backup og meta

Cuci Muka Sebelum Tidur? Ini 4 Bahaya Jika Tidur Pakai Mekap!

Cuci Muka Sebelum Tidur? Ini 4 Bahaya Jika Tidur Pakai Mekap!

Disebabkan penat dan lelah menjalankan tugas seharian sebagai seorang manusia, ramai individu yang cenderung untuk tidur pakai makeup angkara malas atau lupa. Namun, betulkah perlu cuci muka sebelum tidur?

Sama ada anda sengaja atau tidak, kebiasaan ini mungkin akan bawa kesan buruk pada kulit muka lebih-lebih lagi jika ia dilakukan dalam tempoh yang lama dan kerap.

Persoalannya, apa dia kesan buruk akibat tidur pakai makeup? Jom teruskan membaca artikel!

Mengapa perlu cuci muka sebelum tidur?

Hakikatnya, ramai individu tidak kira lelaki atau wanita yang menggunakan makeup atau alat solek dalam usaha menampilkan wajah tampak lebih berseri lagi bermaya.

Perbuatan ini mungkin tiada salah jika produk yang anda guna itu tidak bawa sebarang mudarat pada kulit dan anda tidak malas mahupun lupa untuk membersihkan solekan.

Ini terutamanya sebelum anda terlena, alat solek itu perlu untuk dibersihkan. Atau jika tidak, anda akan mengalami kesan ini:

#1. Muncul banyak jerawat

cuci muka sebelum tidur

Pertama sekali, jika tidak membersihkan solekan sebelum tidur, perkara yang paling anda perlu risau adalah ia mungkin akan bawa masalah muncul banyak jerawat terutamanya pada kulit muka anda.

Menurut Journal of Cosmetic Dermatology, alat solek yang tidak segera dibersihkan selepas digunakan mungkin akan jadi punca penyumbatan pada liang pori pada kulit.

Penyumbatan akibat makeup yang cair seperti foundation atau concealer ini akan menyebabkan bakteria lebih mudah tumbuh lantas mengakibatkan muncul banyak jerawat.

#2. Jika tidak cuci muka sebelum tidur, berlaku infeksi mata

Terdapat banyak alat solek yang berfungsi untuk menghias mata seperti maskara, celak atau eyeliner di mana ia sangat tahan lama sehingga agak sukar untuk dibersihkan.

Pun begitu, sifat tahan lama inilah yang akan bawa mudarat kerana mata anda akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah mata merah dan radang atau konjunktivitis.

Selain itu juga, masalah infeksi mata yang lain seperti blefaritis atau dermatitis pada kelopak mata juga mungkin boleh berlaku gara-gara anda tidak cuci muka sebelum tidur.

cuci muka sebelum tidur

Akibat tidur pakai makeup #3. Parasit mata

Ada sejenis parasit iaitu kutu demodex ocular yang mungkin boleh menjangkiti dan mendiami kawasan mata anda hanya angkara alat solek yang masih dipakai ketika tidur.

Menurut Clinical Optometry, kutu ini mampu untuk hidup di garis air mata ekoran kawasan ini memiliki kelenjar minyak yang akan terjejas akibat penggunaan mekap.

Dalam pada itu juga, masalah ini akan jadi lebih teruk jika kosmetik yang anda guna itu kotor, berminyak dan berbahan tidak sesuai sehingga boleh jadi habitat kutu.

#4. Muncul kerutan dan kedutan jika tidak cuci muka sebelum tidur

Di saat anda menggunakan mekap dan meneruskan aktiviti di luar rumah, kulit wajah mungkin akan terdedah kepada pencemaran dan kotoran dari lingkungan sekeliling.

Ia adalah antara komponen partikel radikal bebas yang boleh mencetuskan perubahan pada DNA sekali gus mengakibatkan kadar kolagen di dalam kulit itu berkurangan.

Kesannya, tidur dengan solekan di wajah mungkin akan mempercepatkan lagi proses penuaan kulit sekali gus jadi punca munculnya kerutan dan kedutan pada kulit wajah anda itu.

Jangan lupa cuci muka sebelum tidur, ya?

cuci muka sebelum tidur

Dalam usaha untuk mengelakkan 4 bahaya di atas tadi daripada berlaku dan berulang kepada anda, maka jangan lupa untuk membersihkan alat solek di muka anda itu ya.

Pun begitu, anda harus ingat bahawa hanya dengan mencuci muka dengan sabun dan air sahaja itu mungkin tidak cukup untuk membuang segala sisa alat solek anda.

Disebabkan itu, sila amalkan langkah membersihkan sisa kosmetik di kulit muka dengan cara berikut:

  1. Pastikan tangan anda bersih – Sebelum mula sentuh wajah, sila pastikan tangan anda bersih dari segala anasir jahat dengan cuci guna sabun dan air.
  2. Gunakan penanggal solekan yang khusus – Setiap produk mekap itu berbeza formulasi jadi anda perlu gunakan penanggal solekan yang khusus untuk tujuan tersebut.
  3. Gunakan kapas bersih untuk periksa – Selepas membersihkan mekap, anda boleh periksa jika ada sisa-sisa kosmetik dengan cara gunakan kapas bersih dan ulang jika perlu.
  4. Cucikan muka dengan sabun wajah – Seterusnya, sila cuci kulit muka dengan gerakan tangan membulat atau memutar sehingga terasa ia sudah bersih sebersih-bersihnya.
  5. Bilaskan muka dengan air suam – Selanjutnya, sila bilas kulit muka anda itu dengan air suam dan anda boleh ulang proses ini semula jika masih rasa ragu-ragu dengannya.
  6. Keringkan muka dengan kain tuala – Akhir sekali, anda boleh keringkan muka dengan kain tuala dan sapukan pelembap kulit wajah sebelum masuk ke kamar tidur.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What are healthy makeup habits?, https://wexnermedical.osu.edu/blog/healthy-makeup-habits, Accessed Dec 15 2021.
  2. Here’s Why You Should Always Remove Your Makeup Before Bed, https://healthy-skin.me/remove-your-makeup-before-bed/, Accessed Dec 15 2021.
  3. 7 Things That Can Happen to You If You Sleep With Makeup On, https://brightside.me/inspiration-health/7-things-that-can-happen-to-you-if-you-sleep-with-makeup-on-799021/, Accessed Dec 15 2021.
  4. Poor Vision Habits: The Importance Washing Off Makeup Before Bed, https://www.ocli.net/blog/poor-vision-habits-the-importance-washing-off-makeup-before-bed/, Accessed Dec 15 2021.
  5. 6 Makeup Myths Debunked, https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2018/april/makeup-myths, Accessed Dec 15 2021.

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Nak Cantik Sampai Tak Ambil Tahu Kesan Pada Wajah, Ini Bahaya Jika Pakai Kosmetik Ada Merkuri!

Suka Bersolek Dengan Pakai Bulu Mata Palsu, AWAS Ini 8 Kesannya Pada Kulit Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan