Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit Penuaan Kulit didiagnosis?
Pakar boleh memeriksa kulit anda untuk melihat kerosakan kulit, kedutan, garis halus dan tanda-tanda penuaan yang lain. Semakin lama kulit menua, jumlah kolajen dan elastin – protein yang memberikan kulit anda ketegangan dan keanjalannya – berkurang secara perlahan. Tambahan lagi, lemak yang memberikan kulit kelihatan penuh dan lembut mula hilang rupa. Pakar kulit mengambil sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengetahui lebih banyak tentang kulit anda dan menilai sebarang perubahan yang terkait dengan penuaan.
Bagaimana pesakit Penuaan Kulit dirawat?
Bagi mengelakkan tanda-tanda awal penuaan, pilihan rawatan menggunakan retinoid, vitamin C dan asid alfa hidroksi mungkin memadai. Untuk kerosakan ringan ke sederhana pada muka disebabkan matahari, mengupas menggunakan bahan kimia, dermabrasi atau pelapisan semula menggunakan laser mungkin membantu.
Garisan muka yang lebih dalam mungkin dirawat menggunakan toksin atau penapis botulinum yang terdiri daripada suntikan asid hyaluronik, lemak anda dan implan Gore-Tex.
Sesetengah orang mungkin memilih pembedahan seperti pembedahan muka atau pembedahan kosmetik pada kelopak mata. Tidak kira anda melakukan mana-mana dari perkara ini dan berapa banyak yang anda lakukan, ia adalah pilihan peribadi.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penuaan Kulit?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi penuaan kulit:
- Lindungi kulit anda dari matahari setiap hari: Samada menghabiskan sehari di pantai atau urusan kerja, perlindungan dari matahari adalah penting. Anda boleh melindungi kulit anda dengan mencari teduh, tutup dengan pakaian dan menggunakan pelindung matahari dengan spektrum luas, SPF 30 (atau lebih tinggi) dan kalis air. Anda harus menggunakan pelindung matahari setiap hari di semua kulit yang tidak dilindungi oleh pakaian.
- Gunakan penggelap kulit sendiri, bukannya ia tergelap sendiri: Setiap kali kulit anda menjadi gelap, anda membuatkan kulit anda menua secara pramatang. Ini adalah benar samada anda menjadi gelap disebabkan matahari, tilam penggelap kulit atau peralatan penggelap di dalam rumah yang lain. Semuanya memancarkan sinaran UV yang mempercepatkan penuaan kulit anda.
- Berhenti merokok: Merokok mempercepatkan penuaan kulit. Ia menyebabkan kedutan dan kulit hilang seri.
- Elakkan ekspresi muka yang berulang: Apabila anda melakukan ekspresi muka, anda mengejangkan otot muka. Jika ia dilakukan berulang kali dalam tempoh bertahun-tahun, garisan ini menjadi kekal. Memakai cermin mata hitam boleh membantu mengurangkan garisan yang disebabkan oleh ekspresi muka.
- Makan makanan yang sihat dan seimbang: Beberapa kajian menunjukkan mengambil banyak buah dan sayur mungkin membantu mencegah kerosakan yang boleh menyebabkan penuaan kulit pramatang, penemuan ini juga mencadangkan diet yang mengandungi banyak gula atau karbohidrat halus yang lain boleh mempercepatkan penuaan.
- Kurangkan minum alkohol: Alkohol merosakkan kulit. Ia membuatkan kulit terhidrat dan semakin lama, ia akan merosakkan kulit. Ini boleh membuatkan kita kelihatan lebih tua.
- Senaman pada kebanyakan hari dalam seminggu: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa senaman sederhana boleh meningkatkan peredaran dan menrangsang sistem imun. Ini akan membuatkan kulit anda Nampak lebih muda.
- Cuci muka anda dengan lembut: Menggosok muka boleh merengsa kulit anda dan akan mempercepatkan proses penuaan. Cucian yang lembut membantu membuang pencemaran, at solek dan bahan-bahan lain tanpa merengsa kulit.
- Basuh muka anda dua kali sehari selepas berpeluh dengan banyak: Perperluhan teruatamnya semasa memakai topi atau topi keledar merengsa kulit. Jadi, anda mungkin ingin membasuh muka anda secepat mungkin selepas berpeluh.
- Gunakan pelembap muka setiap hari: Pelembap memerangkap air di dalam kulit menjadikan ia kelihatan lebih muda.
Berhenti menggunakan produk penjagaan kulit yang menyengat atau membakar: Apabila kulit anda terbakar atau tersengat, ia bermakna kulit anda sedang terengsa. Ini boleh menyebabkan ia kelihatan lebih tua.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen