backup og meta

Jaga Makan Minum & Cukup Tidur, Kunci Untuk Kulit Cerah? Ini Rahsia Muka Glowing!

Jaga Makan Minum & Cukup Tidur, Kunci Untuk Kulit Cerah? Ini Rahsia Muka Glowing!

Hakikatnya, ramai individu tidak kira lelaki atau wanita mahukan kulit wajah yang cerah bukan? Perkara ini bukan hal mudah kerana sudah banyak cara putihkan muka dengan cepat sudah wujud namun tidak ada kaedah yang benar-benar berkesan dan berjaya buat semua orang!

Menerusi artikel ini, kami akan nyatakan cara nak putihkan muka dan glowing yang paling efektif.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Kenapa tidak boleh percaya bahan natural?

Masyarakat dahulu percaya dan telah banyak menggunakan pelbagai cara atau bahan natural dari dapur dalam usaha untuk mencerahkan organ terbesar tubuh badan terutama wajah.

Antara cara yang telah lama digunakan dan diturunkan kepada kita sehingga kini seperti di bawah:

  • Air beras
  • Ekstrak madu
  • Serbuk kunyit
  • Pati tomato
  • Gel lidah buaya
  • Buah lemon
  • Buah oren
  • Tanah liat jenis Fuller’s Earth

Jika dilihat di atas kertas, cara putihkan kulit semula jadi di atas mungkin dinilai akan boleh mencerahkan kulit wajah serta dalam masa sama tidak mendatangkan impak negatif.

cara putihkan muka

Pun begitu, bahan-bahan natural tadi juga masih belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar mampu untuk memutihkan kulit muka lantas kajian lanjutan tentu sahaja diperlukan.

Disebabkan itu pula, lebih ramai yang cenderung memilih untuk memakai produk kulit di pasaran.

Baca lagi artikel berkaitan:

Bagaimana pula dengan produk di pasaran?

Kini, telah ada banyak produk untuk memutihkan kulit di pasaran. Namun, mungkin masih ramai tidak mahu menggunakan produk-produk tersebut kerana risau dengan kesan tersembunyi.

Sebenarnya, kerisauan itu juga amat penting kerana berlambak produk di luar sana mengandungi bahan kimia berbahaya pada kulit seperti merkuri, hidrokuinon, kortikosteroid dan lain-lain.

Sebagai contoh jelas lagi nyata, kini wujud banyak produk timbang kilo yang dijual dan dipromosi oleh personaliti bukan pakar kononnya mampu untuk mencerahkan kulit muka. Namun sebenarnya ia bukan sahaja tidak efektif malah tidak selamat lantas membahayakan kulit anda sendiri!

Tidak salah kalau anda masih ingin mencuba produk di pasaran tetapi pastikan ia telah mendapat perakuan daripada doktor pakar dermatologi agar tiada masalah timbul pada kemudian hari.

cara putihkan muka

Ini cara nak putihkan muka dan glowing!

Sekiranya bahan natural atau produk kulit itu ada pro dan kontra masing-masing, apa yang anda individu boleh lakukan untuk cara putihkan muka? Wujudkah alternatif yang lebih baik?

Ya, anda mungkin tidak pernah sangka bahawa gaya hidup berikut boleh menjadi cara putihkan muka:

Cara putihkan muka #1. Jangan abaikan waktu rehat dan tidur

Pertama dan paling penting, pastikan anda dapatkan waktu rehat serta tidur yang cukup kerana ia mampu untuk mencerahkan kulit daripada dalam sekali gus membuat kulit lebih sihat.

Alasannya, waktu rehat dan tidur yang cukup mampu meningkatkan aliran darah ke kawasan kulit dan sebaliknya pula bakal terjadi terutama jika individu tidur kurang durasi 7 ke 9 jam.

Lebih teruk lagi, kurang tidur di waktu malam adalah punca muncul lingkaran hitam bawah mata!

Cara putihkan muka #2. Makan dengan ideal

Kedua, anda juga perlu tahu bahawa ada makanan atau minuman tertentu boleh memicu masalah kulit. Jika anda selalu ada isu jerawat atau lain-lain, lihat kembali apa yang anda makan.

cara putihkan muka

Ini kerana kulit yang sihat sudah tentu datang daripada nutrien makanan dan minuman. Jadi, sila amalkan diet ideal di samping elakkan menu tinggi gula, tenusu serta yang penuh minyak.

Antara contoh diet yang bagus adalah makanan daripada sumber sayur-sayuran dan buah-buahan ekoran ia kaya dengan vitamin penting untuk kulit termasuk C, D dan E serta mineral lain.

Cara putihkan muka #3. Minum banyak air

Ketiga, anda juga kena tahu bahawa minum air putih adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan malah ramai orang percaya jika hidrasi itu adalah kunci kecantikan paling utama.

Ini mungkin benar kerana minum banyak air yakni sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bakal dapat membantu melembapkan kulit kering serta mengelakkan risiko kulit rengsa atau radang.

Kesannya, kulit anda mungkin akan terlihat lebih cerah dan bersih daripada sebarang cela. Namun anda juga diingatkan untuk tidak minum air kosong terlalu banyak atau nanti timbul mudarat lain.

Konklusinya, ada pelbagai cara nak putihkan muka dengan cepat. Tetapi pesan kami, jangan hanya kerana anda obses dengan kulit wajah yang cerah, anda mula hilang pertimbangan!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Skin lightening, https://www.nhs.uk/conditions/cosmetic-procedures/skin-lightening/, Accessed Nov 21 2022.
  2. Skin care: 5 tips for healthy skin, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237, Accessed Nov 21 2022.
  3. Is Getting Your “Beauty Sleep” a Fairy Tale?, https://www.samhealth.org/about-samaritan/news-search/2019/05/29/importance-of-sleep-to-your-appearance-and-skin, Accessed Nov 21 2022.
  4. 12 natural tips for glowing skin, https://www.artofliving.org/in-en/meditation/meditation-for-you/tips-for-skin-glow, Accessed Nov 21 2022.
  5. How to know if a product is safe for your skin, https://www.eehealth.org/blog/2018/09/safe-for-skin-products/, Accessed Nov 21 2022.

Versi Terbaru

03/02/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Sapu Buah Oren Pada Wajah? Cubalah, Ada 5 Bahan Natural Untuk Putihkan Kulit Muka

10 Rawatan Dan Amalan Memutihkan Kulit Badan, Boleh Buat Di Rumah Sahaja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan