Penyumbatan tersebut seterusnya akan menyebabkan isi minyak dalam kelenjar terkumpul dan mendorong keradangan pada kelopak mata.
Tidak sama seperti jenis Hordeolum, kondisi ini tidak akan mendatangkan rasa sakit, pedih dan gatal namun masih memerlukan rawatan lanjutan.
Bagaimana pula dengan ketumbit dalam mata?
Jika mata anda mula tumbuh ketumbit di dalam kelopak mata, maka yang terjadi kepada anda adalah kondisi bernama Hordeolum Internal.
Meskipun sangat jarang berlaku, ia lebih berbahaya berbanding Hordeolum Eksternal kerana kedudukannya yang lebih dekat dengan mata.
Kondisi ini boleh berlaku pada dalam kelopak mata tidak kira pada bahagian atas atau bawah serta kedua-duanya sekali secara serentak.
Berikut adalah simptom-simptom berlakunya ketumbit di mata pada bahagian dalam kelopak:
- Sukar melihat ketumbit dengan jelas
- Bengkak pada kawasan hujung bulu mata
- Bengkak pada kawasan dalam kelopak mata
- Mata menjadi sakit dan pedih
- Mata menjadi bengkak
- Mata menjadi gatal
- Mata menjadi berair
- Rasa seperti ada sesuatu dalam mata
- Penglihatan terjejas
Persoalannya, apakah punca sebenar kondisi ini berlaku dalam mata? Adakah ia sama dengan sebab ia berlaku pada luar kelopak mata?

Apa punca sebenar ketumbit dalam mata terjadi?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ketumbit jenis ini berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman bernama Staphylococcus aureus.
Bakteria ini akan menjangkiti kawasan kelopak mata Meibom yang merupakan tempat penghasilan minyak pada kelopak mata.
Bakteria ini mungkin datangnya daripada sinus pada hidung atau mulut yang tersebar pada mata sekali gus membawa jangkitan.
Dalam pada itu, ia juga mungkin boleh tersebar daripada penggunaan kanta lekap, cermin mata ataupun bulu mata palsu yang telah sedia terjangkit.
Namun kuman ini tidak boleh tersebar daripada seorang individu yang dijangkiti dengan individu lain hanya dengan kontak rapat.
Melainkan jika kontak rapat tersebut melibatkan sentuhan pada mata yang dijangkiti, ia mungkin boleh menyebabkannya.
Apa yang boleh anda lakukan untuk elak & rawat?
Berbeza dengan ketumbit yang berlaku pada luar kelopak mata, ketumbit dalam mata kebiasaannya akan lebih menyakitkan dan menjangkiti lebih lama.
Ia juga kadangkala boleh menjadi kronik terutamanya jika kuman tersebut merebak pada hidung, tekak, sinus dan mata sekali gus mendorong komplikasi lain.
Oleh itu, sesuatu mungkin perlu dilakukan dengan kadar segera untuk elak dan rawat kondisi ini.

Pertama sekali, anda perlu terus berjumpa doktor untuk menjalankan diagnosis bagi menentukan jenis ketumbit yang dialami.
Ujian pada mata akan dilakukan dan kemudiannya anda mungkin akan diberikan ubatan atau rawatan bergantung pada jenisnya.
Sementara itu, wujud juga beberapa tip umum yang dikatakan boleh bantu rawat dan elak segala jenis ketumbit termasuklah dalam mata di rumah:
- Jangan sesekali memicit untuk pecahkan ia
- Tuam dengan tuala suam
- Tuam dengan beg teh
- Sapu salap antibiotik
- Urut dengan cermat dan perlahan
- Cuci dengan air dan putik kapas
- Elak menggunakan kanta lekap
- Elak menggunakan alat solek
Untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain akibat ketumbit di mata ini, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut okay!