brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Ini Cara Pakai Masker Yang Betul, Bukan Main Letak Sahaja Atas Muka!

Anda suka pakai sheet mask? Ada banyak jenis sheet mask yang boleh didapati di pasaran. Antara yang paling popular ialah masker tidur kolagen, aloe vera dan sarang burung. Walaupun anda suka pakai sheet mask setiap minggu, adakah anda pasti akan cara pakai masker yang betul?

Ini Cara Pakai Masker Yang Betul, Bukan Main Letak Sahaja Atas Muka!

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai topeng kepingan muka (sheet mask) yang sangat popular dalam industri kecantikan masa kini.

Jom ketahui apa itu sheet mask, kandungannya serta cara pakai mask sheet yang betul supaya anda tidak membazir!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa itu masker muka atau sheet mask?

cara pakai masker yang betul
Topeng kepingan untuk kulit muka yang kering.

Topeng kepingan muka merupakan satu helaian kapas yang diletakkan di atas wajah. Selalunya, ia mempunyai konsentrasi bahan aktif yang lebih tinggi daripada produk kecantikan yang lain.

Bentuknya juga direka agar ia mudah digunakan.

Topeng kepingan muka akan dipakai selama beberapa minit. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga lebih mudah meresap.

Hampir semua sheet mask dapat melembapkan wajah. Semasa pemakaian, kulit muka kita akan menyerap semua serum yang terkandung di dalamnya untuk mengelakkan kekeringan kulit.

Tetapi bukan itu sahaja, ia juga mengandungi banyak lagi bahan lain yang boleh membawa 1001 manfaat kepada kesihatan kulit.

Topeng kepingan muka yang berbeza mempunyai tujuan yang berlainan.

Sebagai contoh, sheet mask yang:

  1. Mengandungi estrak centella asiatica (pegaga): Dapat mengurangkan iritasi pada kulit.
  2. Masker tidur kolagen atau seramida: Dapat mengurangkan kesan-kesan penuaan.
  3. Mengandungi niacinamide: Membantu mengurangkan hiperpigmentasi dan masalah rona kulit tidak sekata.

5 cara pakai masker yang betul

cara pakai masker yang betul
Kandungan masker yang sesuai mengikut jenis kulit muka.

Ramai orang yang tidak tahu cara pakai masker yang betul.

Sebenarnya, ada banyak langkah yang perlu anda lakukan untuk pastikan serum pada masker tersebut dapat meresap dengan maksimum.

Untuk memastikan anda dapat khasiat 100% daripada masker yang dibeli, pastikan anda ikut langkah-langkah berikut:

Cara pakai mask sheet yang betul 1: Bersihkan wajah terlebih dahulu

Jika anda ingin kulit menyerap semua manfaat daripada topeng kepingan muka, cuci muka sebelum pemakaian.

Gunakan air suam dan basuh muka seperti biasa. Kemudian, keringkan wajah dengan tuala.

Langkah mencuci wajah dengan sempurna

  1. Gunakan pencuci yang lembut pada wajah dan tidak mengandungi alkohol.
  2. Cuci muka dengan air suam.
  3. Jangan sental muka terlalu kasar.
  4. Bilas wajah dengan air suam dan tekap dengan tuala bersih.
  5. Sapukan pelembap sekiranya wajah anda rasa kering atau gatal-gatal.
  6. Cuci muka hanya ketika perlu – 2 kali sehari sudah mencukupi.

Cara pakai masker yang betul 2: Pakai toner kegemaran anda

Sebelum memakai sheet mask, pakai toner untuk menyeimbangkan pH kulit.

Selain itu, penggunaan toner juga dapat membuka pori supaya kulit lebih mudah menyerap nutrisi daripada sheet mask tersebut.

Cara pakai face mask skincare 3: Pakai topeng kepingan wajah

Kini, sudah tiba masanya untuk memakai sheet mask anda. Jangan buka bungkusan sebelum pakai. Jika tidak, topeng kepingan mungkin akan kering.

Baca dahulu informasi yang tertulis di belakang mask. Selalunya, pengilang sudah mencetak rekomendasi masa pemakaian di belakang pembungkus.

Buka pembalut dan letakkan mask tersebut pada wajah anda.

Bagi anda yang tertanya-tanya berapa lama pakai masker muka ini, anda dinasihatkan untuk jangan pakai lebih daripada masa yang dicadangkan. Apabila topeng kepingan sudah kering sedikit, ia sudah boleh dibuka.

Tip: Anda juga boleh pakai lip mask pada masa yang sama. Jika masker anda terlalu besar, anda boleh gunting lebihannya supaya ia terletak lebih baik pada muka.

Cara pakai masker yang betul 4: Pakai serum selepas mask

cara pakai masker yang betul
Memakai masker wajah sebelum tidur.

Benar, sheet mask juga mengandungi serumnya yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin tingkatkan lagi nutrisi yang dapat diserap oleh wajah, pakai serum harian anda selepas memakai topeng kepingan.

Tip: Ada banyak lagi serum lebihan selepas pakai sheet mask? Anda boleh masukkannya ke dalam botol kecil dan guna kemudian!

Cara pakai face mask skincare 5: Jangan lupa kawasan mata!

Selepas mengetahui cara pakai masker yang betul, jangan lupa pula untuk manjakan sekali kawasan mata anda!

Kulit pada sekitar mata lebih nipis daripada kawasan muka yang lain. Jadi, ia lebih mudah kering dan berkedut.

Gunakan krim vitamin C atau krim mata untuk mengurangkan kedutan. Anda juga boleh letakkan hirisan timun pada mata. Kemudian, baring, rehat dan manjakan diri anda!

Tip:

medical
Dr. Joseph Tan
Disemak secara perubatan oleh
Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/02/2025