Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Mata Selalu Pedih & Kering? Jangan Anggap Remeh, Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren!
Tanda mata kering sering dianggap masalah kecil yang boleh dibiarkan, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi petunjuk awal kepada penyakit autoimun seperti Sindrom Sjogren. Keadaan ini berlaku apabila sistem imun menyerang kelenjar yang menghasilkan air mata dan air liur, menyebabkan kekeringan yang luar biasa pada mata dan mulut.
Jika anda kerap mengalami rasa pedih, seperti ada pasir di mata, atau mata selalu merah dan letih walaupun tidak menggunakan skrin terlalu lama, mungkin sudah tiba masanya anda ambil serius.
Mari fahami lebih lanjut mengenai punca, risiko, dan cara mengurus tanda mata kering agar anda tidak terlepas daripada mengesan petanda awal Sindrom Sjogren.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klikdi sini.
Tanda mata kering yang biasa dialami
Elakkan menggosok mata dengan kerap jika mata kering.
Tidak semua orang menyedari mereka mengalami tanda mata kering, kerana simptomnya kadangkala ringan atau bersifat sementara.
Namun, jika anda mengalami gejala berikut secara berulang, ia mungkin tanda awal masalah yang lebih serius:
Rasa pedih atau panas di mata
Sensasi seperti ada pasir dalam mata
Mata berair sebagai tindak balas kepada kekeringan
Penglihatan kabur yang bertambah baik selepas berkelip
Mata cepat letih ketika membaca atau melihat skrin
Sukar memakai kanta lekap dalam tempoh lama
Jika simptom ini berlaku secara berpanjangan, disarankan untuk berjumpa pakar mata bagi pemeriksaan lanjut.
Kenapa mata jadi kering?
Kenapa mata jadi kering bukan hanya disebabkan oleh terlalu lama melihat skrin komputer atau berada dalam persekitaran berhawa dingin.
Terdapat banyak faktor lain yang boleh menyumbang kepada kekeringan mata, termasuk gangguan autoimun seperti Sindrom Sjogren.
Punca-punca mata kering termasuklah:
Umur meningkat (terutama wanita selepas menopaus)
Penggunaan ubat-ubatan seperti antihistamin atau antidepresan
Dalam kes Sindrom Sjogren, kerosakan mata boleh berlaku tanpa disedari kerana kekeringan yang kronik memerlukan rawatan jangka panjang.
Cara mengatasi mata kering
Guna titisan mata buatan untuk lembapkan mata anda.
Mengurus cara mengatasi mata kering memerlukan pendekatan pelbagai, bergantung pada puncanya.
Bagi pesakit Sindrom Sjogren, rawatan bukan sekadar menggunakan titisan air mata buatan tetapi juga merawat punca autoimun tersebut.
Berikut ialah beberapa cara mengatasi mata kering:
Guna titisan air mata tiruan secara berkala
Elak berada terlalu lama dalam bilik berhawa dingin
Hadkan masa skrin dan pastikan kelipan mata yang kerap
Guna pelembap udara (humidifier) di rumah
Gunakan pelindung mata jika keluar dalam keadaan berangin
Rujuk doktor untuk ubat anti-radang atau titisan mata khas
Untuk Sindrom Sjogren, rawatan mungkin melibatkan ubat sistemik seperti hydroxychloroquine untuk mengawal aktiviti autoimun dalam badan.
Vitamin untuk mata kering
Pengambilan vitamin untuk mata kering boleh membantu memperbaiki kualiti air mata dan menyokong kesihatan mata secara keseluruhan.
Nutrien tertentu didapati memainkan peranan penting dalam penghasilan dan kestabilan lapisan air mata.
Antara vitamin dan nutrien yang sesuai untuk mata kering:
Omega-3 (minyak ikan): Mengurangkan keradangan dan menyokong pengeluaran air mata
Vitamin A: Penting untuk kesihatan permukaan mata
Vitamin C dan E:Antioksidan yang membantu melawan kerosakan sel
Zink: Menyokong fungsi retina dan penglihatan
Suplemen ini boleh didapati dalam bentuk kapsul atau melalui diet seperti pengambilan ikan berlemak, sayuran berwarna oren dan hijau, kekacang dan bijirin penuh.
Kesimpulan
Tanda mata kering bukan sekadar ketidakselesaan harian, namun ia mungkin menjadi petunjuk awal kepada penyakit seperti Sindrom Sjogren yang perlu dikenal pasti seawal mungkin.
Dengan memahami punca, risiko dan kaedah rawatan, anda dapat melindungi mata anda daripada komplikasi jangka panjang.
Jika simptom berlarutan, jangan ragu untuk berjumpa pakar mata untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Symptoms. https://sjogrens.org/understanding-sjogrens/symptoms. Diakses pada Julai 21, 2025.
Sjogren’s syndrome. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sjogrens-syndrome/symptoms-causes/syc-20353216. Diakses pada Julai 21, 2025.
Sjögren’s Syndrome. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4929-sjogrens-syndrome. Diakses pada Julai 21, 2025.
Sjögren’s Syndrome Symptoms. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/sjogrens-syndrome/sjogrens-syndrome-symptoms. Diakses pada Julai 21, 2025.
Sjögren’s Disease. https://rheumatology.org/patients/sjogrens-disease. Diakses pada Julai 21, 2025.
Versi Terbaru
14/08/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid