backup og meta

Apabila Usia Bertambah, Kesan Penuaan Makin Ketara! Tidur Pun Boleh Buat Kulit Cepat Tua?

Apabila Usia Bertambah, Kesan Penuaan Makin Ketara! Tidur Pun Boleh Buat Kulit Cepat Tua?

Sekiranya kita ingin perhatikan perubahan hidup, kulit adalah buktinya. Kesan-kesan penuaan akan menjadi lebih ketara dengan berlakunya peningkatan usia.

Kesan penuaan kulit anda akan bergantung kepada pelbagai faktor seperti gaya hidup, diet, keturunan, dan tabiat peribadi yang lain.

Ingin memahami bagaimana kesan penuaan kulit terjadi? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu penuaan kulit?

Kesihatan kulit kita mudah terkesan dengan banyak faktor luaran mahupun dalaman seperti terdedah kepada matahari, keturunan dan tabiat yang buruk.

Semua faktor ini akan menyumbang kepada pemusnahan sel yang membawa kepada berlakunya kedutan pramatang dan tompokan penuaan.

Faktor lain yang boleh menyumbang adalah stres, graviti, pergerakan muka harian, obesiti dan bahkan posisi tidur.

Ciri-ciri kulit anda terkesan dengan penuaan adalah seperti berikut:

  • Kulit menjadi lebih kasar
  • Kulit menjadi kendur. Kehilangan tisu elastik (elastin dan kolagen) menyebabkan kulit mulai kendur
  • Kulit menjadi lebih nipis seiring pertambahan usia. Ia disebabkan oleh penipisan epidermis (lapisan permukaan kulit)
  • Kulit menjadi lebih rapuh yang disebabkan oleh permukaan rata di mana epidermis dan dermis (lapisan kulit di bawah epidermis) bersatu
  • Kulit lebih mudah untuk lebam, disebabkan oleh dinding saluran darah yang semakin nipis

Di samping itu, perubahan di bawah kulit juga menjadi semakin jelas seiring pertambahan usia. Ia merangkumi:

  • Kehilangan lemak di bawah kulit pipi, dagu, hidung, dan kawasan mata yang boleh mengakibatkan kulit menjadi kendur
  • Kehilangan tulang, kebanyakannya di sekitar mulut dan dagu selepas melepasi usia 60 tahun dan menyebabkan kulit berkedut di sekitar mulut
  • Kehilangan tulang rawan di hidung menyebabkan hujung hidung kelihatan ‘jatuh’

Kesan matahari dan penuaan kulit

krim-pelindung-atasi-kanser-kulit

Pendedahan terhadap cahaya matahari adalah punca terbesar yang menyumbang kepada penuaan kulit!

Lama-kelamaan, sinar ultraviolet (UV) matahari mampu merosakkan serat tertentu kulit yang disebut sebagai elastin dan pecahan serat ini akan menyebabkan kulit kendur dan meregang.

Selain itu, kulit juga akan mudah lebam dan terkoyak serta bakal memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh.

Oleh itu, walaupun kerosakan sinar matahari tidak dapat dilihat ketika anda masih muda, ia mampu berlaku di kemudian hari.

Malangnya, tiada siapa yang dapat mengelak daripada kerosakan kulit akibat sinaran UV, walaupun kulit kita kadangkala dapat pulih secara sendiri.

Pun begitu, usah risau kerana dengan pendedahan yang minimum daripada sinaran matahari seperti memakai topi atau krim pelindung matahari, kesan-kesan negatifnya dapat dikurangkan.

Apakah punca-punca penuaan kulit yang lain?

Graviti, pergerakan wajah, dan kedudukan tidur adalah faktor sekunder yang menyumbang kepada perubahan kulit.

Apabila kulit kehilangan keanjalannya, graviti boleh menyebabkan kening dan kelopak mata ‘jatuh’, dagu berlapis serta cuping telinga yang lebih panjang.

Garis-garis halus wajah pada bahagian tertentu seperti di dahi atau sekitar atas mulut akan kelihatan lebih ketara setelah kulit mula kehilangan keanjalannya.

Selain itu, posisi tidur turut menyumbang kepada masalah kedutan. Ini kerana semakin anda berusia, posisi tidur yang tertentu semakin senang untuk meninggalkan kesan dan sebabkan kedutan.

Para perokok juga cenderung untuk mempunyai lebih banyak kedutan kulit jika dibandingkan dengan bukan perokok.

Tambahan itu, masalah kulit kering dan gatal adalah perkara biasa yang dialami apabila meningkat usia.

Kira-kira 85% individu yang lebih tua mengalami kegatalan ketika musim sejuk, kerana udara dalaman yang terlalu sejuk dan kering.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

  • Sentiasa lindungi kulit daripada sinaran matahari

Apabila anda melangkah keluar dari rumah, sama ada untuk ke tempat kerja atau urusan peribadi, pemakaian krim perlindungan matahari adalah sangat penting.

Pemakaian krim pelindung tabir suria ini bukan sahaja mampu mengurangkan risiko kerosakan kulit, malah daripada kanser kulit!

Selain memakai sunblock, pemakaian pelindung kepala seperti topi juga digalakkan.

35 tahun

  • Berhenti merokok

Merokok mampu mempercepatkan proses penuaan kulit. Ia akan menyebabkan kedutan dan kulit untuk hilang seri.

  • Makan makanan yang sihat dan seimbang

Beberapa kajian menunjukkan, dengan mengambil banyak buah-buahan dan sayuran mungkin membantu mencegah kerosakan yang boleh menyebabkan penuaan kulit pramatang.

Penemuan ini juga menunjukkan diet yang mengandungi banyak gula atau karbohidrat halus yang lain boleh mempercepatkan proses penuaan.

  • Bersenam secara konsisten

Sesetengah kajian menunjukkan dengan melakukan senaman secara berkala boleh meningkatkan peredaran dan merangsang sistem imun badan. Ini juga akan membuatkan kulit anda nampak lebih muda dan segar.

  • Cuci muka anda dengan lembut

Menggosok muka dengan kuat dan kasar boleh merengsakan kulit anda dan akan mempercepatkan proses penuaan.

Cucian yang lembut sudah memadai untuk membantu membuang pencemaran, kesan solekan dan kotoran lain tanpa merengsakan kulit.

  • Gunakan pelembap muka setiap hari

Pelembap bertindak memerangkap air di dalam kulit menjadikan ia kelihatan lebih muda dan tidak kering.

Dengan mengamalkan pemakaian pelembap muka secara konsisten, kulit akan tampak lebih segar dan sihat.

  • Kekal hidrat

Minum air adalah sangat penting untuk kesihatan kerana tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi.

Selain membantu pencernaan, dan mengatur suhu badan anda, air juga dapat membantu dalam menjaga kulit anda agar kekal sihat dan terhidrasi daripada dalam.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/quit-smoking/expert-answers/smoking/faq-20058153
  2. https://www2.health.vic.gov.au/hospitals-and-health-services/patient-care/older-people/skin/skin-ageing
  3. https://www.acpjournals.org/doi/10.7326/0003-4819-158-11-201306040-00002
  4. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-secrets/anti-aging/reduce-premature-aging-skin
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3583892/

Versi Terbaru

07/07/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Anda Boleh Buat!

Sakit Belakang? Posisi Tidur Anda Mungkin Memainkan Peranan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan