. Walaupun anda mungkin minum air dengan banyak pada waktu siang untuk memastikan kulit kekal terhidrasi, namun kulit tetap akan kehilangan banyak air ketika tidur.

Kulit akan membaik pulih dengan sendiri semasa anda tidur kerana aliran darah juga lebih konsisten. Pastikan anda juga menyapu pelembap pada muka dan kulit untuk membantu mengekalkan kelembapan. Anda juga boleh memakai topeng muka (face mask) tidur.

Jadi untuk mengekalkan kecantikan diri bukanlah suatu perkara yang mustahil atau sukar untuk dilakukan, bukan?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Truth About Beauty Sleep

https://www.webmd.com/beauty/features/beauty-sleep#1 / Accessed on Jan 3, 2019.

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Kulit Cepat Berkedut Dengan 7 Produk Anti Penuaan Terbaik Ini!

Pencuci Mekap Sahaja Tidak Cukup! Kena Ikut 3 Langkah Ini Untuk Kulit Bersih & Glowing!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan