Anda pasti pernah mendengar tentang kepentingan kolagen untuk kulit. Namun, tahukah anda apa itu kolagen dan bagaimana ia membantu tubuh mengekalkan kulit yang sihat? Untuk pengetahuan anda, terdapat sejenis mineral yang mana ia boleh menyokong penghasilan kolagen secara semula jadi.
Mineral penting tersebut ialah silika yang sering terlepas pandang oleh ramai orang.
Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu kolagen dan peranan silika dalam mengekalkan kulit yang sihat dan berseri.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apa itu kolagen?
Apa itu kolagen? Kolagen adalah sejenis protein yang paling banyak terdapat dalam tubuh mamalia.
Ia merangkumi sekitar 30% daripada jumlah keseluruhan protein dalam badan manusia1.
Apa pula fungsi collagen untuk wajah?
Kolagen sering dianggap sebagai “pelekat” yang mencantumkan struktur badan bersama-sama.
Kolagen ditemui dalam pelbagai tisu tubuh seperti:
- Kulit
- Ligamen
- Tendon
- Dalam tulang
- Saluran darah
- Kornea mata
- Usus
Fungsi collagen untuk wajah yang utama adalah untuk menguatkan saluran darah dan memberikan kulit kekuatan serta keanjalan1.
Apabila pengeluaran kolagen dalam tubuh semakin berkurang, ia boleh menyebabkan kedutan dan masalah kulit yang lain.
Oleh itu, mengekalkan nutrien penting seperti mineral untuk kulit adalah langkah penting untuk memastikan kolagen dihasilkan dengan baik, sekali gus memaksimumkan fungsi collagen untuk wajah.
Peranan silika dan kaitannya dengan kolagen untuk kulit
Silika merupakan sejenis mineral yang penting untuk tubuh, dan ia memainkan peranan yang lebih besar terutamanya dalam penghasilan kolagen.
Silika membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan kolagen, yang seterusnya menyokong keanjalan kulit2.
Ia juga berperanan mengurangkan kedutan, dan menjaga kelembutan serta ketahanan kulit3.
Mineral ini adalah salah satu mineral yang diperlukan untuk mengekalkan kulit muda dan berseri kerana ia berkaitan dengan penghasilan kolagen untuk kulit.
Sebagai mineral yang ditemui secara semula jadi dalam tubuh, silika membantu menguatkan tisu penghubung yang menyokong rambut, kulit, kuku, dan tulang4.
Pengambilan silika yang mencukupi dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan5.
Silika sememangnya dapat memberikan sokongan dalaman untuk memastikan kulit terus kekal sihat.
Fakta saintifik mengenai silika dan kolagen
Kajian menunjukkan bahawa, mineral silika membantu menyokong sintesis kolagen, iaitu proses di mana tubuh menghasilkan kolagen baharu6.
Silika berperanan dalam menstabilkan rangkaian kolagen di dalam tisu, menjadikannya lebih kuat dan lebih anjal7 8.
Tanpa silika yang mencukupi, pengeluaran kolagen mungkin tidak efisien, menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya dan lebih mudah mengalami penuaan awal.
Oleh itu, pengambilan mineral untuk kulit sihat seperti silika sebenarnya amatlah penting.
Selain menyokong penghasilan kolagen, silika juga berperanan penting dalam mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit, memperbaiki tekstur, dan membantu dalam penyembuhan luka9 10 11.
Ia juga memberi manfaat tambahan kepada rambut dan kuku, menjadikannya lebih kuat dan sihat.
Oleh itu, pastikan tubuh mendapat cukup mineral bagi menyokong penghasilan kolagen untuk kulit dan kesihatan kulit secara menyeluruh.
Silika: Mineral khusus bagi penghasilan kolagen untuk kulit, atasi penuaan awal
Seiring peningkatan usia, tahap silika dalam tubuh kita secara semula jadinya akan berkurang, dan ini menyebabkan penurunan keupayaan tubuh untuk menghasilkan kolagen.
Hal ini boleh menyebabkan kulit menjadi kurang anjal, kering, dan lebih mudah mengalami kedutan.
Oleh itu, mengekalkan tahap silika yang mencukupi melalui pemakanan dan hidrasi adalah penting untuk menyokong keupayaan semula jadi tubuh dalam menghasilkan kolagen.
Inilah sebabnya silika adalah antara mineral yang menyokong penghasilan kolagen untuk kulit yang paling penting.
Suplemen atau sumber silika yang mencukupi bukan sahaja membantu kulit, tetapi juga baik untuk rambut, kuku, dan tisu penghubung lain.
Bagaimana silika membantu rutin kecantikan anda?
Walaupun penjagaan kulit topikal seperti krim dan serum kolagen dapat membantu memperbaiki keadaan kulit dari luar, tubuh kita memerlukan sokongan dalaman untuk memastikan penghasilan kolagen yang berterusan.
Hidrasi dengan air yang kaya dengan silika dapat melengkapkan usaha penjagaan luaran ini.
Air yang mengandungi silika adalah contoh terbaik sumber mineral yang dapat diambil setiap hari untuk menyokong kesihatan kulit, khususnya kolagen untuk kulit.
Dengan pengambilan silika yang mencukupi, kulit akan lebih bersedia untuk menahan tekanan harian seperti pencemaran dan radikal bebas, di samping mengekalkan keanjalan dan keserian dari dalam.
Pengambilan mineral ini setiap hari akan menjadikan rutin kecantikan anda lebih berkesan.
Apa sumber semula jadi silika?
Untuk mendapatkan manfaat silika secara semula jadi, air mineral Spritzer boleh menjadi pilihan yang tepat.
Air mineral ini mengandungi kandungan silika semula jadi yang tinggi (60mg/l), yang membantu menyokong penghasilan kolagen dalam tubuh.
Dengan mengamalkan minuman ini secara konsisten, anda boleh melengkapkan rutin penjagaan kulit harian anda dan memastikan kulit kekal anjal, sihat, dan berseri.
Ia bukan sahaja menyediakan mineral bagi penghasilan kolagen untuk kulit, tetapi juga menyokong kesihatan secara menyeluruh.
Hidrasi yang mencukupi dengan air mineral keluaran Spritzer bukan sahaja membantu tubuh menghasilkan kolagen, tetapi juga memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit, rambut, dan kuku.
Ini kerana, kandungan silika semula jadi dalam air mineral Spritzer turut membantu anda memiliki kulit yang lebih muda dan sihat secara semula jadi.
Jadi, apakah cara pengambilan kolagen yang betul? Cukup jadikan air mineral keluaran Spritzer sebagai minuman harian anda.
Kesimpulan
Kolagen adalah kunci kepada kulit yang anjal dan bebas kedutan, namun ia memerlukan sokongan nutrien semula jadi penting seperti silika untuk dihasilkan dengan baik oleh tubuh.
Silika bukan sahaja membantu meningkatkan penghasilan kolagen, tetapi juga menyokong kesihatan tisu penghubung lain.
Gabungan mineral dan kolagen adalah penting untuk mengekalkan kecantikan kulit anda.
Oleh itu, dengan air mineral semula jadi Spritzer yang kaya dengan silika, anda bukan sahaja menghidrat tubuh, tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit dari dalam.
Amalkan hidrasi yang sihat dengan Spritzer untuk memastikan kulit anda terus kelihatan muda, anjal, dan berseri sepanjang masa.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang silika dalam air mineral semula jadi Spritzer.